Arisha mengeluh. Penat setiap rasa lepas apa yang terjadi. Lelaki di sebelah dijeling geram, semua ini rancangan Almair. Bukan Arisha pekak, perbualan antara Almair dan Papa didengarinya.
Flashback...
"Papa boleh tak Al nak Ris kerja bawah Al?"
"Kenapa tiba-tiba?" Almair gosok leher belakang.
"Al tak cukup tangan pa. Al perlukan seseorang di samping Al." Datuk Fir senyum penuh makna.
"Macam tu?"
"Kenapa papa senyum macam tu?" Muka Almair memerah malu.
"Takde apa, papa faham perasaan Al."
End flashback....
Mukanya diraup kasar, berharap marah yang masih tersisa dihapus secepatnya.
"Kau dah pekak sangat ke? Tak dengar aku panggil kau?"
Malas, Arisha angkat kepala pandang Almair. Dingin raut wajah itu, tak senyum langsung. Arisha ketawa pedih. Bagaimana agaknya dia boleh jatuh cinta pada lelaki kacukan ini agaknya?
"Kenapa kau gelak?"
"Takde apa."
Arisha tanggal tali pinggang yang dipakainya.
"Kau nak pergi mana?"
"Lepaslah!" Sepantas kilat tangan itu ditepis.
"Kenapa kau gelakkan aku?" ulang Almair sekali lagi.
"I tak gelakkan you, boleh tak jangan perasaan sangat?" Tak dan sentuh pemegang pintu, lengannya pula dipegang.
"You nak apa ni? Lepaskan I boleh tak?" Sedikit keras suara itu dilontarnya.
"Aku nakkan jawapan."
"Jawapan apa?" Arisha makin rimas.
"Kenapa kau gelakkan aku." Mata dibawa ke atas.
"You nak tahu sangat kan?" Arisha gelak tak ikhlas.
"I gelakkan diri I sendiri sebab PERNAH jatuh cinta pada lelaki bernama Almair. Puas hati?" Sengaja perkataan 'pernah' dikuatkan agar lelaki itu tahu bahawa dia tersangat menyesal.
"Sekarang kau masih cintakan Almair?" Alis itu terjongket sinis.
"Sejujurnya...." Arisha sembunyi senyum pilu.
"I dah cintakan orang lain." tipu Arisha dengan mata berkaca.
"Oh, cepatnya berubah hati. Rupanya kau bukannya seorang yang setia pada yang satu kan?"
Mata Arisha cuba ditatap, namun cepat anak mata itu hilang tengok pemandangan luar tingkap.
"Yeah...." Perlahan suara itu tahan sebak.
"Aku tak pernah jumpa perempuan tak guna macam kau, hati simpan untuk banyak lelaki. Susah sangat ke untuk kau setia pada yang satu?"
Arisha pejam mata, kepala mengangguk aje. Tak nak berbalah mulut. Penat dengan semua yang terjadi dan dia mengiyakan apa yang dikata Almair.
"I dah janji dengan Aqil untuk jumpa dia. I rasa dah lewat sangat ni, I tak nak Aqil tertunggu-tunggu."
Berkerut muka Arisha, kuat tangannya dicengkam.
"Sakitlah!" ronta Arisha kuat. Hampir air matanya menitis kerana terlalu sakit.
"Aku tak izinkan kau bercakap walaupun sepatah dengan Aqil! Kau naik atas, ambil barang dan terus naik kereta. Faham?" tegas Almair dominan.
![](https://img.wattpad.com/cover/311110393-288-k983451.jpg)
YOU ARE READING
It Wasn't Pretend
Romance🄰🅁🄸🅂🄷🄰 🄰🄽🄳 🄰🄻🄼🄰🄸🅁 Dendam, Kerana dendam semua ini berlaku dan aku? Aku adalah mangsa untuk semua ini. Arra Arisha Chandani, bukan dipinta untuk mencintai tapi silap dirinya mencintai orang yang salah. Disangka permata, malah kaca ya...