"Abang, saya rasa anak awak masih tak boleh terima saya sebagai mama yang sebenar, tengoklah macam mana layanannya pada saya. Macam nak tak nak aje." Aunty Rose bernada sedih.
Makannya pura-pura tak lalu, lakonannya semestinya sempurna di depan sang suami barunya. Melihat raut wajah itu kerisauan, tahulah Aunty Rose bahawa sang suami telah berjaya ditawani.
"Tak baik sayang cakap macam tu, mungkin Ris tak ready nak panggil sayang dengan gelaran mama. Sayang jangan sedih, cuba fikir positif. Okay?" pujuk Datuk Fir lembut habis.
Aunty Rose senyum sedikit, tangan tua yang enak mengusap tangannya dibalas meski dalam hati berbakul-bakul sumpah seranah. Kehadiran pasangan pengantin baru itu disambut mesra bersama lakaran senyuman.
"Eh Ris? Dah turun? Meh makan sama-sama dengan mama." ajak Rose mesra.
Arisha buat muka jengkel. Duduknya dilabuh di depan Datuk Fir. Sedikitpun mata tak pandang manusia yang ada disekelilingnya, fokusnya hanya pada makanan.
"Ris, kenapa pakai tudung? Sejuk sangat ke sampai kamu bertutup litup bagai?" soal Datuk Fir sinis.
Arisha diam, tangan laju mencapai makanan yang berdekatan. Cukup nasi dan kuah aje, malas nak panjangkan tangan ambil, cukuplah sekadar alas perut untuk malam ini.
"Abang, biarlah. Mungkin Ris tak biasa lagi nak bukak tudung depan Al? Kan Al?" Almair angguk.
Kerling Arisha, perempuan itu tetap sama. Menunduk makan, tak ada gaya nak bercakap dengan sesiapa.
"Siapa ajar Ris kurang ajar dengan papa? Takde mulut ke? Sampai soalan papa pun susah nak jawab?"
"Depan rezeki tak baik gaduh-gaduh, Ris malas nak gaduh dengan papa hari-hari." Mendatar suara Arisha. Malas sekali.
"Kau nak cakap aku yang mulakan pergaduhan ni? Huh?" Turun naik nafas Datuk Fir menatap raut wajah selamba Arisha.
"Darling...." Almair mengusap belakang tubuh Arisha.
Pfft!
Arisha kemam rapat bibirnya. Omg! Gila kau Risha!
"Erk...."
Sumpah!
Risha tak tahu sama ada nak cakap maaf atau tak, bila tengok muka basah Aunty Rose kerana semburan air yasin dari mulutnya tiba-tiba rasa kasihan. Tapi itulah, mengenangkan benci padanlah.
"Sayang, sayang maafkan Ris. Ris tak sengaja, meh abang tolong." Tisu dicapai lalu muka Aunty Rose dilap lembut. Aunty Rose pamer muka baik bagai malaikat.
"Takpe abang, saya faham....Ris tak sengaja." Aunty Rose senyum. Gigi diketap, lirikan membunuh dihulur pada Arisha.
"Apa yang kau cuba buat dekat mama aku?" Tangan besar Almair mencubit geram lengan Arisha.
"Sakitlah gila! I tak buat apa-apapun, you yang salah eh? Siapa yang bagi keizinan dekat you untuk sentuh I? Bagitahu I sekarang!" Hujung tudung Arisha ditarik sekali.
"Kau yang salah dan sekarang kau nak tuding jari dekat aku? Banyak cantik kau!"
"Al, Ris, bisik apa tu?" Almair tersengih manakala Arisha menjeling sang papa.
"Takde apa, Al nasihatkan isteri Al aje....tak baik buat mama macam tu. Kalau boleh Al nak ajar isteri Al jadi lebih baik...." Kepala Arisha diusap lembut. Tepisan dari Arisha sedikitpun tidak diambil peduli.
"Kan darling?" Alis diangkat.
'Nak termuntah jadinya, darling? Sejak bila?' monolog Arisha dalam hati.
YOU ARE READING
It Wasn't Pretend
Romansa🄰🅁🄸🅂🄷🄰 🄰🄽🄳 🄰🄻🄼🄰🄸🅁 Dendam, Kerana dendam semua ini berlaku dan aku? Aku adalah mangsa untuk semua ini. Arra Arisha Chandani, bukan dipinta untuk mencintai tapi silap dirinya mencintai orang yang salah. Disangka permata, malah kaca ya...