BAB 37

534 22 12
                                    

Pening di kepala masih terasa. Dhiya hanya menjamah sedikit sahaja bubur yang dimasak ibunya. Takde selera woi! Pahit!

"Ni aku belikan kau donut Big apple "

Dhiya mencapai dengan muka gembira. Awww thanks to Yana!

"Aww thank you..ni aku sayang ni"

Yana menjeling sekilas.

"Oh selamani kau tak sayang akulah? Beli donut tu baru sayang? " Dhiya ketawa kecil.

"Haah. Kalau tiap hari nak sayang, kenalah beli donut tiap hari "

Dhiya makan dengan selera. Entahlah sejak tiga minggu lepas, ada je tekak ni nak makan! Terkadang tu minta makanan burger malam-malam pula tu!

Yana juga belikan. Kesian! Tapi nak sayang, kenalah berkorban.

Heuhue~~

"Choy!! Banyak cantik muka kau! Duit aku juga habis nanti "

Yana menjeling sekilas. Dhiya hanya ketawa.

Lama menatap wajah sahabatnya. Mungkin ini kali terakhir dia melihat wajah Dhiya tersenyum.

Sanggup kau buat macam ni ke Dhiya, Rykarl? Hati kau mana? Kau betul sebiji dengan syaitan! Takde beza!

Yana tahu ni pun semalam. Rayden menghantarkan video dan gambar Ericka bersama Rykarl. Siap senyum bagai! Seronok akan kahwin dengan pujaan hati?!

Senang je Ericka tundukkan kau Rykarl!

'Tapi macam Ericka perangkap kau je?'

Itulah yang kini bermain di benak fikiran Yana.

Dhiya membaling bantal di wajah Yana sebelum gadis itu tersedar dari lamunan panjang.

"Kau dah kenapa? Termenung panjang? Oh aku tahu! Dah ada pakwe eh sekarang?! "

Dhiya mengecilnya matanya.

"Choy mulut kau! Mana adelah! " Yana berlalu keluar dari bilik itu.

Dhiya hanya memandang kelibat sahabatnya sebelum hilang dari pandangan.

'macam Yana sembunyikan sesuatu je'

Gumam hati kecil Dhiya.

Gumam hati kecil Dhiya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tiga bulan kemudian....

Dhiya menadah tangan berdoa. Air mata mula menitis di pipi mulusnya. Rindu dengan suaminya. Tiga bulan tidak menjenguk dirinya apatah lagi bertanya khabar. Bukan waktu singkat untuk dia lalui.

Lalui morning sickness sendiri. Pening dan mengidam itu ini. Kesian Yana dan ibunya. Ke hulu hilir memenuhi permintaannya. Biasalah, ibu mengandung.

Sekali lagi hembusan nafas keluhan dari dua ulas bibirnya. Bagai Dhiya ada buat salah. Tapi apa?

Sejak diberitahu dia sah mengandung, Dhiya tidak sabar menunggu saat dia mengkhabarkan suaminya. Pasti suaminya turut teruja. Ini yang dia nantikan!

𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇Where stories live. Discover now