Nafas dihela perlahan. Sudah seminggu berlalu, Rykarl masih sama. Tiada yang berubah pada lelaki itu. Hari demi hari juga, kesihatannya terganggu akibat banyak berfikir. Ingatnya, dia ingin bertemu dengan Dhiya esok, tapi lain pula jadi apabila sahabat baiknya itu baru sahaja menghubunginya untuk ke Itali esok atas sebab Alex sudah menggangu syarikat Rykarl disana. Menahan amarah sahaja Rykarl saat dikhabarkan berita itu. Lagi membuatkan dia marah, Alex bertindak untuk mengambil kesemua sahamnya untuk kekayaan sahaja dengan senang lenang.
TUT
TUT
TUT
Panggilan pertama tidak dijawab.Rykarl mencuba sekali lagi. Masih sama. Dia menahan geram. Apa yang dilakukan wanita itu saat ini ya?
Atau sengaja tidak mengangkat panggilannya?!
Rykarl masih menghubungi. Kali ini wanita itu menjawab disebalik talian. Suara lembut miliknya menghentam gegendang telinga Rykarl yang sedang melekapkan gajet mahalnya di telinga.
"Helo..siapa ni ya? Maafkan saya kerana lambat mengangkat panggilan. Saya solat " sopan sahaja nada yang dilantunkan wanita itu. Rykarl terpana.
Dia rasa bersalah kerana awal-awal lagi dia sudah bersangka buruk. Rupanya, wanita itu solat. Hmm..
Rykarl tidak menjawab. Membiarkan wanita itu terus sahaja berkata sendirian.
"Helo..siapa---" belum sempat Dhiya berkata, Rykarl sudah memutuskan talian. Sudah cukup untuk membawa bekal rindu apabila ke Itali nanti.
" I'm sorry sayang"
>>>>>>>>>>
Dhiya memandang skrin telefon miliknya. Baru sahaja si pemanggil sudah memutuskan talian tanpa sempat Dhiya berkata.
"Eh siapa tadi tu ya?" Kening nipis yang terukir cantik digaru perlahan. Mata yang sudah sedia mengantuk, mula kuyu.
Dhiya meletakkan telefonnya di atas night stand. Membuka telekungnya dan mengambil sejadah lalu dilipatnya dengan kemas.
Usai itu, kaki panjangnya menuju balkoni. Walaupun mata betul mengantuk, dia gagahkan diri untuk mengambil angin sekejap. Sudah menjadi rutinnya setiap malam.
Dia menghirup udara pada malam itu. Teringat dia mana ayat yang paling menghiris hati sehingga kini hatinya masih berdarah dengan ayat itu.
𝐹𝐿𝐴𝑆𝐻𝐵𝐴𝐶𝐾
"Abang! Dhiya, tak pernah buat semua tu. Please percayakan, Dhiya. Dhiya tak tolak pun Ericka.. hiks.. hiks"
Mutiara jernih membasahi tudung yang dipakainya. Tidak peduli seperti apa penampilannya sekarang. Yang dia inginkan, agar suamiya tidak menghalau dia dari rumah ini.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇
RomanceVOL 1 | SERIES 2022 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐡𝐢𝐲𝐚 𝐀𝐟𝐢𝐪𝐚𝐡 | 𝐑𝐲𝐤𝐚𝐫𝐥 𝐃𝐚𝐫𝐰𝐢𝐬𝐡 ❝ 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 ❞ ©All Right Reserved by Miss Aedell [𝘏𝘦𝘢...