Bab 18

77 11 0
                                    

"Apa yang Al dah buat ni? Al dah lupa perjanjian yang kita berdua telah rancang? Al dah rosakkan semuanya Al tahu tak? Kalau dari awal Mama tahu semuanya akan jadi macam ni. Lebih baik Al stay Itali ajelah! Tak payah balik Malaysia!" Tengking Aunty Rose sedikit kuat.

Sedaya upaya nadanya bertahan dari cakap kuat. Risau dapat menarik perhatian suaminya.

Sepatutnya,

Orang lain pasti turut sama beremosi tapi tidak pada lelaki yang bernama Almair. Dia menatap tenang Mamanya bersama senyum manis di bibir.

"Kalau Mama nak Al balik Itali, Al tak kesah. Al akan balik Itali." Ucap Almair biasa.

"Lebih baik macam tu!" Ungkap Aunty Rose tidak puas hati.

"Tapi Al akan bawak isteri Al bersama." Putus Almair tidak mahu dibantah.

Aunty Rose tercengang. Penumbuk digempal kuat. Tak mampu tahan marah, bertalu-talu tubuh anak lelakinya dipukul. Ada air mata yang jatuh dari kedua pipi itu. Sejujurnya Almair tak tega tengok keadaan Mamanya tapi dia bisa apa?

Perasaan sudah tumbuh buat sang isteri dan Almair tak mungkin dapat buang perasaan itu semudah mencampak batu dalam sungai.

"Apa yang merasuk Al? Apa yang terjadi dengan anak lelaki Mama ni? Mama benci Ris! Mama benci dia! Dia yang sihir anak mama jadi macam ni! Dia penyebab semuanya!" Tuduh Aunty Rose sewenang-wenangnya.

"Ma..."

Almair membiarkan tubuhnya dipukul tapi bibirnya tak henti meminta agar Mamanya tidak menuduh Arisha bukan-bukan. Telinganya dah rasa panas lain macam. Tak suka benar bila isterinya dituduh sembarangan begitu.

"Apa Al? Al tak nak mengaku apa yang mama cakap betul? Macam tu? Hah! Apa lagi yang Ris buat selama ni dekat anak lelaki mama? Apa? Dia bagi ubat pengasih? Atau dia bagi pakai minyak dagu?" Bertalu-talu tuduhan itu diberi.

"Mama benci Ris! Anak tak sedar diri! Pelacur!"

"Mama!" Jerit Almair kuat.

Terhenti pukulan dari Aunty Rose. Mengigil tubuhnya kerana takut dengan perubahan anak lelakinya. Anak matanya tajam bersama raut wajah bengis. Tangannya mengempal penumbuk.

"Cukup! Al tak nak dengar apa-apa lagi dari Mama. Mama dah melampau! Apa salah Ris? Ris tak ada buat dosa dengan Mama. Papa Ris yang mulakan semua ni. Jangan disebabkan sorang, mama lampiaskan pada semua orang! Mama tak boleh selfish macam ni. Al tak suka!" Luah Almair senafas.

Menyedari khilaf diri,

"Allah..."

Almair meraup kasar mukanya. Berpaling dari sang Mama, dia beristighfar banyak kali. Mencuba dapat ketenangan meski dadanya dah berdegup kencang nak luah semua benda. Tak puas hati lagi nak hambur amarahnya tapi Almair tahan sebaiknya mungkin.

"Al dah berubah." Imbuh Aunty Rose penuh kesedihan.

"Al tak berubah Mama. Al nak berlaku adil antara Ris dan Mama. Mama pun tahu yang Ris tak ada kena mengena dalam hal ini kan? Kenapa nak babitkan Ris?" Untuk entah berapa kali Almair membela Arisha.

Aunty Rose menggeleng tak percaya. Semua rancangannya hancur punah kerana Arisha. Arisha dah buat macam-macam dekat Almair. Pasti banyak benda yang Arisha dah burukkan tentangnya depan Almair.

"Nampak baik tapi sayang bermain dengan sihir. Entah-entah Ris sihirkan Al untuk dapatkan kasih sayang dari Al. Lepas ni siapa pulak yang akan Ris sihir? Maybe ayah kandung sendiri?"

"Ma!"

Berpusing ke belakang, Almair telan air liur kasar. Wajah Almair jelas terpancar gusar dengan kemunculan Arisha secara tiba-tiba.

It Wasn't PretendWhere stories live. Discover now