"Lepaslah! Apa yang you cuba buat ni?"
Tubuhnya dilempar kasar masuk ke dalam kereta. Raut wajah tegang yang terpancar menjentik rasa takut.
Bam!
Kuat hempasan pintu, protes atas perbuatan isteri padanya. Kemesraan Aqil bersama Arisha bermain di ruang mata. Kereta dipandu laju, tak hirau sama sekali panggilan dari Arisha.
"You bawak kereta macam orang gila ni kenapa? Tak puas hati dekat I cakap! Tak payah nak tunjuk marah dengan pandu kereta macam ni!"
Street....
Brek mengejut,
Buk!
Dahi yang mengena dashboard digosok, tajam bak pisau anak mata Arisha menentang mata Almair.
"Apa masalah you ni hah?! Nak mati ke? Nak mati jangan ajak I! Mati sorang-sorang sudahlah!" kasar Arisha ucap kata.
"Apa hubungan kau dengan Aqil?" soal Almair tenang.
Namun,
Siapa sangka ketenangan itu cuma terbias pada wajah bukan hati. Menggelegak gunung berapi kemarahan mahu dihamburnya. Disabar hati mendengar penjelasan dari Arisha sendiri.
"Apa yang you nak tahu? Huh? Hubungan I dengan Aqil tak ada kena mengena dengan you. Apa kuasa you nak mempersoalkan hubungan I dengan dia?"
Almair serabutkan rambut. Gelak sinis dihambur, kuat tangannya mencengkam stereng kereta.
"Kau dah lupa kuasa aku sebagai suami? Atau kau dah hilang ingatan? Nak aku ingatkan kau ke?" provok Almair.
"You memang dah gila, penat I ulang benda yang sama dan you tak habis-habis cakap benda yang sama." Arisha menggeleng.
"Aku tanya jawab! Aku tak nak jawapan macam orang tak sekolah!" Melenting kuat suaranya sikit. Tak puas hati barangkali tak dapat jawapan yang dinginkan.
"Sedap mulut you mengata I, you atau I tak sekolah?"
"Jawab soalan aku, apa hubungan kau dan Aqil?" Sekali lagi Almair bersuara tenang. Memberi peluang pada sang isteri.
"Ya Allah...."
Arisha urut kepala.
"Boleh tak kita balik? Penatlah berbalah mulut dengan you setiap hari. You asyik cakap status you sebagai suami I sedangkan kita berdua cuma kahwin paksa."
"Kau nak balik?" Almair senyum sengit.
"Yup, I pening kepala." adu Arisha bosan.
"Oh? Okay."
Kereta kini dipandu menuju ke rumah banglo miliknya.
"You nak bawak I pergi mana ni?" Gelisah tak menentu dirinya tika Almair pandu masuk ke simpang kanan.
"Ini bukan jalan ke rumah papa I." Meliar mata Arisha pandang sekeliling.
'Ya Allah....dekat mana ni?'
"Kau nak balik sangat kan? Aku ikut arahan kau je, tak gitu?" provok Almair tersirat.
"I kenal jalan ke rumah papa I."
"Aku pun kenal."
"Tapi jalan yang you guna bukan jalan ke rumah papa I." Almair angguk riang.
"Betul."
Air liur ditelan kasar. Senyum jahat yang terkutik di bibir Almair menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku nanti.
"I nak balik rumah papa, hantar I cepat!"
YOU ARE READING
It Wasn't Pretend
Romance🄰🅁🄸🅂🄷🄰 🄰🄽🄳 🄰🄻🄼🄰🄸🅁 Dendam, Kerana dendam semua ini berlaku dan aku? Aku adalah mangsa untuk semua ini. Arra Arisha Chandani, bukan dipinta untuk mencintai tapi silap dirinya mencintai orang yang salah. Disangka permata, malah kaca ya...