Bab 12

235 8 2
                                        

Arisha jalan lambat-lambat. Tangannya ditarik paksa mengikut setiap langkah Almair. Tak ada satu pun yang dibicarakan Almair didengarinya malah Arisha siap buat gaya menguap. Pura-pura mengantuk.

"Gane nikoh? Bereh dop?" (Macam mana kahwin? Okay tak?)

Alan kerling Arisha di sebelah Almair. Senyum nipis terpeta dari bibir itu melihat gaya posesif Almair rangkul pinggan Arisha.

"Bereh guane agi? Gitulah dan nikoh gop. Kena banyok sabor." (Okay macam mana lagi? Begitulah bila dah bernikah. Kena banyak sabar)

Villa site plan design yang telah dilakar siap diperhati banyak kali. Bila dah puas hati, barulah kepala itu mengangguk senang. Takut jugak kalau-kalau ada kekurangan dari segi kemudahan dan benda lain.

"Mung ngan ye okay dop?" (Mu dengan dia okay tak?)

Kertas yang dihulur disambut baik.

"Aku pon dop tau nok kate ke mung gane. Macam-macam doh aku rase lening." (Aku pun tak tahu nak bagitahu mu macam mana. Macam-macam dah aku rasa sekarang)

Pekat ayat Terengganu dari Almair dan Alan. Tercengang jugak Arisha bila dengar. Sepatah haram pun ayat yang mereka bicarakan tidak  difahaminya. Sikit-sikit boleh faham tapi untuk semua. Tidaklah!

"Mung gi mane je takdi?" (Kau pergi mana je tadi?)

"Tengok site beloh nun." (Tengok site belah sana)

Alan angguk. Boleh katakan banyak plan untuk Commercial Development yang akan ditubuh oleh lelaki itu.

'Biasalah orang kaya kan? Semua tempat boleh dibuat duit.'

"Banyok pitih mung op?" (Banyak duit mu kan?)

"Ahu gop, dop kire gi takat ni." (Tak tahu, tak kira lagi setakat ini)

Pak!

"Eleh!"

Arisha ketap gigi geram. Sedap betul Almair dan Alan bercakap lagak Arisha patung yang tak ada function aje.

"Boleh tak kita balik sekarang? Panas."

Arisha kibas-kibas baju yang dipakainya.

"Sorry ar, dop sedor pulok aku bunyi banyok arinim." (Maaflah, tak sedar pulak aku banyak cakap harini)

Alan sengih.

"Adop nde, biasa ar bile aku ngan mung jupe." (Tak ada apalah, biasalah bila aku dengan kau berjumpa.)

Terkekeh Alan ketawa.

"Okay ar, aku gerok lu." (Okaylah, aku minta diri dulu)

Mereka berdua bersalaman. Alan kerling tangan Almair. Tak lepas-lepas pinggang Arisha. Sayang betul!

"Hor bereh. Nape-nape masaloh mung kabor jelah ke aku." (Ya beres, apa-apa masalah mu bagitahulah aku)

"Jom kita balik."

Ditarik pinggang ramping itu mengikut langkahnya. 

"You cakap apa dengan dia? Sampai I dekat sebelah pun you dah tak peduli. Panas tahu tak? Penat I tunggu you habis bercakap." Keluh Arisha.

Nak putus urat kakinya, bukan apa. Tadi dah pergi site sebelah sana, dan sekarang site belah sini. Bernasib nasib kerana site terakhir ini lebih kecil berbanding yang di sana. Andai tidak, entah bagaimana untuknya terus berjalan.

"Suka sangat pakai kasut tumit tinggi kan? Dah susah nak jalan. Menyusahkan betul!"

Sekelip mata, tubuh itu dicempung masuk ke dalam kereta. Arisha tarik muka cemberut. Sepanjang perjalanan tak ada kata keluar dari bibir. Sakit hati dan geram!

It Wasn't PretendTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang