"kau buat apa kat sini? " Terkejut dengan kehadiran gadis ini. Muka dingin milik Dhiya memenuhi pandangan matanya.
"Saya kerja lah " Simple dan mungkin boleh difahami mamat pelupa ni. Heh!
"Eh kau..bila masa pula aku ambil kau sebagai perkerja aku?! "Mencekak pinggang Rykarl. Dengan wanita ini tak boleh berlembut. Ada sahaja jawapannya nanti.
"Dahlah Tuan Rykarl. Saya nak tau mana bilik saya..tu je " Masih dalam riak dingin. Malas berbalah dengan mamat pelupa ni.
Jari Rykarl menekan interkom.
"Sara, ini ke PA baru tu? " Tegas suaranya membicarakan.
"Ya Bos. Puan Dhiya dah mula masuk kerja hari ini. Saya dimaklumkan oleh Datin Suhaila semalam " Mengangguk kepala Rykarl.
Buang air liur aku sahaja tadi!
"Bilik kau kat sebelah ni.. sebelum tu buatkan aku coffee latte dulu " Rykarl duduk di kerusi khasnya.
Dhiya hanya berlalu tanpa berbicara. Muak aku tengok muka dia!
Rykarl tersenyum lebar.
"Slow slow aku akan dapatkan hati kau sayang " Rykarl melihat pemergian Dhiya yang ingin ke ruangan biliknya.
•••
Dhiya ternganga luas. Besar betul bilik yang dia dapat ni walaupun kalau dibandingkan dengan bilik Rykarl, sudah tentu bilik Rykarl lebih besar.
Namun bilik yang telah ditempatkannya ini, sudah cukup dia selesa. Dia tak kisah semua tu. Masalahnya sekarang, dia perlu membuat coffee latte tuannya.
Pantas sahaja kakinya menuju ke pantri. Setiap tingkat, pasti ada pantri tersedia.
Tangannya lincah membuat. Sudah ada bakat terpendam membuatnya. Lagipula, dia belajar semua ini dari Yana. Memandangkan sahabat baiknya itu pemilik kafe di Malaysia ini.
Sudah siap dibancuh, dia melangkah ke ruangan bilik pejabat tuannya.
"Air tuan " Dhiya meletakkan perlahan-lahan.
Rykarl mencapai gelas itu dengan berhati-hati.Mendengar sahaja hirupan dari lelaki itu, Dhiya tersenyum.
"Asal kau lambat? " Jari masih lincah bermain di papan kekunci. Wajah sudah melekat di milik tampang gadis ini.
"Saya bercerita dengan pekerja lain tadi kat pantri " menggaru kepala Dhiya.
"Lelaki ke perempuan? " Kedengaran nada cemburu di situ. Jelas sekali di telinga Dhiya.
Berkerut dahi wanita itu."Of course lah perempuan.Kat tingkat ni kan tuan, saya dan Farina sahaja. " Ternaik sedikit kening Dhiya.
Mustahil baginya apabila lelaki itu cemburu. Lupakan lah Dhiya!
"Ok. Pergi buat kerja sekarang. Nanti lunch ikut aku " Menggangguk kepala Dhiya. Ikutkan sahajalah.
Rykarl melihat lagi kelibat Dhiya sehingga hilang. Dia tersenyum. Suka benar dengar suara milik wanita itu. Lunak sahaja di pendengarannya. Tampang dingin gadis itu sentiasa berlegar di fikirannya setiap saat.
Rykarl tersentak!
Eh wait..aku dah jatuh cinta ke?
Menggeleng laju sahaja kepala Rykarl.
Sudahlah. Wanita itu sudah berkahwin. Dah bergelar Puan Dhiya.
Rykarl menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
To be continued...
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇
RomanceVOL 1 | SERIES 2022 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐡𝐢𝐲𝐚 𝐀𝐟𝐢𝐪𝐚𝐡 | 𝐑𝐲𝐤𝐚𝐫𝐥 𝐃𝐚𝐫𝐰𝐢𝐬𝐡 ❝ 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 ❞ ©All Right Reserved by Miss Aedell [𝘏𝘦𝘢...