Lincah jari itu menari pada keyboard. Sesekali matanya mengerling jam pada skrin komputer. Arisha kejar masa jugak nak siapkan benda alah ini. Disebabkan Nurin dalam berpantang, Arisha terpaksa ganti tempat Nurin sebagai PA kepada boss besarnya itu.
"You dah selesai belum Ris? Kita dah lewat nak jumpa client I ni."
"Kejap, I sudahkan sedikit lagi. Dah nak siap ni." Aqil angguk.
Senyum manis terkutik di bibir saat tugasannya siap dibereskan. Mejanya yang sedikit bersepah dikemaskan sebelum barang apa yang patut dicapai.
"Dah siap?"
"Dah."
Arisha mengikuti setiap langkah Aqil. Mereka berdua memboloskan diri masuk ke dalam lif. Terasa kekok berdua dengan boss sendiri, Arisha perasaan mata itu kerap pandang dirinya.
"Macam mana kerja you sebagai PA I? Okay ke? Atau you tak boleh handle? Kalau tak boleh, I boleh cari orang lain. I tak nak susahkan you atau buat kepala you serabut fikir hal semua ni." soal Aqil prihatin.
"I okay aje, cuma I tak selesa bila kita berdua bahasakan diri I and you. Nampak macam...." Aqil terkekeh ketawa.
"Nampak macam kekasih?" Arisha angguk.
"I dah biasa dipanggil dengan gelaran I and you. I tak biasa kalau you panggil I, Aqil. Lagipun Kak Nurin dulu selalu guna I and you." tipu Aqil.
"Yeke?" Helaan nafas lega Arisha tarik.
"Yup."
"Baguslah." Bahagia muka Arisha. Selama ini, fikirannya asyik benda bukan-bukan aje. Bila Aqil berlaku jujur begini, tidaklah hatinya perasaan sesuatu aneh.
Ting!
Mereka berdua keluar dari lif bersama. Tak berkelip mata Arisha apabila pintu kereta dibukakan untuknya.
"Masuklah."
"Erk....I-I naik kereta I." Aqil menggeleng.
"Naik kereta I, lagipun you tak kenal tempat perbincangan I dengan client I."
"I boleh ikut dari belakang kan?" Aqil buat muka sedih.
"You ingat I cuba nak buat benda bukan-bukan ke? Jahat sangat ke muka I? You tak percaya boss you sendiri? Hmm?" soal Aqil bernada sedih.
"I bukan tak kenal, I-I tak selasa dekat dengan you. I tak nak orang lain nampak kita berdua rapat semacam and tiba-tiba dapat berita kita berdua ada affair."
"Mengarutlah you, semua tu takkan terjadi. Kalau terjadi pun, macam biasa I akan selalu back up you. I terus pecat kalau mereka berani cakap macam tu dekat you."
"Takkan macam tu sekali?"
"I serius Ris." Arisha ketap bibir beberapa kali.
"Naik kereta I cepat, kita dah lewat ni."
Angguk, Arisha masuk ke dalam kereta mewah milik Aqil. Enjin dihidupkan, dengan bismillah Aqil pandu kereta keluar dari pejabat. Arisha perasaan, dari cermin belakang Aqil tak lepas pandang dirinya.
"Kenapa you pandang I macam tu?"
Gelisah macam cacing kepanasan, sesekali Arisha baiki duduknya. Sungguh tak selesa bila duduk berdua dalam kereta dengan Aqil.
"You cantik Ris."
Gulp!
Sudah!
"Semua perempuan dalam dunia ni cantik, keyakinan menampakkan mereka cantik sebenarnya." Aqil ketawa kecil.
YOU ARE READING
It Wasn't Pretend
Romance🄰🅁🄸🅂🄷🄰 🄰🄽🄳 🄰🄻🄼🄰🄸🅁 Dendam, Kerana dendam semua ini berlaku dan aku? Aku adalah mangsa untuk semua ini. Arra Arisha Chandani, bukan dipinta untuk mencintai tapi silap dirinya mencintai orang yang salah. Disangka permata, malah kaca ya...