"Mama, abang Karl belum balik lagi ke? " Deena bertanya sebaik sahaja melihat kelibat sang ibu yang baru keluar dari dapur sambil menatang dulang berisi kuih talam buatan Datin Suhaila dan Mak Khadijah.
"Rasanya belum lagi lah Deena. Ayden bagitahu mama tadi diorang lambat sikit sebab ada meeting " Mengangguk faham Deena. Faham dengan perkataan "meeting" yang dituturkan oleh ibunya.
"Deena nak pergi bilik abang Karl sekejap. Nak ambil peti kat almari tu "Deena berlalu sebaik sahaja Datin Suhaila membenarkannya.
Pantas sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik abangnya. Rantai yang sudah lama dia pakai itu diambilnya dari leher. Itulah kunci sebenar untuk peti itu. Segala rahsia ada di dalam peti itu. Belum tiba masanya abangnya mengetahuinya.
"Deena rindu akak. Bila akak balik? " Sayu sahaja suara Deena. Merindui satu-satunya bidadari yang pernah hadir di dalam hidupnya suatu masa dulu.
Dia menarik satu surat kecil berwarna ungu yang ditulis sedia dengan bait-bait kata sedih.
Deena menutup kembali peti itu. Sebaiknya dia cepat-cepat berkemas. Abangnya tidak perlu tahu lagi.
"Deena buat apa kat bilik abang? "Terhinjut sedikit bahu Deena dengan sergahan itu.
Serentak dengan itu,peti di pangkuan Deena terjatuh. Frame yang dipegangnya juga pecah berderai.
Deena sebaik habis memaniskan wajah. Rykarl menapak ke arahnya. Melihat gambar dan peti itu. Tertanya juga bahawa mengapa Deena boleh sahaja membuka peti itu sedangkan peti itu miliknya. Mungkin?
"Dee..Deena tengah kemas peti ni. Berhabuk " cepat sahaja tangan mengambil gambar dari peti itu. Kaca cermin frame itu dibersihkan dengan kelam kabut.
"Auch! "
Rykarl melihat adiknya. Dia mencangkung lalu tangan menarik jari milik adiknya. Gambar yang diambil Deena disembunyikan di belakang gadis itu. Berharap abangnya tidak menyoal tentang ini.
"Boleh tak Deena hati-hati sikit? Kaca kan tu.. bahaya lah..Ish budak ni " walaupun hanya Rykarl berkata perlahan, namun masih didengari Deena. Deena tersenyum. Walaupun Rykarl lelaki dingin dan heh sangat menyakitkan hati, dalam diam lelaki ini sangat protektif terhadap semua orang di sekelilingnya.
" Deena minta maaf sebab masuk tanpa kebenaran abang " Deena menundukkan kepalanya.
"Takpe. At least abang tahu Deena masuk kat bilik abang sebab mama bagitahu tadi "
"Abang tak marah Deena? "
"Tak but you must be honest to me. Kenapa nak sembunyikan gambar tu? " Mata tajam menikam roman milik Deena.Lama.
Terkejut sama juga rasa tergamam. Apa yang patut aku bagitahu ni?
"Oh hehehe..tu gambar er gambar time Deena kecil abang dan abang Ayden " muka sebaik habis supaya tidak ketahui bahawa dia sedang menipu Rykarl.
Dengan selamba, Rykarl memusingkan tubuhnya Deena lalu merampas gambar yang dipegang Deena di tangan kanannya.
Terbuntang luas mata Deena apabila Rykarl memperlakukan begitu. Tanpa sempat dia mengambils semula gambar itu, Rykarl sudah melihatnya.Berkerut seribu dahi milik Rykarl. Seperti pernah melihat wanita ini. Wait!
Ni Dhiya kan?
"Dari mana Deena dapat gambar ni? " Terkejut beruk gila rykarl saat ini. Melihat foto perkahwinan Dhiya dengannya. Betul apa ilusi ya?
"Dee..Deena "
"Dalam gambar ni abang dengan Dhiya right? " Dia memandang adiknya. Meminta kepastian sama ada ya atau tidak.
Melihat anggukan dari si adik, dia lekas berlari turun."Mama!!! " Tanpa menghiraukan isi rumah ini, jeritannya memecah kesunyian petang.
"Apa Rykarl jerit-jerit ni hah? " Datin Suhaila yang mendengarnya lekas sahaja menuju ke ruang tamu rumah agam besar itu.
"Apa maksud ni ma?" Dia menunjukkan foto yang berada di tangannya.
"Dari mana Rykarl dapat tu? " Tergagap-gagap kini suara Datin Suhaila. Bukan begini cara anaknya mengetahui siapa isterinya. Ya Allah! Berharap anaknya dapat menerima dengan hati terbuka.
"Tu mama tanya Deena nanti. But now Karl nak tahu ini Dhiya kan? I am right? "
Menggangguk kepala Datin Suhaila. Perlahan-lahan matanya mengalirkan air mata.
"Mama minta maaf Rykarl. Bukan begini cara kamu mengetahui kisah silam kamu, nak. Mama berharap sangat Karl dapat ingatan sendiri. "
Ya. 5 tahun lepas, kejadian kemalangan jalan raya telah menyebabkan Rykarl amnesia sehingga sekarang. Selama itu juga, Rykarl tidak dapat mengingati siapa gerangan Dhiya isterinya. Yang Rykarl ingat hanya Datin Suhaila dan Ericka sahaja. Dahulu Deena hampir berputus asa ingin mengembalikan ingatan abangnya kerana Rykarl juga tidak mengenali Rayden dan Deena.
Terjelupok jatuh Rykarl di lantai. Rebah dan pengsan tanpa menyedarkan diri. Datin Suhaila dan Deena sudah kelam kabut mendapatkan Rykarl. Rayden yang baru sampai di muka pintu juga terkejut. Dengan segera mereka membawa Rykarl ke hospital terdekat dahulu.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇
RomanceVOL 1 | SERIES 2022 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐡𝐢𝐲𝐚 𝐀𝐟𝐢𝐪𝐚𝐡 | 𝐑𝐲𝐤𝐚𝐫𝐥 𝐃𝐚𝐫𝐰𝐢𝐬𝐡 ❝ 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 ❞ ©All Right Reserved by Miss Aedell [𝘏𝘦𝘢...