Tiga tahun kemudian..."PAPA!!! "
Mairah terasa tubuhnya melayang di awangan apabila ayahnya mengangkat dirinya begitu mudah.
Nairah sudah tersenyum mengejek. Yana hanya menggeleng kepala apabila Mairah tidak berhenti ketawa.
"Omaahhhh!!! Kak Mairah kejar!!! Tolong!! "
Nairah berteriak kuat apabila kakaknya bertindak laju mengejarnya dari belakang.
"Dah dah lah tu.. Mairah dengan Nairah cepat naik atas.. kejap lagi kita kena jumpa mama, sayang"
Datin Suhaila duduk di sebelah Yana setelah menyuruh kedua cucu kembarnya bersiap. Tak serupa dengan umur.. bersiap tu mengalahkan para remaja di luar sana..
Rykarl duduk berhadapan dengan Zariel. Rayden kadang tersengih.. kadang ketawa. Gila agaknya..
Begitu juga Ezroy.
"Assalamualaikum.."
Datin Suhaila tersenyum memandang Wisya yang lengkap berpakaian dan bertudung.
Yana meminta Alya dan Wisya naik melihat dua bidadari kecil itu dahulu. Ehe!
"Kamu tak nak cari pengganti ke, Karl? "
Sengaja Datin Suhaila menyoal begitu. Walaupun kerap kali sudah mendengar itu sahaja jawapan dari anak sulungnya yang kini berumur 31 tahun.
"Nessuno può sostituirlo, dimenticalo!" (Tiada siapa yang boleh gantikan dia. Lupakanlah! )
Tegas nada yang dilontarkan Rykarl. Datin Suhaila sembunyi senyum. Nak main jap!
"Kamu mesti berkenan dengan Yana kan? "
Membulat mata Yana melihat wajah Datin Suhaila dan memandang sekilas wajah Rykarl. Eww! Tak hingin aku!
"Apa yang mama cakap ni? "
Rykarl sudah mula naik angin. Tidak suka isu ini dibangkitkan. Baginya, Dhiya sahaja yang akan bertakhta di hatinya.
"Mama gurau je lah.. mama tahu apa yang ada dalam hati anak mama".
Mairah datang dengan cawan aiskrim yang diberikan Alya. Tersengih Alya apabila Rykarl memandangnya tajam. Seram!
"Papa.. Mairah dan adik nak makan ni.."
Rykarl menjeling tajam. Dia mengeluh perlahan.
"Alright.. boleh makan but.. cium dulu papa! "
Kedua anak kembarnya mencium serentak pipi ayah mereka. Terkekek ketawa Rykarl dengan kelakuan mereka. Comel!
"Bila kamu nak pergi? "
Rykarl memandang wajah Datin Suhaila. Melihat anak sulungnya, sedikit kurus berbanding dulu. Mungkin merindui Dhiya..
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇
RomanceVOL 1 | SERIES 2022 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐡𝐢𝐲𝐚 𝐀𝐟𝐢𝐪𝐚𝐡 | 𝐑𝐲𝐤𝐚𝐫𝐥 𝐃𝐚𝐫𝐰𝐢𝐬𝐡 ❝ 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 ❞ ©All Right Reserved by Miss Aedell [𝘏𝘦𝘢...