"Ris?"
Datuk Fir menatap bingung anak perempuannya. Mukanya tampak tegang tidak seperti biasa. Tak ambil peduli, Arisha naik tangga menuju ke tingkat atas bersama Almair di belakang.
'Kenapa suami isteri tu? Ada gaduh ke? Tak pernah senyap macam ni.' monolog Datuk Fir sendiri.
Kemunculan sang isteri dengan raut wajah memerah meninggalkan tanda tanya. Jelas wajah itu seperti baru lepas menangis. Bergegas Datuk Fir rangkul tubuh itu agar duduk di atas sofa bersamanya.
"Kenapa ni? Ada apa-apa yang terjadi ke tadi?" Soal Datuk Fir kerisauan.
"Ris..."
Dengar aje nama Arisha, mengelegak hatinya nak marah. Dapat agak dah, memang anak perempuannya itu selalu menjadi punca masalah dalam keluarga ini.
"Ris!!! Ris!!!" Teriak Datuk Fir bergema di ruang tamu itu.
Tak sampai seminit, tubuh Arisha turun tangga menyapa deria penglihatan suami isteri itu. Bukan hanya Arisha, Almair pun ada turun bersama.
"Kenapa panggil Ris?"
Tak duduk pun, Arisha hanya berdiri beberapa meter dari Papanya. Belum apa-apa, Arisha dah dapat agak apa yang akan terjadi seterusnya.
'Pasti ini kerja Aunty Rose. Siapa lagi kan?'
Arisha senyum sinis menatap Aunty Rose yang masih berlakon menangis itu.
"Apa yang Ris dah buat dekat mama?"soal Datuk Fir sedikit kuat suaranya.
"Ris cakap kurang ajar dengan dia tadi." Jujur Arisha.
Tak hendak hatinya nak panggilan nama sebab dia pun dah rasa nak muntah tengok lakonan hebat Aunty Rose yang memuakkan itu.
"Apa?" Suaranya sudah naik beroktaf-oktaf. Dada berombak nak marahkan Arisha.
"Ris ta-"
Seakan melarang, Arisha pegang lengan Almair. Tak bagi Almair nak back up dia. Almair berpaling ke sisi, menatap muka yang sedang memerah saat ini. Tak dapat menipu, Arisha nampak terluka. Terlalu terluka dengan semua ini. Terketap-ketap Almair menahan marah. Matanya juga nak berkaca kerana terlalu tertekan dengan keadaan ini.
"Ris yang mulakan semuanya Pa. Ris penyebab semua ini berlaku. Papa jangan risau. Lepas ni papa tak akan jumpa Ris dah. Ris nak stay rumah kawan Ris. Ris selamanya tak akan balik Malaysia dah."
Usai tamatkan kata, Arisha tunduk sedikit kepalanya lalu dia berlari anak ke tingkat atas masuk ke dalam biliknya. Arisha melompat berbaring di atas katil. Selimut dicapai lalu menyelubungi diri dalam selimut. Bukan hanya itu, bantal-bantal semua diambil lalu ditekup pada kedua telinganya. Arisha tak nak dengar apa-apa dah. Tak nak....
"Mana Papa yang Ris kenal dulu? Mana semua kasih sayang yang Papa bagi Ris dulu? Kenapa semuanya hilang setelah muncul nya dia? Siapa Ris sebenarnya? Ris anak papa atau bukan? Kenapa Papa sanggup buat Ris macam ni? Kenapa?" Tangisnya sayu.
Teresak-esak dia menangis. Mutiara yang cantik jatuh dari tubir mata. Kedengaran esakan halus keluar dari ulas bibir itu.
"Ris..."
Sesuatu yang berat seakan menimpa dirinya. Disebabkan hampir lemas dengan situasi ini. Mendadak Arisha keluar dari berselubung dengan selimut. Tercungap-cungap dia cuba mendapatkan nafas kembali.
"You?"
Almair alih tubuh ke tepi. Tak nak tindih tubuh Arisha. Bantal dicapai lalu diletak betul-betul di atas lengan Arisha.
YOU ARE READING
It Wasn't Pretend
Romance🄰🅁🄸🅂🄷🄰 🄰🄽🄳 🄰🄻🄼🄰🄸🅁 Dendam, Kerana dendam semua ini berlaku dan aku? Aku adalah mangsa untuk semua ini. Arra Arisha Chandani, bukan dipinta untuk mencintai tapi silap dirinya mencintai orang yang salah. Disangka permata, malah kaca ya...