Kelopak matanya dipejam. Deruan angin menyapa kulit pipi. Spontan, bibirnya terkutik senyum bahagia.
"Ya Allah, thank you for loving me. "
Arisha pandang sekitar rumah. Kebanyakan rumah orang kaya aje di sini. Mereka bagai sibuk dengan urusan sendiri tapi tidak pada seorang lelaki yang sedang menatapnya ketika ini.
"Aqil?"
Anak mata mereka berdua bersatu pada masa yang lama sehinggalah kehadiran seseorang menjelma. Mata yang bersinar bak naga jelas kelihatan. Dada berombak taufan amarah.
"Darling..." Pinggang itu dipeluk.
"Take your stinking paws off me! You damn dirty ape!"
Almair senyum jahat. Tepi pinggang itu diusap lalu ditolak mengoda sehingga betul-betul bersandar pada palang balkoni.
"Perlu ke aku buat kekasih kesayangan kau jealous?" Almair meniup muka cantik itu. Terketap-ketap bibir Arisha.
"Aqil bukan kekasih kesayangan I."
"Habistu..." Merapat, bibir itu betul-betul berada di tepi telinga perempuan itu.
"Sugar daddy kau? Hmm?"
Tajam anak matanya menusuk ke dalam anak mata sinis itu. Digempal penumbuk,
'Sabar Ris, sabar, lepas je kau lari dari rumah ni. Kau dah takkan jumpa dia dah. Percayalah cakap aku!' Monolognya semangat. Namun sayang, amarahnya dijentik sekali lagi.
"Kau nak tahu tak? Aku tahu semuanya tentang kau dan Aqil. Dari kau bekerja dengan dia sampailah Aqil ada perasaan istimewa dekat kau." Mata Almair merah berapi.
"Aku sebenarnya sengaja pilih rumah dekat dengan rumah cousin Aqil. Aqil selalu lepak rumah cousin dia so...." Angkat alis sombong.
"I tak tahu apa salah Aqil dekat you sampai you buat dia macam ni. You dah hancurkan perasaan dia. You tahu tak? You tak sepatutnya buat dia macam ni!"
"Pergi mampus perasaan dia dekat kau! Kau sengaja back up dia sebab kau suka dia kan? Oh! Patutlah kau tak nak hancurkan hati dia. Kan?"
"Apa yang you merepek ni?"
Baru selangkah nak menjauh, tubuhnya ditolak semula pada palang. Kuat dan menyakitkan.
"Sakitlah! You dah kenapa ni? Takde akal eh?" Pinggangnya diusap.
"Aku tanya, kau suka dia atau tak? Itu pun susah ke nak jawab?"
Nafas berat dilepaskan. Entah berapa kali nafas yang dihelanya berat. Sungguh, sabarnya selalu hilang apabila bersama lelaki ini.
"I penatlah, apa lagi yang you nak sebenarnya? Tak habis-habis nak tuduh I, itu ini. Jahat sangat ke I ni?"
"Aku tak nak kau suka Aqil."
Lain yang ditanya, lain yang dijawab.
"I-"
"Apapun yang terjadi....."
Air liur Arisha telan sekali. Dapat rasa tubuh sasa itu betul-betul melekat dengan tubuhnya.
"Kau adalah milik aku. Tak ada siapa boleh dapatkan kau selain kau. Kau faham?"
"I dengan Aqil-"
"Kawan atau tak, aku tak nak kau ada apa-apa hubungan dengan dia. Kau dengar tak?" Muka menyampah dipamer.
"Hmmm..."
Undur beberapa tapak, Sedikit ruang dibuka. Pelukan tidak dilepaskan, jari menari mencari tempat sakit kerana ulahnya tadi.
YOU ARE READING
It Wasn't Pretend
Romance🄰🅁🄸🅂🄷🄰 🄰🄽🄳 🄰🄻🄼🄰🄸🅁 Dendam, Kerana dendam semua ini berlaku dan aku? Aku adalah mangsa untuk semua ini. Arra Arisha Chandani, bukan dipinta untuk mencintai tapi silap dirinya mencintai orang yang salah. Disangka permata, malah kaca ya...