Almair masuk ke dalam rumah dengan senyap-senyap. Arisha masih dibuai mimpi dalam cempungannya. Tutup saja pintu, lampu terus menyala terang menyerlah susuk tubuh sang Mama berdiri dengan bersedekap dada.
"Kenapa bawak Ris balik sini?" Nada kurang senang itu kedengaran jelas.
Tajam bak helang anak mata itu menyoroti Arisha. Aunty Rose menapak makin rapat.
"Lepaskan dia." Perintah dictator itu terkesan kebencian yang mendalam.
"No." Bantah Almair.
"Apa yang dah jadi dengan Al ni? Al tak pernah bantah perintah Mama. Jangan-jangan Al dah jatuh cinta dekat Ris? Ye tak?" Aunty Rose membuat andaian sendiri.
"Sebenci mana pun Mama pada Ris. Ris tetap isteri Al. Mama tak ada hak untuk perintah Al sesuka hati. Al tahu apa yang baik, apa yang buruk. Al ada hak sama ada nak ikut perintah Mama ataupun tidak." Sembur Almair satu nafas.
Aunty Rose tersentak. Tak pernah-pernah Almair bersikap sebegini. Ada yang tak kena ni.
'Pasti Ris yang hasut anak aku!'
Anak matanya naik memanjat pada Arisha yang masih enak tidur dalam cempungan Almair. Semuanya kerana dia! Kurang ajar!
"Bagi Ris dekat Mama sekarang!" Lantang suara itu dilantunnya.
Arisha hampir terjaga, lekas tubuh itu ditepuk beberapa kali. Menidurkan kembali isterinya itu persis seorang bayi.
"Shhh...."
Terbelalak mata Aunty Rose merenung Almair. Bunyi gigi berlaga antara satu sama lain tertangkap menganggu sistem pendengaran Almair yang sedang mendodoi Arisha. Tatapan kurang senang terlihat dari anak mata Almair.
"Lepas Al baringkan Ris dalam bilik baru kita sambung berbalah mulut. Sekarang Al tak ada hati nak melawan kata dengan Mama. Al naik dulu."
Almair menaiki tangga tetapi belum sempat kakinya mencecah tangga yang pertama, Aunty Rose menghalang laluan untuk naik.
"Al dah jatuh cinta dengan Ris ke?"
Kilatan marah itu berangsur-angsur muncul dalam anak mata itu. Matanya berubah merah seakan naga yang tidak sabar untuk menghambur segala api marahnya.
"Al tak ada cakap apa-apa."
"Al..."
Anak mata Almair jatuh pada lengan yang dipegang Aunty Rose. Terketap-ketap bibirnya menahan rasa lenguh. Sudahlah tubuh yang dicempungnya ini berat. Naik cramp dah tangan miliknya.
"Apa lagi Ma?" soal Almair sedikit menaik suaranya.
"Jawab apa yang Mama tanya, Al dah jatuh cinta dengan Ris atau tidak?" Bentaknya sambil berbisik.
"Apa jawapan yang mama harap dari Al?" Santai ujaran Almair.
Tapi,
Tutur santai itu sedikit sebanyak menjentik rasa tidak senang dari hati kecil Aunty Rose. Dia takut andai Almair telah jatuh cinta pada Arisha. Perasaan gusar juga tidak terkecuali memikirkan rancangan yang akan hancur jika perasaan cinta itu benar-benar ada.
"Mama harap Al tak kecewakan Mama dengan jatuh cinta pada orang yang salah. Mama harap rancangan yang kita berdua bina tidak akan hancur semata-mata kerana perasaan Almair pada Arisha."
Sejenak, Almair terdiam.
Berat mulutnya untuk mengatakan apa-apa perkataan kerana dia tahu rasa yang dimiliki tidak sama dengan perintah dari sang Mama. Tidak terdetik untuk mengecewakan hati sang Mama. Maka dengan itu, Almair mendustai hati. Mengizinkan hati seseorang yang sedang berpura tidur hancur lebur tatkala mendengarnya.
YOU ARE READING
It Wasn't Pretend
Romance🄰🅁🄸🅂🄷🄰 🄰🄽🄳 🄰🄻🄼🄰🄸🅁 Dendam, Kerana dendam semua ini berlaku dan aku? Aku adalah mangsa untuk semua ini. Arra Arisha Chandani, bukan dipinta untuk mencintai tapi silap dirinya mencintai orang yang salah. Disangka permata, malah kaca ya...