tentang kompleksiti eksistensi.

105 12 0
                                    

Seisi siang itu cuma karangan kita,
sedang semesta selamanya gelita.

mungkin, jika manusia itu tak sempurna,
makanya, kita itu selamanya manusia.

eksistensi,
kemelutnya tetap beban yang sama,
entah di pundak dunia ditanggung bersama,
atau realitinya cuma digubah rias fantasi.

kita manusia,
cuma berdiam dalam kepala kita,
mencipta imej-imej bahagia,
yang sebetulnya cuma candu palsu.

esensinya;
secebis kewarasan kita
dan setitis tinta cinta.

mungkin,
alasan juang kita cuma memori yang sepi.

atau mungkin juga,
atas asbab kita itu pembenci tegar dunia.

"dunia pasti akan bagus tanpa kau,"
dan kerana itu aku mahu bertahan.

-ael

seinfiniti angkasa.Where stories live. Discover now