seinfiniti angkasa.

92 18 5
                                    

yang mereka gemar itu senja,
langit merah berona jingga.

aku tidak,
tenangku itu langit malam.

bukan kerna hitam kelamnya,
bukan kerna kalam silamnya,

bukan.

penemanku itu bintang-bintang,
gemilauan sinar luas terbentang.
buat kuterkedu,
lesap rindu,
lesap masalah,
lesap arah.

terpisah;

menjauh dari dunia,
mendekat dengan sinarnya,
dekat dengan segala-galanya.

.malam, kelam, silam, hitam
,purnama, panorama, enigma
,kejora, kartika, candra, ekliptika;
dan berjuta lagi terma
untuk kuucapkan rasa—

seinfiniti angkasa.

mungkin sahaja,
siang itu pertemuan,
senja itu perpisahan.

dan malam;

malam itu kenang-kenangan.

dan mungkin sahaja,
kenanganku itu,
cumalah kamu.

—ael

seinfiniti angkasa.Where stories live. Discover now