BAB 7

816 44 1
                                    

"Mana pula Yana dengan Ibu ni?". Sudah puas Dhiya mencari mereka di dapur dan ruang tamu. Tiada tanda-tanda kelibat mereka berada di situ.

Pantas sahaja langkah bak model itu mula mengatur langkah untuk keluar. Manalah tau diorang ni kat luar.

Dan yeay!

Tekaan Dhiya benar sekali. Kelihatan dua wanita itu sibuk berbual-bual di pondok yang disediakan di tepi sawah. Memandangkan rumah kampung milik mereka ada sawah.

Segera kaki panjang itu mengatur langkah menuju ke arah mereka yang khusyuk sangat sehingga tidak menyedari Dhiya datang.

"Amboi-amboi. Dhiya duk tercari-cari. Kat sini rupanya". Suara lembut milik Dhiya membuat kedua wanita itu memalingkan wajah ke arahnya.

"Mai lah Dhiya.Mak kau buat kuih Bunga dengan kuih kuning entah apa ni.Tapi sedap rasanya". Menjilat jari Yana.

Mantap lah kalau Ibu Nissa masak. Semua sedap. Ehem!

Mengekek ketawa Dhiya apabila kuih yang dimakan pun Yana tak tau. Haih lah kawan!

"Haih lah kau Yana. Kuih bunga ni namanya kuih Bunga Pudak. Yang kau kata kuih kuning entah apa ni namanya kuih Dangai". Jelas Dhiya kepada Yana. Terang lagi bersuluh kawannya hanya makan tanpa mengetahui nama apa yang dimakannya.

"Lah yeke?. Ok. Kau tak nak makan?". Sambil mengunyah dia bertanya.

Tak sopan betul!

Menggeleng kepala Dhiya melihat tingkah kawannya.

"Makan tu habiskan dulu dalam mulut. Kang tercekik. Kau makanlah puas-puas. Aku dah rasa dah". Menggangguk kepala Yana.

Yalah. Yana lupa bahawa wanita ini juga merupakan anak Kedah. Sudah tentu dari kecil wanita ini sudah merasa sebelum Yana.

"Yang hang juih mulut dah pasaipa?". Puan Anissa yang sudah lama memerhatikan gelagat kedua gadis itu akhirnya mencelah.

Dah lama dia perhatikan Yana yang dari tadi tercebik cebik sahaja.

"Tak delah Ibu. Baru teringat yang Dhiya anak Kedah. Memang dah makan pun semua ni". Sambil berkata, dia menyumbatkan Kuih Bunga Pudak itu dalam mulutnya.

Wah! Wah! Wah!. Macam ada rama-rama je berterbangan dalam perut. Sedap!

Menggeleng kepala kedua beranak itu.

"Dah Yana. Lepas ni kita makan lagi. Satgi aku nak bawa hang gi melilau". Dhiya bangun dari duduknya.

Menunggu Yana menghabiskan kuih Bunga Pudak itu. Dah jadi kuih kegemaran Yana lah tu.

"Hang dua ni jangan melewaq sangat. Maghrib nanti pulang". Sempat wanita itu berpesan kepada kedua anaknya.

Dhiya dan Yana pentas menggangguk.

"Hang tunggu sat. Aku gi ambik geghek sat". Menunggu Yana di situ dahulu.

Yeay! Jalan-jalan!

Tak sabar Yana pula rasanya.

"Assalamualaikum Yana". Sergah orang itu.

Tersentak Yana dibuatnya.

Eh Zaenal rupanya.

"Walaikumusalam. Awak buat apa kat sini?". Ramah sahaja gadis itu melayannya.

"Saya baru dari kedai Pak Cik Samad. Oh ya! Dhiya mana?". Meliar matanya melihat sekeliling Yana.

"Oh okey. Dhiya pergi ambil geghek entah apa". Tersengih Yana.

Sebenarnya tak tau apa tu geghek.

𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇Where stories live. Discover now