BAB 41

782 30 3
                                    

Ericka menuruni perlahan-lahan tangga. Jatuh kang naye je!

Perut yang semakin hari membesar diusap sayang. Dia menuju ke dapur. Perut yang berkeroncong kuat meminta untuk dia mengisi dengan cepat.

Dibuka peti sejuk, tiada sebarang makanan yang boleh dimasak. Dia mengetuk perlahan dagunya seperti berfikir.

"Belum beli bahan basah lagi lah! "

Dia menutup kembali. Menuju perlahan ke kabinet. Buka sahaja terpampang beberapa jenis Maggi. Takkan makan Maggi kot?!

Lagipun Rykarl tidak membenarkan dia makan Maggi. Dia mengambil satu. Maggi kari pilihannya.

Saat ingin menuju ke dapur gas, entah mana silap kakinya terpijak air yang ada di lantai simen menyebabkan Ericka terjatuh duduk.

"Auuwww..ergg!"

Dia memegang perut yang amat sakit tika ini.Berdenyut-denyut bahagian ari. Seperti mencucuk. Ericka cuba bangun. Namun kini sakit perutnya semakin menjadi-jadi.

Dia melihat ke celah kelangkangnya. Darah!

"Faizzz!!!!"

Jeritannya menerjah sistem pendengaran Faiz yang berada di balkoni rumah segera turun untuk bergegas menuju jeritan Puan Emas mereka. Huh!

Damien hanya berdiam diri. Sejak ditugaskan sebagai penjaga kepada Ericka, dia mengeluh. Sudahlah hati yeni tak suka dengan dia.

"Damien!! Weh tolong aku jap! "

Damien perlahan-lahan bangun. Seperlahan-lahan siput. Tak suka tu tak suka ihhhh!

"Kau nak apa lah lahanot?!"

Damien terkaku apabila melihat banyak darah mengalir dari baju Ericka. Ericka tercungap-cungap lekas membenarkan Faiz mengangkatnya. Damien hanya terkebil-kebil sebelum dia perlahan-lahan naik ke atas mengambil kunci kereta.

"Cepat bodoh! Kau boleh slow macam ni lagi ke?!!! Ya Allah!!! "

Damien tersengih sebelum dia menjadi pemandu. Kereta hanya berkadar biasa. Faiz yang tidak tahan sikap sahabat cepat sahaja menukas dia meminta melajukan had kelajuan.

"Kau boleh tak cepat sikit?! Kalau tuan Karl tahu..naya kita Oiiii bangang! "

Ericka yang dibelakang menarik nafas dan hembus. Berdenyut sakit bahagian bawahnya. Ni dua ekor sengaja bagi lambat ke?!!!

"Kau tau kan ni jalan raya? Kenalah ikut rules! Kau nak kena saman?"

Faiz Yang berada disebelahnya hanya mencebik. Sebelun ni tak de pula Damien ni nak ikut peraturan bagai!!

Ni Damien versi baik ke baru?!

"Kau bila masa ikut peraturan?! Bila masa pula kau takut kena saman? Sebelum ni kecoh je kau nak memandu.. berapa dah kereta kau langgar?"

Damien meneguk air liur. Kaku menekan pedal minyak. Had kelajuan bertambah. Baiklah!

"Cepat lahhhh!!!! "

Teriakan nyaring bergema di dalam kereta apabila Ericka sudah tidak dapat menahan sabar. Gaduh nantilah! Aku ni emergency!!!!

Erggh!





Erggh!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇Where stories live. Discover now