lelaki itu membalut
subuh dengan sekeping
roti berinti bintang. di helaian
buku notanya, sisa-sisa
bulan yang dikutip malam
tadi sebelum habis ditelan
muka tasik dingin. kalau
perlu diberi waktu sekali
pun, tak akan habis dijilat
bibir belaka, kerana kata-kata
dan rasa cuma hilang
di balik kepala ketika mata
bertemu mata—ael haiym
YOU ARE READING
seinfiniti angkasa.
Poetryantologi puisi: seinfiniti angkasa. ayo ke sini, aku sudah siap bancuh secangkir kopi fikir dan beberapa keping biskut emosi. silakan, duduk di sampingku. di sana adalah semesta di sini adanya kita. ayo berbual perihal kamu dan harimu atau kita berb...