Bab 25

754 40 7
                                    

"Sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang.."

Rykarl memanggil Dhiya yang baru sahaja keluar dari bilik mandi. Terkejut juga Dhiya apabila melihat Rykarl sudah bangun dari tidur. Namun demamnya masih belum kebah sehingga saat ini.

Selama itu, lelaki itu hanya bersikap lembut dengannya. Dhiya juga terkadang rasa bersalah kerana mengabaikan setiap yang dilakukan oleh lelaki itu.

"Nak apa?"

Mendatar sahaja suara gemersik milik Dhiya. Dhiya hanya acuh tak acuh sahaja melayan kerenah suaminya. Ingin melihat sejauh mana mampu lelaki itu inginkan peluang darinya. Terkadang membuat Dhiya merasa lucu dengan Rykarl yang hampir berputus asa. Terkadang merasa kasihan melihat wajah itu.Rykarl benar inginkan peluang kedua itu.

"Nak sayang..auch--"

Menahan sakit Rykarl pada lengannya apabila mendapat senggatan ketam milik Dhiya.

"Dah sakit tu buat cara sakit. Bukan mengada"

Tersenyum nipis Rykarl.Dia hanya menahan sakit hati. Mungkin begini yang dilakukannya dahulu pada isterinya. Melihat Rykarl diam, rasa serba-salah mula menghantui Dhiya. Tapi dia menepis semua itu. Melihat sejauh mana mampunya Rykarl.

"Abang lapar. Boleh sayang masak.. tekak ni nak makan masakan sayang je"

Dhiya mengganguk. Kaki menuju pintu. Belum sempat dia ingin bangun dari birai katil, tangan kasar milik Rykarl memegang lembut tangan halus milik isterinya.

"Abang nak sayang suap nanti boleh?"

Dhiya mengiyakan sahaja.

Tersenyum lebar dengan tingkah laju isterinya. Tidak sekasar lagi.

Hilang sahaja kelibat isterinya, Rykarl membaringkan tubuhnya di katil. Selama Dhiya bersama dengannya, sedikit banyak dia melihat wanita kesayangannya itu. Terkadang dia lalai untuk untuk solat apatah lagi mengaji. Sudah lama dia tinggalkan kewajipannya sebagai hamba Allah.

KLAK

Pintu bilik yang dibuka seseorang mengalihkan pandangan Rykarl.vTerserlah wajah sahabat baiknya, Zariel.

"Demam tu dah kebah ke belum? "

Dengan selamba dia duduk menyilangkan kaki di sofa yang terdapat dalam bilik mewah itu. Rykarl menggelengkan kepalanya sahaja.

"Dhiya okey ke?.." Kali ini Rykarl menghembuskan nafas perlahan.

"Macam tu lah..dia kesian kat aku sebabtu dia jaga aku. Lepas je sihat, dia minta cerai" Zariel terkejut dengan kenyataan sahabatnya. Tak mungkin..

"Kau bincang lah elok-elok. Kalau kau sayangkan Dhiya, jangan lepaskan dia"

"Aku tak tahu, Zariel. But aku bingung. Masa sekarang mendesak aku. I can't.."

𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇Where stories live. Discover now