Flashback on*
Dhiya menghela nafas perlahan. Yana tidak kelihatan dari sejam lagi. Dhiya melihat bakul dan beg tangan Yana. Berat dan penuh untuk dia pegang. Dhiya melihat sekeliling sebelum menuju ke kerusi kosong yang terletak tidak jauh dari tandas kerana Yana pergi tandas.
"Cik.. tunduk!! "
Lelaki itu segera menarik tangan Dhiya yang berlapik lalu membawa ke arah tempat yang terlindung sedikit. Beg tangan dan buah strawberi tadi sudah tidak tau kemana. Dhiya terkejut. Dia memandang lelaki yang berpakaian serba hitam dan mask hitam. Mata kelabu kilat itu menarik perhatiannya. Lekas sahaja dia berpaling apabila lelaki itu memandang dirinya.
BANG
BANG
BANG
Lelaki itu berdecit. Dia memandang Dhiya lalu menarik tangan gadis itu ke dalam kedai buku. Dhiya hanya mengekori jejak lelaki itu.
Weh strawberi aku!
"Kau diam kat sini. Luar tu bahaya. Nanti beg kau dengan bakul tu aku minta orang hantar. Oh btw.. sorry sebab tertarik kau.. kau kena aim sekarang "
Dingin namun suara yang dilantunkan lelaki itu seperti risau. Maybe..
Dhiya hanya melihat pemergian tadi.Aim? Apa yang aim? Kenapa dirinya kena aim?
Lelaki berpakaian serba hitam itu kembali. Kini dia membawa beg tangan Yana dan bakul berisi strawberi tadi. Dhiya melihat ke dalam beg tangan Yana. Syukur! Tiada yang ambil beg dompetnya di dalam beg tangan sahabatnya!
"Excuse miss.Aku tak curi sesen pun duit kau "
Dhiya berkerut seribu kali. Okey.. ni kenapa lain dah suara dia ni?
Dia melihat anak mata itu kembali. Lah.. lain orang rupanya. Anak mata hitam pekat itu memandangnya tajam. Gerun!
"Err..thanks "
Lelaki itu berlalu pergi begitu sahaja. Dhiya hanya memandang sehingga kelibat sahabatnya yang tercungap-cungap itu datang kepadanya.
"Kau okey kan Dhiya?.. weh aku risau dah dengar tembakan tadi "
Yana membelek tubuh kecil sahabatnya itu. Dhiya menepis tangan Yana sebelum menjeling tajam ke wajah Yana yang beriak risau.
"Aku okeylah..kau ni dari mana?..sejam aku tunggu "
Dhiya berpeluk tubuh. Beg tangan berjenama Gucci itu tadi bertukar tangan. Yana tersengih.
"Tandas kat sini rosak. So aku pergilah tandas yang tak rosak. Jauh jugalah "
Dhiya menggangguk.
"Kenapa tadi tu.. aku bingung ok.. ada lelaki lagi datang "
Yana menggelengkan kepalanya. Dia juga sama seperti Dhiya. Seorang lelaki yang menyelamatkan dirinya ketika dia mencari Dhiya. Tapi itulah..
Lelaki tadi sombong. Yana melihat Dhiya.
"Aku tak tau weh..aku pun macam kau. Bingung "
Dhiya mengangguk perlahan.
Dia melihat sekeliling apabila orang ramai berlarian. Dhiya memandang Yana sebelum menarik tubuh sahabatnya mendekati pintu keluar mall.
"Jom cepat!! " Mereka berlari sebelum masuk ke dalam kereta Yana. Keriuhan mall tadi sungguh mengancam keselamatan penjual dan pembeli tadi.
Entahlah.. merompak kut..
Yana melihat sekilas ke arah sahabatnya.
Riak risau dipamerkan. Mungkin kali ini, nyawa Dhiya menjadi taruhan permainan mereka.Flashback off*
"Do you remember, an My Angel? "
Dhiya menggangguk perlahan. So dialah lelaki misteri tu? Yang kini dihadapannya ialah suaminya.
"Terkejut ke? You're so funny, My Daisy "
Dhiya menjeling sekilas wajah tampan suaminya. Dia kembali menikmati makanan barat itu.
"Tak terkejut. But terkejut bila suami saya tu lelaki tu "
Rykarl menggelengkan kepalanya. Apa-apa lah! Bukan sama je ke maksudnya ya tu wahai sayang?
Bunyi deringan kuat yang dihasilkan gajet mahal Rykarl menggangu makan makanan mereka berdua. Rykarl memandang sekilas telefonnya lalu mengeserkan ke butang hijau mengangkat panggilan.
Dia berjalan sedikit menjauhi isterinya yang khusyuk menjamah makanan.
"Asal? "
Rykarl melihat pergelangan tangannya yang lebam itu. Sengaja dia tidak ingin dilihat isterinya.
"Esok kau balik kan? "
Suara Rayden memasuki ruangan gegendang telinganya.
"Haah"
"Aku nak kau hantar Kak Dhiya kat Yana. And then kita kena ke Italy because Black Scout dah menyerang dah ni. Aku tak dapat detect kat mana diorang buat masa ni. Diorang macam tahu kita tengah buru diorang. So, kau kena balik sebelum something will bad happen to our family "
Rykarl berdecit. Nak main tu agaklah..
"But esok Dhiya nak pergi rumah mak dia. Kau hantarkan Yana sekali kat sana "
Kini Rayden pula kedengaran berdecit di sebalik panggilannya.
"Kau ingat aku driver perempuan tu ke? "
"Hantarkan je lah. Apa susah.. Alya bawa sekali.. taklah dapat fitnah ke apa "
Rykarl sudah naik seoktaf. Geram dengan perangai adiknya.
"Takkan aku oi! Zariel tu ada je kan? Tak pasal-pasal aku dengan Rishah gaduh lagi. You know kan Risyah macam mana "
Rykarl menepuk dahinya.
"Kau cakap je dengan awek kau bangang tu.. merajuk tak tentu pasal.. aku yang suruh.. tu pun bengap sangat!"
Kali ini Rayden berdiam. Rykarl mematikan talian tanpa sempat adiknya membalas. Susah betul bercakap dengan bengap otak!
"Sorry sayang " Dhiya hanya tersenyum.
Rykarl duduk semula. Isterinya tidak bertanya lebih. Mungkin tahu sebabnya.
' Thank you my angel, My beautiful wife '
To be continued...Tag:diyarxh
Thank you for the pwetty and gergous covers!❤️
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇
RomanceVOL 1 | SERIES 2022 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐡𝐢𝐲𝐚 𝐀𝐟𝐢𝐪𝐚𝐡 | 𝐑𝐲𝐤𝐚𝐫𝐥 𝐃𝐚𝐫𝐰𝐢𝐬𝐡 ❝ 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 ❞ ©All Right Reserved by Miss Aedell [𝘏𝘦𝘢...