Telefon yang dari tadi tidak berhenti berdering itu minta segera diangkat. Nombor yang terpampang jelas membuatkan dahi licin milik Dhiya berkerut.Pantas jari milik Dhiya menyeret ikon hijau.
"Dhiya ada kat mana? " Soal Datin Suhaila.
"Dhiya ada kat rumah. Baru nak on the way ke rumah Yana. Kenapa? " Dhiya bertanya kembali.
"Erm..macam ni lah. Dhiya dengan Yana datang ke lokasi tempat biasa ni". Serius sahaja suara Datin Suhaila di talian.
Terus sahaja talian dimatikan tanpa menunggu balasan Dhiya.
Macam penting je.
Pantas sahaja kaki itu melangkah mengambil kunci kereta dan handbag di meja.
"Buat apa kat kafe aku? " Soal Yana yang dari tadi kebingungan. Belum sempat dia breakfast, gadis ini sudah menariknya.
Bengang Yana dengan kelakuan Dhiya.
"Tak tau. Aku ikut je kata Datin Suhaila "
Sambil menunggu lampu isyarat berwarna hijau, dia melihat telefon.
Masih ada 8 minit untuk dia dan Yana sampai.
Sikap yang tidak suka melengahkan masa itu sudah sebati dalam dirinya.Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, memecut laju kereta miliknya menuju ke destinasi.
Laju sahaja kaki kedua gadis ini menuju ke meja yang diduduki oleh wanita berumur namun masih kelihatan anggun.
"Duduklah " Pelawa Datin Suhaila. Meja mereka jauh daripada pelanggan lain. Privacy.
"Ada apa Datin suruh kami berdua ke sini? " Yana terus sahaja menyoal.
"Sebenarnya Rykarl ada minta saya carikan PA baru memandangkan Clara bercuti bersalin. Aznira pula bercuti pula nanti"
Penuh berharap kedua gadis ini memenuhi permintaannya.
Bagai tahu maksud kata itu, Yana pantas sahaja menggeleng kepala laju. Tidak ingin menjadi PA antara kedua jejaka itu.
Dhiya pula seperti berfikir. Perlukah dia menerima tawaran wanita ini?
Lama mendiamkan diri akhirnya Dhiya bersuara...
Siap membancuh air hot Chocolate milik Rayden, Sufi menghantar ke bilik kerjanya."Air tuan " sufi meletakkan air itu perlahan-lahan.
Menggangguk kepala Rayden namun matanya masih khusyuk meneliti maklumat-maklumat yang diberikan anak buahnya.
Sufi perlahan-lahan keluar dari bilik kerja itu. Tidak ingin menggangu majikannya itu.
Melihat Rykarl yang baru keluar dari bilik rahsia itu, tahulah Sufi bahawa lelaki itu akan ke markas operasi mereka.
"Ayden. Aku nak kau semak maklumat tentang Black Shot tu " Rykarl memberitahu sebaik sahaja Rayden memandangnya.
"Aku rasa kes kena serang hari tu sama dengan kes kau kat tasik tu " Serius sahaja tampang milik adiknya.
"Macam mana kau tahu? " Rykarl melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan adiknya.
"Sebab..masa kau kena serang, aku ada detect perisian kat kereta haritu" Sambil itu lincah sahaja jari Rayden menekan setiap punat kekunci.
"Dan aku jumpa lokasi tempat diorang " Rayden menunjukkan kepada abangnya.
Tersenyum lebar Rykarl melihat hasil adiknya. Pintar juga adik aku ni.
"Tak sangka kau dapat jumpa " Rykarl memuji kecekapan adiknya dalam mengesan musuh mereka.
"Tengok tapak kaki lah siapa punya ni.That's Rayden Daniel okehhh" penuh bangga dia memuji diri sendiri.
Rykarl menjeling. Aku puji dia pula melebih semangkuk.
Terus sahaja Rykarl keluar dari bilik itu. Tidak betah berlama-lama di situ melihat adiknya yang sudah sewel.
"Next time kau detect lah planet Pluto ke " Tersenyum nipis Rykarl dengan katanya sendiri. Rayden pula sudah berura-ura ingin mengejar langkah abangnya.
Heh! Tak cakap terima kasih lagi tu!
To be continued...
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇
RomanceVOL 1 | SERIES 2022 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐡𝐢𝐲𝐚 𝐀𝐟𝐢𝐪𝐚𝐡 | 𝐑𝐲𝐤𝐚𝐫𝐥 𝐃𝐚𝐫𝐰𝐢𝐬𝐡 ❝ 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 ❞ ©All Right Reserved by Miss Aedell [𝘏𝘦𝘢...