Bab 14

112 10 0
                                    

Almair membanting tubuh Arisha dia atas sofa. Tatapan matanya menghunus Arisha yang tengah ketakutan setengah mati. Memori hitam yang pernah berlaku padanya menjengah fikiran.

"Siapa dia?" soalnya mendatar.

Anak mata hitam lelaki itu seakan menumpu pada anak matanya. Arisha menelan air liur sendiri. Aura Almair hari ini terasa seram. Marahnya lebih hebat dari biasa.

"Tom."

"Siapa Tom?"

Almair cekak pinggang. Matanya tak putus dari anak mata berkaca itu. Gerak geri Arisha diperhati. Dari bibir dikemam, sampailah tangan itu meramas tepi baju yang dipakainya. Terjungkit senyum sinis.

'Takut? Huh?'

"To...to-tom di-dia...."

Air liur sekali lagi ditelan. Lebih sukar dari biasa. Mengenangkan diri yang tiba-tiba gagap bila bercakap buatnya sakit hati.

'Ish! Asal kau gagap Ris!' Marah Arisha dalam hati.

"Kau boleh tak jangan cakap gagap dengan aku? Aku tak suka! Straight to the point jelah!"

Ting!

Idea muncul, tanpa gentar juga tidak memikir akan akibat yang terjadi. Bersama senyuman manis, Arisha mengaku satu penipuannya.

"Tom boyfriend I."

"What?!"

Arisha angguk. Mukanya tak bersalah langsung. Baginya penipuan ini mampu menyelamatkannya dari Almair kelak. Mana tahu Almair akan melepaskannya jika dia sudah berpunya lelaki lain?

"Apa kau cakap?" Suaranya sedikit menaik.

"Kenapa? Tak nak percaya ke?" Imbuhnya dengan nada serius habis.

"Al?"

Suara halus seseorang yang dibuat-buat kedengaran begitu hampir dengannya.

'Ugh! Aunty Rose!' Keluh Arisha benci.

"Mama?"

Almair berdehem. Tangan sang mama disalaminya dikuti sang papa yang baru muncul. Anak matanya melirik Arisha agar melakukan hal yang sama. Arisha angkat alis. Buat-buat tak tahu.

"Sayang,"

Tangan Arisha ditarik namun direntap awal-awal. Kebencian begitu menampak dari anak mata itu. Riak wajahnya terlihat jijik untuk menyentuh tangan papanya sendiri.

"Al, biarkan aje. Papa tak kesah."

Arisha tersenyum menang. Sedetik senyumnya luntur tatkala pinggangnya dipeluk oleh tangan sasa itu. Aunty Rose tersenyum dengan lakonan anak lelakinya. Meski perbualan antara Almair dan Arisha tidak jelas tapi dia yakin bahawa pasangan itu tidak bahagia bersama.

'Menjadi rancangan aku!'

"Ris, tak baik layan papa macam tu. Selayaknya papa dilayan persis raja sama seperti papa layan Ris sewaktu kecil dulu."

Ris berkerut dahi sehingga setiap urat timbul. Bibir itu terlakar sinis bagai mengejek. Lakonan Aunty Rose tak pernah berjaya. Muka fake itu terlalu murah untuk dia beli melalui kata-kata manis lagak ibu yang baik.

"Ris takkan berubah jadi baik untuk orang yang tak penting macam papa. Papa kenal Ris macam mana kan? Maklumlah layanan papa dulu lebih baik dari layanan Ris sekarang. Mungkin lebih tahu anak perempuannya lebih jahat berbanding syaitan."

"Arisha!" Memetir suara jerkahan sang papa.

Arisha siap tersenyum. Keningnya diangkat gaya sombong. Muka merah menyala yang sedang menatapnya sedikitpun tidak menjentik rasa takut. Malah semangatnya berkobar-kobar nak matikan ucapan papa.

It Wasn't PretendWhere stories live. Discover now