Yana memukul kuat tangan Dhiya. Mendengus kesakitan wanita itu.
"Kau gila ke apa masuk balik? Aku hempuk kau pakai be.."
Dhiya sudah membuka pintu belakang. Bunyi tembakan tadi menggoncang seluruh hatinya. Berdebar.
Dia melihat Zaenal. Lelaki itu rupanya ingin menembak Rykarl namun disasarkan sedikit. Sengaja!
Tanpa berfikir panjang, Dhiya berlari lalu memeluk tubuh suaminya. Zaenal yang sudah tersedia menarik picu pistol menembak belakang Dhiya.
BANG!
"NO!!"
"RYKARL!.. DHIYA! "
Rayden meluru ke arah Dhiya yang tiba-tiba sahaja masuk memeluk Rykarl. Zaenal mengundur ke belakang.
No.. bukan aku bunuh Dhiya kan?
Yana terkaku. Baru sahaja dia bercakap dengan sahabatnya. Tak.. mimpi kan?!!!
Zaenal berpaling ingin keluar, namun Deyvan dan Damien cepat menghalang. Zaenal berdecit.
"Kau rupanya pengkhianat!!! "
Dia meludah wajah Deyvan. Damien yang marah kerana wajah adiknya kembarnya diludah segera mencekik kuat leher Zaenal.
Bunyi kereta polis mula kedengaran bersama siren ambulans.
Dhiya segera dicepung Rykarl dan memasuki ambulans. Ezroy segera naik ke tingkat atas. Sebenarnya dia bukan di kereta. Namun dia yang menewaskan musuh lain di belakang rumah.
Yana sudah meraung bagai orang gila. Melihat darah membuak keluar dari jubah sahabat baiknya membuatkan lagi Yana meraung.
"Please Dhiya.. wake up! Jangan main-main lah! Aku tak suka! "
Yana mengoncang kuat jemari Dhiya yang sejuk. Yana tahu Dhiya pengsan. Namun tidak bolehkah dia membuka mata? Ah Yana!
Rykarl sudah mengalirkan air mata. Kesal... kerana isterinya lebih memilih menyelamatkan dirinya daripada ditembak.
Sampai sahaja hospital, mereka bergegas keluar dan para jururawat lain membantu doktor untuk memasukkan terus Dhiya ke wad. Masih ada waktu.
Dhiya membuka mata perlahan. Belakangya sangat terasa sakit namun dia perlu juga melahirkan anak kembarnya segera secara normal. Syukur, operation Czer tidak dijalankan kerana Dhiya sendiri yang mahu. Dia mampu. Mampu bertahan sehingga akhir nafasnya demi melahirkan kedua anaknya.
"One.. two.. three.. Push Puan!"
Doktor Afina muka memberikan arahan. Darah yang membuak keluar diuruskan jururawat lain.
Dhiya meneran sekuat mungkin. Rykarl yang berada di sisinya tidak berhenti mengucup dahinya dan membacakannya doa.
"Please kuat sayang.. be strong. I beside you here".
Rykarl mengusup lembut dahi isterinya. Peluh yang merenik di dahi Dhiya dilap dengan telapak tangannya.
Kini, baru dia tahu. Dhiya sudah berkorban banyak untuknya. Dia? Tidak pernah melihat keikhlasan isterinya. Jika masa boleh diputarkan semula, dia janji akan membahagiakan isterinya.
Terluka, menangis dan tersenyum tak pernah dia bersama Dhiya. Dhiya.... wanita itu cukup sempurna. Namun apa yang dia lakukan tanpa sebab.
Tangisan bayi membuat Rykarl berkali-kali mengucup dahi Dhiya. Kembar!
Bergema tangisan kedua bayi kembar perempuan mereka. Dhiya membuka mata perlahan-lahan. Sakit terasa di bahagian bawahnya. Namun itulah yang akan dilakukan setiap wanita.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇
RomanceVOL 1 | SERIES 2022 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐡𝐢𝐲𝐚 𝐀𝐟𝐢𝐪𝐚𝐡 | 𝐑𝐲𝐤𝐚𝐫𝐥 𝐃𝐚𝐫𝐰𝐢𝐬𝐡 ❝ 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 ❞ ©All Right Reserved by Miss Aedell [𝘏𝘦𝘢...