Inai di jari ditatap kosong, langsung perasaan teruja tak ada dalam hati mengenangkan apa yang terjadi. Banyak tanda tanya berlegar dalam fikiran, adakah dia ditipu selama ini? Almair adalah anak Aunty Rose? Benarkah?
Bam!
Bunyi hempasan pintu kuat menyedarkannya dari lamunan panjang. Matanya tak lepas menatap Almair yang berura-ura nak masuk ke dalam kamar mandi.
"Ini maksud Itali you?"
Terpasak kaki Almair, tidak menoleh. Lelaki itu diam beberapa minit sebelum mengeluarkan kata.
"Jangan mulakan pergaduhan, aku malas nak berbalah mulut." Arisha ketawa sinis.
"Aku? Kau?" Bangun, Arisha merapati lelaki yang bergelar sang suami.
"Hebat lakonan you kan? Jadi ini yang you rancang dari mula? Pura-pura tak kenal I padahal you kenal tersangat kenal I. Lelaki jenis apa you ni? Lelaki tak guna?" sedas ayat pedas itu meniti di bibir Arisha.
Menoleh, rahang lelaki itu menegang semacam menahan marah padanya. Tak cuma itu, malah muka putih kemerahan milik Almair juga sudah bertukar warna.
"Macam mana pulak dengan kau?" Alis kedua Almair terangkat.
Beberapa tapak diangkat merapat.
"Kau perempuan paling bodoh yang pernah aku kenal." Almair senyum miring.
"Sebab apa? Sebab kau mudah ditipu oleh orang lain, sedangkan dengan aku pun...." Matanya dibawa ke atas dan ke bawah.
"Kau mudah tertipu." Gelak sinis dihamburnya.
Kuat Arisha gempal penumbuk, air mata ditahan dari jatuh. Dipujuk hati dengan kata-kata semangat meski Arisha hampir tumbang kerana kata pedas lelaki itu.
"Sekurang-kurangnya, perempuan bodoh ini telah sedar bahawa lelaki yang selama ini dikejar adalah sampah masyarakat." Arisha pejam erat mata. Rahangnya dicengkam kuat agar menyamai anak mata Almair.
"Kau dengar sini, antara kau dengan aku.... kau lebih sampah! Nak tahu kenapa?" Mata berkaca Arisha ditatap tanpa perasaan.
"Sebab kau dibuang macam sampah oleh papa kau atau lebih tepat... mama kau mati sebab tak nak jaga sampah macam kau ni."
Pang!
"Jaga sikit mulut you! Jangan sabitkan mama I dalam hal ni, mama I takde dosa apa-apa dengan you dan you! Jangan nak tambah dosa sendiri! Tak takut dengan api neraka ke?"
"Kau tak payah nak jadi ustazah nak ceramah aku dekat sini. Aku tak perlukan ustazah! Malah kau cuma pelacur, tak layak pun nak cakap hal agama dengan aku." Rahang Arisha dilepaskan, lantas tanpa belas kasihan tubuh itu ditolak kasar.
Bam!
"Kenapa you berubah sampai macam ni sekali Al? Kenapa you tak pernah bagitahu I yang you adalah anak kepada mama tiri I? Kenapa you tak bagitahu I dulu you tinggal di Itali? Kenapa you perlu sembunyikan semuanya dari I? Kalau dari awal you cakap semua ni, I takkan sesekali jatuh cinta dekat you. You tahu tak?"
Semua yang tersirat dalam hati diluahnya. Penyesalan yang tak ada noktah apabila dia telah jatuh cinta pada orang yang salah.
Bunyi pintu kamar mandi ditutup. Automatik mata pandang sang suami yang bertuala baru siap mandi.
"Kau buat apa lagi dekat sini? Tak reti nak mandi? Atau kau sengaja nak buat drama untuk tagih kasihan dari aku?"
Bangun, tuala mandi miliknya dicapai bersama kelengkapan pakaian untuk disalinnya.
"Tagih kasihan you? Memang taklah! I menyesal kenal you dalam media sosial, I jugak menyesal boleh jadi isteri kepada lelaki bernama Almair. Dengar nama pun dah meluat, apatah lagi tengok muka."
"Kau ingat aku suka sangat tengok muka kau? Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau? Huh?" Almari gelak sinis.
"Kalau bukan sebab rancangan mama aku, aku takkan jejaklah kaki dekat Malaysia ni. Pertemuan antara kau dan aku dalam media sosial cuma dalam rancangan kami aje. Aku jijiklah nak sayang dan cintakan orang macam kau!"
Allah,
Hancur berderai hati Arisha. Setitis air mata jatuh, mahu saja tangannya memukul kerana perbuatan lelaki itu. Sabar, Arisha angguk sayu lalu bawa diri ke kamar mandi. Pintu ditutup tanpa bunyi, tak ada yang perlu ditunjukkan rasa tidak puas hati jika dia sendiri memilih untuk mencintai. Air pancuran hujan dipulas,
"Kenapa Al...." Basah kuyup baju pengantin bersama tudung yang dipakainya.
"Kenapa Al mempermainkan hati Ris? Sedangkan Ris sayang Al lebih daripada segala-galanya...." Air mata turun deras mengikut aliran pancuran air hujan.
"Ris korbankan setiap masa untuk bertemu Al. Adakah masa empat tahun hubungan kita sia-sia tanpa cinta? Tak ada ke walaupun sikit cinta untuk Ris? Huh?" sayu Arisha berkata sendiri.
Tok! Tok! Tok!
"Kau buat apa lama sangat dalam bilik air? Papa kesayangan kau dari tadi panggil ajak makan."
"I tak nak makan. You nak makan dengan papa, makan ajelah!"
Tok! Tok! Tok!
"Kau nak aku rempuh masuk dalam bilik air? Atau kau nak keluar secara baik? Kau pilih sekarang!" lantang lelaki itu bersuara.
Tak ada rasa risau apabila Almair tinggikan suara kerana bilik Arisha kalis bunyi. Mudah kerjanya bukan?
"You tak reti bahasa ke? I cakap tak nak tu, tak naklah! You jangan buat kerja gila masuk dalam bilik air eh!"
Bam!
Sekelip mata, lelaki itu merempuh masuk. Terbuntang mata Arisha,
"Apa yang you cuba buat ni hah?!"
"Kau pilih, nak aku pakaikan baju atau kau nak keluar bilik air dan pakai secara baik?" Arisha ketap kuat giginya.
"You memang binatang!"
"Kau nak aku tunjukkan dekat kau ke binatang tu macam mana?"
Leher Arisha dicekiknya. Rontaan tidak dihiraukan, malah air mata yang keluar pun tidak mampu menghentikan perbuatan Almair. Setelah muka Arisha berubah warna kebiruan, barulah Almair bertindak melepaskan.
"Aku tunggu dalam bilik, kau tak keluar jugak..." Jari telunjuk diusap pada leher.
"Aku akan buat lebih teruk lagi!" Arisha angguk laju. Takut!
Kedengaran pintu ditutup, Arisha gigit kuat bibirnya. Deraian air mata tak sudah mengalir, tak sangka begini dapat layanan daripada kekasih hati sedangkan dulu layanannya penuh dengan kasih sayang.
"Ris, kau kena kuat okay? Jangan lemah macam ni, kau cakap tak nak nangis lepas mama meninggal kan? So...." Arisha tarik nafas panjang lalu hembus.
"Be strong okay?" Sekelip mata, senyum manis terukir di bibir comel itu.
Arisha bersiap lengkap dengan pakaian. Terbata-bata langkahnya keluar dari tandas, takut kalau Almair ada di depan mata. Air liur ditelan payah, matanya melekat pada Almair yang menanti di pintu. Tak ada senyuman, malah muka itu beku aje tak ada perasaan.
"Kau tercegat apa dekat situ? Aku nak kita berpura-pura jadi suami isteri sebenar, aku tak nak nampak muka sedih kau depan papa. Faham?"
"Kita kahwin paksa kan? Kenapa perlu berlakon?" soal Arisha tak puas hati.
"Ada aku bagi keizinan kau untuk tanya banyak soalan? Takde kan? Baik kau diam!" Tangan Arisha ditarik lalu disulam dengannya.
"Lepas!"
"Sekejap aje aku pegang tangan kau, ingat. Berlakon!" Dengusan kasar dihembus. Terpaksa rela Arisha biarkan tangannya dalam genggaman lelaki itu.
"Kenapa pakai tudung?" soal Almair aneh.
"Aurat." Gelak sinis keluar dari bibir Almair.
"Aurat meski aku suami kau?" Senang hati Arisha angguk.
"Pembetulan, suami sementara."
Arisha sembunyi senyum. Raut wajah muram Almair ditatap gembira. Tahu pulak kau nak marah, huh? Lelaki gila!
YOU ARE READING
It Wasn't Pretend
Romance🄰🅁🄸🅂🄷🄰 🄰🄽🄳 🄰🄻🄼🄰🄸🅁 Dendam, Kerana dendam semua ini berlaku dan aku? Aku adalah mangsa untuk semua ini. Arra Arisha Chandani, bukan dipinta untuk mencintai tapi silap dirinya mencintai orang yang salah. Disangka permata, malah kaca ya...