"Al tidur rumah kawan Al mama, sorry tak inform mama dulu."
Palang balkoni dicengkam sekejap. Matanya kuyu kerana mengantuk. Tak cukup tidur dirinya gara-gara sang mama menganggu.
"Sekurang-kurangnya bagitahulah mama sepatah. Risau mama tau! Al tak pernah tak balik rumah. Tiba-tiba harini takde bayang terus. Itu yang mama tertanya-tanya."
Almair menyebak rambut ke belakang.
"Mama tak payah risau, tahulah Al jaga diri."
"Macam mana mama tak risau kalau si Ris tu pun tak ada dekat rumah? Takut jugak mama kalau-kalau Al keluar honeymoon dengan dia." Almair tersedak air liur.
"Tak adalah ma, tak mungkin Al boleh honeymoon dengan dia sedangkan Al tidur rumah kawan Al."
Lengkung pada bibir itu menampak tatkala anak matanya melirik Arisha yang ada beberapa meter darinya.
"Mama risau aje. Bukan apa, mama tak nak Al dengan si Ris rapat sangat. Kalau boleh mama tak nak Al ada apa-apa perasaan istimewa pada si Ris tu. Risau tiba-tiba tersayang, rosak rancangan kita nanti." Almair hampir lupa.
Mukanya diraup kasar, apa yang telah dia lakukan?
"Al takkan lupa ma."
'Bagaimana jika mama tahu perbuatannya ini? Ah! Tak mungkin tahu jika tak ada mulut yang menyampaikan.'
"Baguslah kalau Al tak lupa." Aunty Rose senyum bangga.
"Mama...." Almair garu dagu tidak gatal.
"Rasanya dah lewat sangat ni, Al nak bersiap keluar dengan kawan-kawan." tipunya terpaksa.
Sebolehnya Almair tak nak cakap panjang dengan Aunty Rose takut soalan lain pula ditanya.
"Sorry Al, mama tak sengaja ambik masa Al." Aunty Rose ketawa manja.
"Takpe, Al tak kesah." Melebar senyum, sejuk hatinya mendengar.
"Lain kali ya kita bercakap, Assalamualaikum."
"Waalaikummusalam."
Tut.
Keluhan berat dilepaskan. Sukar untuk percaya perbuatannya semalam, kerana cemburu dia melakukan hal yang tidak sepatutnya.
"Apa yang kau dah buat Ris? Sampai aku sendiri dah tak kenal diri aku."
Tanpa sedar, segaris senyum terukir di bibir. Anak mata jatuh pada sang isteri yang sedang enak tidur. Bagai magnet, dirinya kini merapat lalu tubuh dibaring sebelah Arisha.
"Hey darling...." Ceruk leher Arisha dihidu.
Jeda,
Deruan nafas Arisha saja kedengaran. Tiada tindak balas, maka Almair mengambil peluang itu untuk hidu semahu-mahunya bau Arisha.
"Hey....i need you....wake up...." kejut Almair manja.
Dahi Arisha berkedut tidak sempurna. Deruan nafas seseorang begitu dekat dengannya. Sesekali lehernya terasa basah dengan air hangat. Perlahan kelopak matanya terbuka.
"Good morning." sebut Almair tanpa perasaan.
Mood sweetnya tadi hilang begitu saja. Panggilan yang istimewa pun dah tak guna. Hebat betul lakonan Almair. Ego tinggi melangit disanjungnya.
"Nak pergi mana?"
Sekali tarik, tubuh yang berura-ura turun dari katil itu terbaring semula.
"Lepaskan I." suaranya kosong, sekosong hatinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/311110393-288-k983451.jpg)
YOU ARE READING
It Wasn't Pretend
Romance🄰🅁🄸🅂🄷🄰 🄰🄽🄳 🄰🄻🄼🄰🄸🅁 Dendam, Kerana dendam semua ini berlaku dan aku? Aku adalah mangsa untuk semua ini. Arra Arisha Chandani, bukan dipinta untuk mencintai tapi silap dirinya mencintai orang yang salah. Disangka permata, malah kaca ya...