Bab 21

83 4 0
                                    

Ting!

Kau dah bersedia-Zahra

Arisha meraup kasar wajahnya. Sejujurnya ada gusar dalam hatinya dengan rancangannya bersama Zahra. Kini, panggilan Tom sudah ditukar demi untuk kebaikannya. Tom nak berubah jadi dirinya sendiri iaitu perempuan sebenar.

"Darling," seru Almair memanggil sang isteri agar mendekat.

"Yes?"

Lamunan Arisha hilang seketika. Cepat-cepat disimpan telefonnya di dalam poket seluar sebelum dia merapati sang suami yang ada di atas katil itu. Sejak tadi duduk di atas sofa sampai tak perasaan sang suami sejak tadi memerhatinya.

"Pakaikan I," Tali leher disua dan disambut baik oleh Arisha.

Tanpa isyarat, tubuh Arisha diangkat duduk di atas pahanya. Sejujurnya dia malas nak keluar untuk pergi kerja. Namun, digagahkan juga dirinya atas sebab meeting ini diwajibkan Almair masuk, jika tidak projek mahal ini tidak akan dimenanginya. Manakan tidak, orang besar itu hanya mahukan dia. Tidak mahu orang lain sebagai pengganti.

"I terpaksa masuk meeting. I masih demam."

Walaupun Arisha tak tahu apa sebab Almair bagitau keadaannya sekarang, tapi boleh dikatakan suhu badan lelaki itu masih panas.

"Oh begitu?" Jawab Arisha acuh tak acuh.

"You teman I?" Ada nada memaksa dari situ tapi Arisha tidak mahu terlalu memanjakan dengan jawapan 'iya'. Dia lebih suka menolak dalam segala hal mengenai Almair. Lagipun, ada rancangan yang perlu dia sudahkan.

"I pening kepala. Maybe lain kali eh?" Pujuk Arisha lembut.

Dia berpura-pura mengurut kepalanya. Berkerut-kerut mukanya menunjukkan betapa dirinya sakit padahal itu hanya lakonan semata-mata.

"You mengandung? Nak pergi hospital atau klinik?"

Membulat mata Arisha. Bukan hanya kerana tutur kata lelaki itu, tapi perutnya diusap bersama senyum manis yang terlihat bahagia sekali. Air liur ditelan kasar.

"I sanggup hilang projek ni kalau you betul-betul mengandung." Sekelip mata, tubuh itu telah bertukar berbaring.

"Apa yang you cuba buat ni?" Soal Arisha ada nada takut yang disembunyi nya.

Perut itu dicium banyak kali. Hatinya merasa gembira yang sukar diungkap menyebabkan dia tidak mengambil peduli malu yang isterinya rasai. Merah menyala muka Arisha kerana malu.

'Papa tak sabar nak tengok anak papa.' monolog Almair bahagia.

"Mungkin perut Ris masuk angin aje ni. Nanti Ris cuba check. Abang jangan risau, okay?"

Mustahil Arisha bagitahu hal sebenar bahawa dia makan ubat perancang agar tidak mengandung, bukan? Rasanya bukan setakat tak jadi pergi meeting. Mahunya Almair mengamuk dan berkasar dengan tubuhnya nanti.

"Kita pergi check sekarang, nak?" Ucap Almair tak menyabar.

"Kalau you sayangkan I, you tinggalkan I pergi sendiri. Okay?"

"I ambil you lepas balik meeting atau nanti lepas you dah selesai, you call I. Okay?" Seakan terpujuk, Almair mengambil jalan penyelesaian dengan memberi idea yang bernas itu

"Boleh!" Sahut Arisha bersemangat.

Memang itu rancangan Arisha dan Tom. Makanya, tanpa fikir banyak kali Arisha mengangguk. Disebabkan terlalu teruja, Almair cium sayang dahi Arisha menyebabkan perasaan serba salah timbul dalam hatinya. Benarkah melarikan diri dari rumah adalah jalan terbaik?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

It Wasn't PretendWhere stories live. Discover now