Bab 20

146 7 5
                                        

"Ris...Ris..." panggil Almair banyak kali.

Wajahnya pucat, berpeluh, badannya mengigil, bercampur dengan perasaan takut. Kepala dia terasa berat tersangat, badannya panas teramat.

"Ris...mana you? I nak you...." Rengek Almair macam budak kecil.

Almair turun tangga bersusah payah dengan otot kakinya yang begitu lemah. Kepalanya dah berpinar lain macam. Sakitnya menyengat tapi itu tidak menjadi masalah jika berkaitan dengan Arisha. Almair nak cari Arisha. Arisha tak boleh pergi dari hidupnya.

"I nak you....please Ris..." Suaranya berubah sebak nak menangis.

Tangga terakhir, Almair hela nafas lega dan tak tahu kenapa air mata Almair mengalir bila nampak batang tubuh Arisha membelakangi nya. Walaupun pening kepala tambah anggota tubuh lemah tetap dia gagahkan diri untuk berlari mendapatkan tubuh itu.

"Al?" Panggilan dari Aunty Rose diendahkan. Bukan setakat itu, tubuh mamanya juga ditolak apabila Aunty Rose sibuk nak pegang dia.

"Ris? Ris?"

"Ke-"

Terkedip-kedip kelopak mata Arisha. Pusing tubuh aje, terus dia tenggelam dalam pelukan hangat dari Almair. Riak wajah memerah penuh amarah milik Aunty Rose ditatap biasa. Malas nak ambil peduli untuk masa sekarang.

"Kenapa you tinggalkan I? You sepatutnya teman I tidur sampai I sembuh dari demam tau. Badan I panas lagi tau, semuanya sebab you. Kalau you teman pasti I dah tak demam tau." Rengek Almair manja.

"I...I-I tengah buat bubur dekat you." Arisha jadi gagap tiba-tiba.

Belum pernah tengok perangai Almair mengada merengek macam ni. Untuk pertama kalinya, Arisha jadi kekok nak bercakap dengan Almair.

"I lapar...nak makan..." Rengek Almair siap pakej bagi ciuman sayang pada leher itu.

"Thanks tau buatkan bubur untuk I."

Ya Allah!

Berona merah muka Arisha kerana malu. Aunty Rose tenung anak lelakinya tajam siap bagi isyarat maut bahawa Almair akan dapat pengajaran yang teruk darinya nanti. Hati yang sebal, Aunty Rose naik tingkat atas. Meninggalkan dua pasangan itu.

"Mama you dah tak ada." Bagitahu Arisha.

Arisha menolak menjauh tubuh sasa Almair darinya. Almair berkerut dahi dengan bibir tersebik sedih. Disebabkan geram, pinggang itu direngkuh sedikit kasar agar rapat dengan tubuhnya.

"I buat semua ni bukan sebab lakonan. I memang nak bermanja dengan you. I tengah sakit, tak payah ambil peduli hal Mama. Sekarang fokuskan kita berdua aje. I nak you, you nak I. I nak kita berdua pindah rumah lepas I dah sembuh demam." Ucap Almair senafas.

Arisha gelak kecil. Tak percaya lelaki yang ada di depannya ini adalah Almair. Perlakuan kasar itu sekelip mata dah hilang diganti dengan perlakuan baik dan lembut lagak percintaan mereka dulu.

"I tak nak kita berpindah. I nak berpindah sendiri tanpa you di sisi. Macam I cakap, I nak kita berpisah. I tak nak ada apa-apa hubungan dengan keluarga you." Ucap Arisha serius.

"I nak buat you mengandung." Janji Almair.

Perut yang berlapik itu ditepuk beberapa kali. Senyum sinis terkutik di bibirnya tatkala raut wajah pucat pasi Arisha terlihat di mata.

"I tak mengandung dan you boleh lepaskan I." Habis akal, Arisha cakap apa saja yang ada dalam fikirannya.

"You jamin ke yang you takkan mengandung nanti? I nak you mengandung darling. I tak nak lepaskan you sampai bila-bila." Ungkap Almair penuh tersirat.

It Wasn't PretendTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang