Mendengus kasar gadis ini. Dilorek matanya melihat jam tangan Alexandre Christie miliknya.
Matanya pula meliar ke sekeliling kawasan KLIA. Orang yang dicari belum muncul lagi. Jangankan batang hidung, wajahnya juga gadis ini belum masih dapat melihat setelah 2 jam berada di sini.
Dia mengeluh perlahan.
Mungkin lelaki ini dah lupa untuk mengambilnya. Bukan tidak ingin menaiki teksi atau LRT, tapi lelaki yang dia tunggu ini sudah berjanji untuk mengambilnya.
Daripada menunggu lama lagi, akhirnya gadis ini membuat keputusan untuk menaiki teksi.
Dengan wajah cemberut di riaknya, masih tidak dapat dinafikan bahawa tampang wajah itu mampu memikat hati jejaka lain yang berada di KLIA.
Naik rimas dibuatnya. Lebih baik cepat pulang di rumah. Rindu akan ibunya.
Rayden hanya melihat jam dinding sahaja dari tadi. Dia menguap besar luas mulutnya.
"Kau dah lupa ke sekarang kita kena ambil permaisuri mama tu? " Rayden berkata lemah. Mengantuk!
Rykarl mengangkat kepalanya. Dahi licinnya berkerut.
"Permaisuri mana satu ni? " Sambil bertanya, jari nya lincah sahaja bergerak di atas pad kekunci itu.
"Jangan kata kau lupa babi. Khusyuk sangat dengan kerja kau tu, kan dah lupa " Rayden mengecilkan matanya. Sambil itu, dia bangun lalu duduk dan menghadap abangnya dengan memeluk tubuh.
Lama Rykarl memandang wajah adiknya. Sambil itu, jarinya ligat bermain dengan mont Blanc pen miliknya.
Satu saat
Dua saat
Tiga saat
Membulat besar mata Rykarl. Lincah sahaja tangannya menyusun semua fail-fail penting di atas mejanya. Ohmaigod!
Tangan pantas sahaja mencapai kunci keretanya. Mulutnya terkumat-kamit mengutuk Rayden yang tidak memberitahunya dari awal. Bantu aku kena marah adalah! Sabar ja dengan sikap budak ni!
"Asal kau tak bagitahu aku? Kau memang sengaja kan? " Rykarl berkata dengan nada keras. Hanya menyedarkan kesalahan adiknya.
"Eleh..aku dah berkali bagitahu kau..tapi mungkin kertas dan laptop tu lagi cantik untuk diingat berbanding Deena " Rayden yang duduk di seat sebelah menjengilkan matanya.
Tajam sahaja matanya menikam roman milik abangnya.
"Dah pukul berapa sekarang? " Malas mahu berbalah dengan adiknya. Sengaja dia menukar topik perbualan.
"Dah jam 3 petang. So? " Rayden kembali melihat roman milik abangnya. Menunggu jawapan darinya.
"Hmm kau rasa Deena ada tak lagi kat KLIA tu? Manalah tau dia dah balik kat rumah " Rykarl memandang wajah adiknya.Meminta kepastian.
"Manalah aku tahu.Baik kita pergi KLIA dulu.Kalau takde,balik ah " Rayden menurunkan seatnya. Bersedia untuk memejamkan matanya kembali.
"Ok " mengangguk kepala lalu menoleh ke sebelahnya.
Melihat sahaja tingkah adiknya, menjeling tajam mata Rykarl.
Budak ni tak sah tak betul!
Tidur je kerja dia. Nasib tak menyusahkan hidup orang!
Kakinya menekan pedal minyak semahunya. Memecut laju kereta itu menuju ke destinasi KLIA.
To be continued...Saya dah publish chapter ni!
Nak saya update lagi ke tak?
Ada ke rindu MRS S1 ni?😔
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇
RomanceVOL 1 | SERIES 2022 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐡𝐢𝐲𝐚 𝐀𝐟𝐢𝐪𝐚𝐡 | 𝐑𝐲𝐤𝐚𝐫𝐥 𝐃𝐚𝐫𝐰𝐢𝐬𝐡 ❝ 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 ❞ ©All Right Reserved by Miss Aedell [𝘏𝘦𝘢...