Bab 6

125 10 0
                                    

Buk!

Tubuh Arisha Ditolak kasar pada sofa panjang itu. Ringisan sakit dari Arisha tidak diambil peduli langsung. Hatinya lebih sakit dengan perbuatan Arisha tadi. Arisha sengaja nak bermain api dengannya agaknya?

"Apa masalah you ni hah?!"

"Kau tanya aku, apa masalah aku? Hey! Kau jangan buat-buat lupa apa yang kau buat belakang aku! Kau ada affair dengan jantan lain kan?"

"Apa yang you mengarut ni? Affair dengan siapa?" Arisha bangun menentang anak mata Almair.

"Apa hubungan kau dengan si Aqil?" Berkerut dahi Arisha.

"Kenapa you nak tahu sangat? Penting ke? Bukan kita kahwin ikut haluan masing-masing? You dah lupa ke semua tu? Atau you nak I ingatkan balik?" Almair ketap kuat giginya.

"Aku haramkan kau rapat dengan Aqil! Aku tak bagi keizinan untuk kau rapat dengan mana-mana lelaki. Titik!"

"Bukan urusan you, siapa you nak control hidup I? Arahan papa I pun, I bantah keras. Apatah lagi arahan dari you!" Arisha berura-ura nak naik tingkat atas. Namun,

Buk!

Sekali lagi tubuhnya dilempar di atas sofa yang sama.

"Stop control hidup I boleh tak? I tak fahamlah dengan you ni, apa yang you nak sebenarnya? Apa yang you tak puas hati dekat I?"

Mata Arisha berkaca. Sakit diperlakukan bagai objek yang boleh dilempar sesuka hati. Ingat Arisha takde perasaan ke?

"Jangan cabar aku, Ris. Aku mampu buat apa saja. Sekali kau cabar aku, aku tak sure kau boleh hidup macam sekarang."

"Apa yang you boleh buat? Huh? Sakitkan hati I? Macam tu?" Almair menyeringai sinis.

"Aku boleh buat lebih daripada tu." Arisha senyum tenang. Kau ingat aku takut?

"Suka hati youlah." Arisha bangun.

Ting!

Bunyi dentingan mesej buat Arisha laju on telefon miliknya.

"Aqil?"

You dah balik ke Ris? Kenapa you tak bagitahu I sebelum balik? Bukan you lapar ke? I dah belikan you makanan, you nak I hantar makanan rumah you ke?-Aqil

Prang!

Hancur berkecai telefon pintar miliknya dilempar Almair. Air mata Arisha mengalir deras, telefon itu adalah pemberian dari sang ibu. Itu aje yang dia ada sebagai kenangan dan Almair?

Semudah itu saja menghancurkannya?

"Siapa bagi keizinan untuk kau bermesej dengan dia? Berapa kali aku nak ingatkan kau yang kau tak boleh berhubungan dengan Aqil!"

Buk!

Buk!

Buk!

Bertalu-talu tubuh sasa Almair dipukulnya diiringi air mata kesayuan.

"Apa yang you tak puas hati sebenarnya? Kalau betul you marahkan I, pukul I. You nak tampar I pun, tamparlah. I tak kesah. Tapi tolong....tolong jangan sentuh barang I. I tak suka!" hambur Arisha pilu.

"Sebab Aqil kau marah aku? Hanya sebab jantan tak guna tu? Huh?!" Sekelip mata tubuh Arisha ditindihnya.

"Lepaskan I, Lepas! I benci you, jantan tak guna! Tak guna!" Sedaya upaya Arisha cuba lepaskan diri. Anak matanya tak henti pandang telefon miliknya yang telah selamat hancur itu.

"Ris sayang....telefon ni milik mama. Jaga baik-baik, okay? Jaga macam nyawa mama."

Tadinya meronta, perlahan tangan itu jatuh. Teresak-esak Arisha menangis.

"Okay mama, Ris janji....Ris akan jaga sampai mati. Selagi Ris masih hidup, telefon ni akan Ris guna sampai bila-bila. Tak akan Ris carikan pengganti. Ris janji!"

"Puas hati you sekarang?"

Almair menatap ke dalam anak mata Arisha. Terjentik perasaan yang luar biasa apabila air mata itu dijamah anak mata dan Almair tak sukakan rasa itu.

"Puas hati you sakitkan hati I? Apa lagi yang you nak lempar lepas ni? Huh?"

Entah bagaimana kekuatan diperolehnya, kuat tubuh itu ditolaknya.

"Kita berdua nikah secara paksa, you tak perlu control hidup I sampai macam ni. Bahkan untuk I kahwin dengan Aqil lepas kita bercerai pun boleh." Terbuntang mata Almair. Tak senang rasanya dengar perkataan 'cerai' itu.

"Siapa cakap aku akan ceraikan kau?"

"Kahwin paksa takkan berakhir dengan kahwin bahagia. Begitu juga kita, satu hari nanti selepas you ceraikan I....I boleh jadikan Aqil sebagai suami sebenar I." Telefon pintar miliknya dikutip. Air mata dah start jatuh teringatkan janjinya pada mama.

"Kau sayang Aqil berbanding aku kan?" Terhenti perbuatannya seketika.

"Kalau I cakap iya? Apa kuasa you?" Miring senyum Arisha, tubuh diangkat bangun.

"Kau cabar aku ke Ris?"

"You nampak I, cabar you ke?" Alis diangkat sombong. Arisha berura-ura nak naik tingkat atas.

"Esok, kau diarahkan kerja dalam syarikat aku. Bukan lagi di bawah syarikat Aqil, keputusan aku muktamad!" putus Almair tegas.

"You siapa untuk I patuh? Papa I sendiri pun I tak layan, apatah lagi you. Suami paksa rela?" sinis bahasa Arisha benar-benar menaikkan gelora kemarahannya. Ketat sukma di dada mahu lampias marah.

"Aku tak ajar kau berkurang ajar dengan aku. Ingat, aku suami kau! Hormat sikit!" pesan Almair lantang. 

"Ingat sikit, I cuma isteri sementara you. Jangan control I." balas Arisha senada. Tenang dan mendamaikan.

"Apa yang bising-bising ni?" soal Datuk Fir.

Dua pasangan suami isteri itu langsung Arisha tak kalih. Tak ada hati nak menjawab soalan sang papa.

"Ris bercakap kurang ajar dengan Al. Al nasihatkan Ris aje tapi lain pulak jadinya. Ris makin marahkan Al." Pandai pulak Almair buat cerita.

Malas, Arisha angkat bahu aje. Tak dan nak angkat kaki, namanya telah diseru.

"Ris minta maaf sekarang." arah Datuk Fir tegas.

Pulang saja dari majlis kawannya, terus dirinya disapa dengan pergaduhan. Dari luar, suara Almair kedengaran kuat menjerkah Arisha. Bagai ada sesuatu yang tak kena.

"Ris busy."

"Jangan sampai papa tarik Ris ke bawah. Papa tak suka berkasar." Almari senyum jahat.

"Okay." Nafas ditarik panjang.

'Ingat Arisha. Kau mengalah bukan sebab kau kalah. Kau diam atas sebab yang baik. Kau tak nak bergaduh mulut dengan papa. Ingat tu, okay?' monolog Arisha sendiri.

Arisha kalih sepenuhnya pada Almair. Siap pakej tunduk gaya korea.

"Sorry."

Sejurus itu, terus Arisha masuk ke dalam bilik. Almair tercengang.

'Itu saja kata maaf? Takde pendek lagi ke?'

"Kenapa boleh gaduh Al? Bincanglah elok-elok lain kali, biasalah orang muda bila dah kahwin. Semuanya ada yang tak kena dan kita sebagai orang yang lebih tua dari umurnya mestilah pandai menguruskan rumah tangga." Bahu Almair ditepuk beberapa kali.

"Al cuba pa. Ris degil sangat, kadang-kadang Al putus asa untuk pujuk dia."

"Biasalah perempuan, suka dipujuk. Satu hari nanti, papa yakin Ris pasti okay. Mungkin dah jatuh cinta sampai tak nak lepas." Terkekeh Datuk Fir ketawa manakala sang isteri senyum palsu. Meluat dengar!

"Papa, boleh tolong Al?"

"Tolong apa?" Almair senyum penuh makna. Tunggu kau!

It Wasn't PretendWhere stories live. Discover now