BAB 38

526 26 5
                                    

Selesai saja kenduri tahlil arwah ibunya, Dhiya masuk ke dalam bilik. Dhiya melihat bingkai gambar dia bersama kedua ibubapanya semasa mereka di Mekah. Sungguh, detik indah itu amat dirinduinya!

Yana masuk dalam bilik. Pintu ditutup perlahan untuk tidak mengejutkan Dhiya yang termenung memandang luar tingkap. Belum masanya wanita itu tahu suaminya kini bahagia dengan perempuan ulat api tu!

Huh panas aku!

"Dhiya...kau okey tak ni?".

Aku tahu soalan cepumas aku ni buat orang marah kalau nak jawab. Sah sahlah Dhiya tak okey.. hmmm

"Okeyy" Lambat sahaja Dhiya menjawab. Dia melihat Yana.

"Kenapa Rykarl buat aku macam ni? Apa salah aku, Yana? Please..aku tak kuat"

Berjujuran air mata membasahi pipi Dhiya. Yana hanya memeluk tubuh kecil sahabatnya.

Datin Suhaila memasuki bilik Dhiya. Kelihatan dua sahabat itu sedang berpelukan. Datin duduk di hadapan Dhiya.

Sayu hati tuanya melihat keadaan menantnya. Dia menarik tangan mulus Dhiya.

"Mama minta maaf. Mama tak dapat lakukan apa-apa sekarang. Mama minta maaf Dhiya.. mungkin ada hikmah semua ni "

Datin Suhaila mula menangis.

Dhiya memeluk tubuh tua itu. Sayangnya pada Datin Suhaila tidak pernah berkurangan. Dia yang sentiasa ada disisinya. Yana menapak keluar. Memberi ruangan kepada mereka.

Yana perlahan-lahan menutup pintu. Rayden yang sedang memeluk tubuh menyergah gadis dihadapannya. Akibat sergahan tersebut membuatkan Yana tidak sengaja tertampar wajah itu. Sikit je!!

Rayden menarik nafas sedalam-dalamnya. Yana memandang ke tempat lain. Melihat wajah Rayden yang merah pasti lelaki itu sedang menahan marah.

"Kau dah kenapa tampar aku?! Dahlah suka hati nak sentuh muka orang! "

Rayden sebagai bersuara keras.

Yana kecut perut. Dia memejamkan mata 5 saat kemudian matanya dibuka perlahan-lahan.

"Yang kau kat belakang aku asal? Kena sampuk? Oh okey I tahu.. You mesti curi-curi tengok I kan kat dalam?.. Ish Ish.. tak baik tau "

Rayden membulatkan mata. Bila masa pula aku nak tengok minah senget ni? Choy! Minta dijauhkan. Tak kuasa aku!

"Eee.. perasaan betul kau ni minah! Aku cari ibu aku. Bukannya kau.. tak kuasa aku nak hadap perempuan mereng otak "

Yana menyisingkan lengan panjang sampai ke sikunya. Namun masih tertutup dengan inner hitam yang dipakainya di lengan. Dia bercekak pinggang. Amboi! Pedas mulut sangat mamat ni!

"Eh.. betul apa you tengok I! You tahu juga Datin masuk bilik ni kan? Lepas tu you duk ikut I dari tadi kan? Macam I tak tahu. You suka I kan?! "

Tersedar dengan ayat akhirnya, dia memandang arah lain. Kau tempah bala Yana! Ahduh.. habistu Fatrisyah kau lupa?!..

Rayden mencebik. Tahap perasaan dia tu Ya Allah..

"Amboi.. aku dari tadi duduk bawah. Kau jangan nak fitnah pula. Penat aku dengan perangai kau ini. Dah blah!. Aku nak panggil mak aku.."

Yana terus ke tepi. Rayden masuk ke dalam bilik Dhiya. Yana hanya menjeling.

Dia mengigit bawah bibirnya sedikit. Malu!

Terus dia menuju ke dapur sambil menghentak kaki. Protes!

Mamat tu tak boleh duduk diam kalau tak kacau hari indah dia.

𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇Where stories live. Discover now