Rykarl memandang isterinya yang nyenyak tidur di seat sebelah. Ya you know Nur Dhiya Afiqah kan macam mana kalau dalam kereta?
Rykarl menarik hand break sebelum mengejutkan isterinya. Liat betul nak bangun ni! Maybe penat semalam...
"Dhiya.. sayang dah sampai "
Dhiya menggangguk. Dia membuka pintu kereta sebelum keluar selamba dari perut kereta. Rykarl hanya membiarkannya drama air mata bermula.
Yana hanya tercebik. Untunglah Dhiya.. satu-satunya harta yang dia ada dalam dunia ni. Yana juga bersyukur kerana Puan Anissa menganggapnya sebagai anak dan tidak pernah sesekali Puan Anissa kurang kasih sayang antara dirinya dan Dhiya. Ya! Yana merupakan anak yatim piatu sejak berumur 5 tahun lagi.
"Kau asal tercegat kat sini? Nak jadi tugu wanita muslimah kat sini? Aku boleh je buatkan "
Suara petir Rayden memanjatkan Yana. Yana hanya mengabaikan setiap kata yang keluar dari mulut lelaki itu.
Sejak dalam kereta lagi, telinganya dan hati ni dah mendidih! Nasib tak meledak!
"Kalau saya jadi tugu muslimah pun kat sini..ada kacau hidup kau ke? Takkan..so diam "
Rayden tercengang. Pertama kali gadis ini menentang percakapannya.
"Kau melawan aku ke ni? "
Rayden memandang tajam gadis yang selamba sahaja melanggar bahunya. Bahu batu ke apa ni?
"Heloooo.. terasa ke? "
Yana tersenyum sinis lalu menaiki perlahan-lahan tangga rumah kampung Puan Anissa. Tersenyum lebar wanita tua itu. Walaupun tua, masih kelihatan kuat walaupun wajah Puan Anissa sedikit pucat. Sakitkah wanita itu?
"Ibu sihat tak ni? "
Dhiya membelek tubuh kurus ibunya sebelum mendakap erat.
"Sihat je.. apa pulak tak sihat "
Puan Anissa tersenyum hambar. Dia sakit namun tidak diberitahu mengenai sakitnya. Lagipun baru sahaja Dhiya dan Rykarl berbaik.
"Assalamualaikum mak "
Rykarl menyalam lembut tangan kedut puan Anissa. Puan Annisa membalas riang. Rayden yang berada di bawah dengan tangan dipenuhi beg tercebik. Bukan abangnya nak tolong ke apa... huh!
"Walaikumusalam. Hah! Masuk masuk!"
Yana hanya memandang sekilas wajah cemberut itu lalu masuk. Sempat jelinga diberikan seperti memberi kata 'padan muka'. Rayden membentak kaki. Tak pasal aku jadi pembantu tak berbayar!
Dhiya hanya mengekek ketawa melihat perangai Yana dan adik iparnya. Terkadang tu baik, dan terkadang terlebih jahat dua merpati sejoli ni. Eh?
Walaupun asyik bergaduh, sesama mereka tidaklah sampai terlebih batas. Yang Dhiya tidak suka apabila Fatrisyah sudah naik bulu dengan Rayden. Eeee.. mengalahkan ulat bulu gamaknya..
"Jemput duduk..hah ni kuih onde-onde buatan Mak Zaenal..dia singgah kat sini tadi "
Terus Dhiya terbatuk-batuk. Yana yang berada disebelahnya hanya membantu memberi air kosong.
Rayden memandang ke arah wajah ketat abangnya. Nampak tak berasap telinga tu?
Rykarl sudah mengetahui siapa Zaenal setelah Zariel memberi banyak bahan bukti. Rupanya dialah dalang sewaktu Rykarl kemalangan 5 tahun lepas.
Rykarl melihat jam mahal di pergelangan tangannya. Rayden juga berbuat sama. Kedua mereka saling berpandangan sebelum mengangguk perlahan.
"Mak.. Karl kena pergi sebab hadiri majlis anak Dato Husman sekarang. Assalamualaikum "
"Waalaikumussalam... hati-hati memandu tu.."
Rykarl mengganguk. Dipandang isterinya seperti memberi isyarat 'keluar sekejap '.
Dhiya lantas berdiri menuju ke ruang tengah."Kenapa abang? "
Rykarl mengambil tangan mulus gebu isterinya lalu dibawa ke bibir. Dikucup syahdu dahi licin milik isterinya.
"Takde.. Dhiya tinggal dulu sementara kat sini ok? Abang ada hal nak uruskan. Trust me"
Dhiya mengangguk perlahan walaupun dirinya bingung dengan ayat terakhir suaminya.
Rayden membuat roll eyes. Aku tahulah single! Nak je aku sepak dua orang ni!
Rykarl memandang wajah adiknya lalu keluar dari rumah itu. Kereta mahal kedua beradik itu keluar dari perkarangan rumah puan Anissa.
Yana melihat kereta mewah Rayden sebelum dia membuat roll eyes. Lelaki itu sempat lagi memberi kononnya flying kiss. Ewww.. nak muntah aku!
Yana kononnya menangkap flying kiss tadi sebelum dipijak-pijaknya. Rayden ternganga lalu mencebik. Yana menjeling tajam.
Huh! Ada hati betul! Fatrisyah tu letak mana?!
Dhiya melihat ke arah sahabatnya lalu melihat kereta mahal adik iparnya yang sudah hilang dari pandangan. Diikuti langkah Yana dari belakang.
"Kau dengan Rayden ada apa-apa tak? "
Yana memukul kepala Dhiya yang dilitupi tudung hitam labuh.
"Aku lepuk kau kang dengan selipar ni baru tau.. eee takdelah.. in your dream ok! "
Dhiya hanya tersenyum nipis. Macamlah dia tak nampak apa yang mereka buat tadi. Elehh..
Tapi betul juga. Perempuan berlagak bajet bagus tu, Rayden nak letak mana?
Dhiya melangkah masuk ke dalam rumah.
To be continued...
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇
RomanceVOL 1 | SERIES 2022 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐡𝐢𝐲𝐚 𝐀𝐟𝐢𝐪𝐚𝐡 | 𝐑𝐲𝐤𝐚𝐫𝐥 𝐃𝐚𝐫𝐰𝐢𝐬𝐡 ❝ 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 ❞ ©All Right Reserved by Miss Aedell [𝘏𝘦𝘢...