Deraian air mata mengalir, mekap yang baru dipakai hilang dibersih oleh air mata. Penat bergaduh mulut agar terlepas dari perkahwinan paksa ini namun apa yang Arisha dapat?
"Kenapa Papa lebih sayangkan Aunty Rose berbanding anak sendiri? Teganya Papa paksa Arisha kahwin paksa macam ni, apa hebatnya anak Aunty Rose tu? Apa?" Mukanya ditekup, terhinggut-hinggut bahunya kerana menangis.
"Ris, awak tak boleh macam ni. Tahu dek Datuk Fir habis saya dihalau keluar. Awak tahu cara halau Datuk Fir bukannya satu yang baik kan?" Sopan tutur kata Inaya selaku juru solek pengantin perempuan.
"Saya tahu Ina tapi saya tak nak kahwin. Saya tak nak pakai baju pengantin dan make up semua ni."
"Saya minta maaf Ris, saya tak dapat tolong awak. Macam mana saya nak tolong awak sedangkan anak buah Datuk Fir menjaga setiap depan pintu pagar. Tak mungkin sempat untuk awak larikan diri kalaupun awak cuba untuk buat kerja gila macam tu."
"Siapa yang cuba nak larikan diri?"
Sepantas kilat,
Inaya bangun dari duduknya dan kini menunduk di depan Datuk Fir. Lain pula dengan Arisha, merah menyala mukanya kerana menangis ditambah perasaan marah pada papa sendiri. Tak ada perasaan gerun mahupun takut. Malah anak matanya kekal bertaut dengan mata garang itu.
"Ada masalah ke kalau Arisha takde? Boleh matikan papa ke?"
Pang!
"Kau jadi anak jangan kurang ajar! Siapa kau untuk cakap lebih kurang dengan aku? Mana hormat kau sebagai anak? Mana?" Memetir suara itu bergema dalam bilik sang anak dara. Bernasib baik bilik itu kalis bunyi, jika tidak suara lantunan tinggi itu pasti didengari orang lain.
"Kau nak aku hormat kau lepas apa yang kau buat dekat aku? Hey! Siapa yang buat aku jadi macam ni? Kau kan? Kau yang mulakan semua ni, kau jangan nak salahkan aku sorang!"
Turun naik nafas sang papa. Tajam mata bak laser itu memanah Arisha.
"Kau makin biadap sekarang, kau belajar dari mana? Dari jantan tak guna yang kau selalu keluar tu? Huh?"
Naik terus darah Arisha, marahnya pada lelaki itu belum surut dan kini Papanya bagai sengaja menjentik marahnya dengan bercakap mengenai lelaki itu.
"Dia tak ada kena mengena dalam hidup Risha! Jangan nak buat cerita sedangkan Risha dan dia dah tak ada apa-apa hubungan!" Tawa sinis dari Datuk Fir buatnya panas hati.
"Kau terlalu murah, mungkin itu adalah salah satu sebab dia tinggalkan kau." sedas Datuk Fir lempar paku keras pada Arisha.
Arisha genggam kuat kedua tangannya.
"Kau!"
"Ris..." Genggaman tangan dari Inaya dipandang.
"Tapi Ina..."
"Please..."
Inaya menggeleng. Menghalang pergaduhan agar tidak melarat.
"Kenapa diam? Terluka ditinggalkan boyfriend tak guna kau tu? Huh?"
Mengelegak hatinya untuk meluah semua isi hati. Ketat dada untuk melampiaskan segala yang terbuku di dada. Namun, esakan dari Inaya menyedarkannya.
Ya,
Inaya terlalu sensitif, tak boleh dengar pergaduhan teruk. Pergaduhan menyebabkannya menangis, lihatlah sekarang dirinya menunduk dengan air mata berlumba turun.
"Cukuplah Ris, jangan gaduh lagi...." Tergeleng-geleng kepala Inaya.
"Anak kurang ajar macam ni takkan dengar cakap kaulah! Anak kurang ajar takde adab! Kenal dengan lelaki bukan-bukan dari internet terus berubah jadi perempuan kurang ajar. Kau ingat elok sangat ke perangai kau macam ni?" Komen Datuk Fir pedas.
Setapak Arisha hayun kaki ke hadapan, tangan Inaya menghalang.
"Please...." Menggeleng.
"Demi Ina...."
Datuk Fir senyum sinis. Tegak Arisha berdiri tanpa berlawan kata dengannya. Menikus diam mengikut kata dari Inaya. Inaya benar-benar memudahkan kerjanya. Tak sia-sia upah jadi juru solek Arisha.
"Kau ikut aku!"
Sekali rentap, tangan Arisha diheret ikut setiap langkahnya. Sayu pandangan Inaya pandang kepergian sang sepupu. Nak tolong, tapi dia sendiri tak mampu.
"Maaf Ris, saya tak boleh nak tolong.... saya tak nak baran papa awak dilampias pada saya, saya fobia...."
Buk!
Macam sampah Arisha dilempar duduk di atas kusyen pengantin perempuan. Tak sempat nak bangun, bisikkan dari Datuk Fir melemahkan tubuhnya.
"Kau nak lari mana? Jangan sampai aku malukan Ina. Kau nak aku buat onar dekat sini? Huh?" ugut Datuk Fir keras.
Mengalah, tubuhnya dilabuh duduk di atas kusyen pengantin. Dari jauh, Aunty Rose ukir senyum sinis untuknya. Bibirnya digigit, perlahan kepalanya menunduk ke bawah. Mengayut air mata pada kelopak mata, saat terpejam beberapa titis air mata itu jatuh mengena kedua tangan yang telah pudar warna inai.
"Mama, kenapa papa boleh berubah macam ni sekali? Apa salah Risha sampai papa layan Risha macam ni?" Banjir air matanya meleleh pada kedua pipinya.
"Sah!"
Sebutan 'sah' itu yang bergema, tahulah Arisha bahawa dia kini telah sah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang belum dikenalinya. Malah bersemuka pun tidak, entah lelaki mana yang papa kutip.
"Salam suami kamu." suruh Aunty Rose pura-pura baik.
Huluran tangan dari sang suami dibiar tanpa bersambut. Depan semua orang bolehlah Aunty Rose nak berlakon baik. Tapi bukan dengannya! Munafik!
"Tak reti nak salam ke?" Perlahan suara itu. Cukup untuk mereka berdua saja mendengarnya. Macam kenal aje suara.
Kepala diangkat naik,
Dang!
Mata mereka berdua bertaut antara satu sama lain. Berbagai perasaan belenggu diri, air mata makin lebat. Permainan apa ni?
"Yo-you?"
"Kau tak reti nak salam ke? Atau kau nak aku ajar cara bersalam guna cara aku?" sinis ton bicara Datuk Fir.
Terketar-ketar tangan Arisha bersalaman dengan sang suami. Matanya terpejam rapat apabila dahinya dicium Almair. Lama dan begitu mengasyikkan sehingga dia hampir terperangkap dalam rasa itu. Rasa cinta, cinta yang dulu hilang kini mekar kembali.
"Awak okay Ris?"
Tersedar, Arisha menggeleng. Senyum manis diukir menutupi rasa sedihnya. Tak putus anak matanya pandang Almair yang dingin bercakap dengan teman-temannya itu.
"Saya tak faham apa yang berlaku sekarang...."
Dari jauh, pandangan mereka bersatu. Arisha nampak anak mata dingin itu penuh dengan kebencian.
Kenapa Almair berubah drastik begini? Siapakah dia sebenarnya?
"Maksud Ris apa?"
"Tak ada apa-apa, saya cuma terfikir macam mana nak berhadapan dengan bakal suami saya nanti." Senyum tipis terukir di bibir.
"Ris jangan risau, mungkin Almair adalah jodoh Ris. Mana tahu kan?"
"Jodoh?" Bersungguh Inaya mengangguk.
"Lebih baik Ris berjodoh dengan lelaki sebelah rumah daripada berjodoh dengan Almair."
Inaya ketawa kecil. Arisha tahu lelaki sebelah rumah ada perasaan padanya. Sayang, cintanya ditolak berkali-kali.
"Jaga-jaga ada telinga yang mendengar."
"Huh?" Inaya juih bibir pada Almair.
Untuk sekali lagi, anak mata mereka bertaut. Tajam mata dingin itu memanah, ada sinar cemburu dari mata itu. Namun, benarkah?
YOU ARE READING
It Wasn't Pretend
Romance🄰🅁🄸🅂🄷🄰 🄰🄽🄳 🄰🄻🄼🄰🄸🅁 Dendam, Kerana dendam semua ini berlaku dan aku? Aku adalah mangsa untuk semua ini. Arra Arisha Chandani, bukan dipinta untuk mencintai tapi silap dirinya mencintai orang yang salah. Disangka permata, malah kaca ya...