BAB 1

302 18 5
                                    

Arisha lempar batu secara random. Jam tangan miliknya di check. Dah pukul berapa, tapi teman lelakinya masih belum muncul diri. 

"Mana dia ni? Janji nak datang sini awal, tapi kenapa lambat jugak?" gumam Arisha sendiri.

"Tunggu I ke?" Raut wajah sugul Arisha berubah gembira.

"I dah lama tunggu you tau, you pergi mana?" Manja aje ton suara perempuan itu.

Almair senyum sikit.

"I minta maaf, ada kerja sikit. Banyak benda yang I mesti sudahkan sebelum I balik Itali."

Dengar Itali,

Terus lengkungan senyum itu hilang.

"You nak balik Itali?" Angguk.

"Kenapa? Tak boleh ke I balik sana?" Soalan berbalas soalan.

"Tapi macam mana dengan I?" Alis Almair terangkat.

"Maksud you? Kenapa dengan you?" Arisha ketap kuat giginya.

"You nak tinggalkan I sorang diri dekat sini?"

"I pergi sana kejap aje, bukannya lama." Gaya suara Almair macam malas aje.

"You tak kesah langsung pasal I kan? You tak sayang I ke?" Bagai tersedar, Almair meraup kasar mukanya.

"Bukan macam tu...." Arisha peluk tubuh.

"Cakap ajelah yang you dah tak sayangkan I, senangkan?" Tangan Arisha digapai tanpa sempat perempuan itu pergi menjauh.

"Darling, duduk dulu. Kita bincang, okay?" Melihat anak mata penuh mengharap dari Almair buatnya mengalah.

Duduknya dilabuh semula. Nafas ditarik, kini mata mereka berdua bertaut.

"Cakaplah, I dengar." Pasrah aje suara Arisha.

"I terpaksa balik Itali atas sebab kerja, bukannya sebab I nak tinggalkan you sendiri dekat sini. You tahu I sayang gila dekat you kan? Jangan merajuk, I minta maaf. Okay? Please jangan marah-marah I lagi, okay?" Keluhan berat Arisha lepaskan.

"Kenapa you perlu balik sana bila I perlukan you?" Perlahan aje suara Arisha. Cukup dia saja mendengarnya.

"You cakap apa?" Arisha menggeleng.

"I ada sesuatu nak cakap dengan you." 

"Kenapa darling?" Nafas ditarik rakus. 

"Lepas you balik sana maybe I dah kahwin dengan orang lain." Beberapa titis air jernih menuruni pipi Arisha.

"Tapi kenapa tiba-tiba? You cakap, you sayangkan I tapi kenapa sekarang you kahwin dengan orang lain pulak?" Kecewa nada suara lelaki itu.

"I terpaksa, bukan I yang nak."

Fikirannya terimbas kembali pada kejadian semalam. Di mana Arisha bergaduh besar dengan Papanya. Semuanya kerana rancangan kejam isteri baru papa. Hasutan demi hasutan dan kini dirinya tak ada pilihan selain menerima rancangan papa jika Almair tidak mahu berjuang cinta bersamanya.

"Jadi?" Almair ketawa palsu.

"Sudi tak you berjuang cinta bersama I? Sudi tak you jumpa mama dan papa I untuk dapatkan restu dari mereka?" 

"You tahu I macam mana kan?" Almair masukkan kedua tangannya ke dalam poket.

Macam air hujan dah air mata Arisha tengok muka tak kesah Almair. Apa yang dimaksudkan Almair? Adakah lelaki itu tidak mahu perjuangkan cinta mereka?

"Apa maksud you?"

"You tahu I lebih pentingkan kerja I berbanding you kan?" Arisha bungkam.

"Maksud you cinta kita berdua selama empat tahun tak ada guna? Huh?" Mengigil hebat tubuh Arisha. Begitu saja Almair  sudahkan cinta mereka?

"I tak cakap macam tu, I lebih fokuskan masa depan I berbanding hidup dengan you. I tak nak musnahkan kejayaan I demi untuk berkahwin dengan you. I bukan selalu dapat kontrak dekat sana." Tanpa pandang muka Arisha, lelaki itu meluah segalanya.

"Sekarang I baru tahu..." Arisha ketawa pedih.

Allah, 

Sakitnya hati diperlakukan sebegini, mengapa cintanya dibuang tika hatinya benar-benar mencintai lelaki ini. 

"I tak patut sayangkan you, you tak pernah bagitahu I tentang you, family you. Semuanya rahsia, bila I tanya hal family you...you cakap tak sedia lagi." Air mata yang mengalir dikesat kasar.

 "Adakalanya I terfikir....I berhubungan dengan manusia atau hantu? You datang jumpa I dalam beberapa minit dan menghilang beberapa bulan. Kita cuma bermesej dan call, itupun kalau you free. Kalau tak.... langsung you tak tanya khabar I. You memang kejam!" panjang lebar luahan Arisha.

Puas hati dapat keluarkan semua, dah lama Arisha pendam. Hari ini baru ada kekuatan untuk menghamburkan semua.

"I busy, you boleh tak faham I?"

"I selalu kena faham you, you? Ada you faham I? Ada you tanya perkembangan I? Ada? I aje yang buat semua tu sebab I sayang you. Tapi sikitpun you tak hargai!"

"Apa yang you mengarut ni? Kalau I tak hargai you, I takkan datang sini jumpa you! Setakat nak bergaduh baik I tak payah datang sini!"

Dang!

Dadanya dipegang, bagai dihiris sembilu mendengar apa yang dikatakan Almair? Adakah selama Almair tidak ikhlas bertemu dengannya?

"I penat." Telefon pintar miliknya dibuka.

Gambar mereka berdua terpapar indah di depan mata. Beberapa air jernih turun lagi. Esakan kedengaran kian berlagu, benar-benar terluka.

"Pertemuan kita melalui media sosial hanyalah sia-sia.....Al?"

Diam,

Tak ada balasan dari belah sana dan Arisha tahu, Almair dah tak nak cakap banyak hal ini.

"I cuma tahu nama you sebagai Al....lelaki yang tak ada apa-apa melainkan kerja di dalam sebuah syarikat milik ayahnya di Itali."

Arisha hembus nafas berat. Tersangatlah berat.

"Hanya itu. Tak ada yang lain...."

"You tak perlu tahu banyak pun tentang I. Tak penting pun, I bukannya orang-orang besar sampai you kena tahu semua."

Air liur ditelan berpasir sekali. Tingkah Almair berubah mendadak selepas dia khabarkan tentang perkahwinan antaranya dengan lelaki misteri itu. Adakah Almair cemburu?

"Kenapa you tak nak perjuangkan cinta kita? Sedangkan you tak nak I bersama lelaki lain kan?" Arisha cuba tenangkan diri.

Sikitpun lelaki itu tidak menoleh, malah pandangannya berpusat pada tasik di depan mata aje.

"I tak nak buat pilihan yang akan hancurkan hidup I."

"Oh...." Arisha angguk sayu.

Dadanya ditepuk beberapa kali, memujuk agar tidak mengalirkan air mata. Cukuplah, Arisha tidak mahu menangis lagi. Sesungguhnya Arisha tak suka tunjuk kelemahan dirinya.

"I dah lewat nak berangkat ke sana." Bangun, lelaki itu pura-pura check jam.

"Oh, okay." Tidak bangun, malah tangan itu mengenggam kuat tepi baju blousenya.

"Mungkin kita berdua takde jodoh. I pergi dulu, bye..." Arisha menunduk.

Dengan itu,

Air mata menderu laju menuruni lekuk pipi. Tak henti, sampai sendunya juga kedengaran. Terhinggut kedua bahu itu, tak ada yang mampu menyelamatkan dirinya.

Sangkaannya bertemu Almair dapat berbincang tentang perkahwinan mereka. Namun lain jadinya, mengapa Almair putus begitu saja hubungan mereka? Kenapa?

"You dah ada orang lain ke Al? Kenapa you sanggup buat I macam ni? Apa guna kita spend time sama-sama dulu kalau begini kesudahannya?"

Allah....

Tolong aku....

Mcm mn bab pertama? Okay x? Hehe

It Wasn't PretendWhere stories live. Discover now