Bab 10

431 6 0
                                        

Setiap titisan hujan dirasai penuh nikmat. Kelopak matanya ditutup rapat. Hujan bagai sebuah penjaga rahsia dimana dia bisa menangis disebalik hujan. Malah jika gemuruh juga dapatnya berteriak kuat.

"Ya Allah....kuatkan aku...." Rintih Arisha sayu.

Titisan air hujan mengena tubuhnya. Mengigil setiap anggota sarafnya, begitu dingin sekali. Tubuhnya meminta kehangatan namun dia tak ada hati untuk masuk ke dalam rumah.

"Kau buat apa dekat sini? Tak ada kerja ke?" Sergah Almair.

Dipayung tubuh yang basah kuyup itu. Air liur ditelan payah melihat lekuk tubuh Arisha. Baju putih menampakkan baju dalam berwarna merah itu benar-benar menggodanya dalam diam. Lekas, kepalanya digeleng.

"Kenapa you pedulikan I?" Tanpa mengalihkan kepala yang menunduk Arisha menyoal.

Terketap-ketap bibir. Dingin sejuk menusuk tajam menghunjam hingga sumsum tulang. Mukanya seperti mayat hidup saja.

"Nasib baik aku balik kerja awal, kalau tak, aku tak tahu apa jadi dekat kau." Suara lelaki itu biasa saja, namun terselit resah dari nadanya itu.

Jaket yang diambilnya dalam bilik tadi dipakaikan pada tubuh basah Arisha.

"Aku tak suka kau jatuh sakit, pakai jaket ni. Okay?" Pujuk Almair lembut.

"I tak perlukan jaket ni." Direntap lalu dilempar menjauh.

Almair ketap kuat gigi. Jaket yang telah hanyut dalam kolam renang ditatap tidak percaya. Nafas ditarik panjang, menyabarkan hati yang kian panas kerana kedegilan Arisha. Lengan Arisha ditarik,

"Jom masuk dalam, aku tak nak kau demam." Tangannya direntap kasar.

"I tak nak. You tak faham bahasa ke?!"  Ternaik suaranya. Marah apabila dipaksa akan sesuatu yang dia tidak suka.

"Susah sangat ke kau nak terima apa yang aku cuba buat? Aku tak nak kau sakit, itu aje." Dah sehabis lembut suara Almair.

Langkah diambil mengundur ke belakang sedikit. Almair dah naik risau, andai buka tiga langkah lagi. Pastinya Arisha dah jatuh dalam kolam renang.

"Aku ada belikan sesuatu untuk kau."

Arisha angkat kepala dan itu menggembirakannya. Sekurang-kurangnya Arisha tak buat kerja gila terjun masuk air kolam.

"Nah," Iphone 14 Pro Max dihulur.

"Sebagai tanda maaf aku pecahkan telefon kau." Kecil besar aje Arisha tengok si Almair ni. Terlalu geram sehingga tangannya sudah menggempal penumbuk.

"Oh? Maaf?" Angguk gembira.

"Ini maaf kau!" Dirampas dan....

Prang!

Pecah berkecai Iphone yang baru dibeli itu, persis sama dengan apa yang telah dia lakukan pada Arisha tempoh hari.

"Maaf you langsung tak guna! You ingat dengan maaf you dapat kembalikan semuanya macam tu saja?" Ketawa jahat dihambur. 

"Sama sekali tidak!

"Usah pedulikan I! I tak perlukan you dalam hidup I!"

"Okay, fine! Aku pun tak pedulilah! Kau nak mati ke, nak hidup ke, Lantak kau! Huh!" Berpaling, setapak diambil dan....

Debush!

Air liur ditelan sekali, terasa berdebar tidak menentu menebak akan sesuatu yang negatif dalam kepala.

'Bunyi macam orang terjun kolam aje? Ris mandi kolam ke?' monolog Almair risau.

Kerana ego, Almair memilih untuk terus melangkah. Dalam diam, dia menanti panggilan dari Arisha. Dipejam beberapa saat mata. Kerisauan bertandang meski ditepis banyak kali.

It Wasn't PretendTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang