BAB 17

728 42 0
                                    

Pak!!!!

Dhiya terkejut dengan kehadiran Rykarl yang kini memegang sebatang kayu.

Menggeletar tubuh badan Dhiya. Terkejut dengan kehadiran Rykarl. 3 orang lelaki yang sudah dipukul Rykarl tumbang. Pengsan dan tidak sedarkan diri. Rykarl membuat keputusan untuk menelefon polis daripada dia sendiri ambil alih.

Ditarik perlahan-lahan tangan milik gadis itu. Sejujurnya dia sudah lama mengekori wanita itu dari tadi. Apabil melihat 3 jahanam tu. Apa lagi, nahas jawabnya.

Ditarik Dhiya jauh dari mereka. Dhiya pula hanya membiarkan dan teresak esak kedengaran tangisnya. Membuatkan Rykarl bertambah risau. Dibuka kot pakaian pejabatnya, lalu disarung di tubuh kecil milik gadis itu.

Ditariknya tubuh itu masuk ke dalam kereta. Sudahlah hujan lebat, dia lupa pula membawa payung.

Melihat raut wajah wanita itu, jatuh kasihannya pada gadis itu. Melihat matanya juga sembam kerana menangis. Sebegitukah takutkah Dhiya dengan 3 orang lelaki itu?

"Kau okey? " Rykarl menyoal setelah lama berdiam diri.

Hanya anggukan kepala yang Rykarl dapat apabila melihat gadis itu tidak membuka mulut.

Dhiya menarik nafas dalam-dalam. Kejadian tadi membawa dia ke masa silam yang sudah lama tidak ingin dia ingat semula. Luka yang sudah lama tinggal parut, kini berdarah kembali.

"Aku hantar kau balik. Just bagitahu kat mana rumah kau " Rykarl mula menghidupkan enjin kereta. Bersedia untuk menghantar Dhiya.

•••

*𝐹𝑙𝑎𝑠ℎ𝑏𝑎𝑐𝑘 𝑜𝑛*

"Kau belum pulang lagi? " Rykarl bertanya sebaik sahaja sudah melabuhkan punggung di sofa ruang bilik Dhiya.

"Belum tuan. Saya kena siapkan laporan untuk mesyuarat esok " Masih tidak berkalih matanya melihat majikan yang sudah lama naik angin.

"Kau tau tak jam berapa sekarang?..Sufi dengan Farina bagitahu aku kau belum lagi makan apa-apa sejak tengahari tadi..baik ikut aku balik sekarang " suara naik seoktaf membuatkan Dhiya memandang ke arahnya.

"Takpelah. Saya dah call kawan saya untuk ambil saya tadi." Tidak membuat wanita itu takut dengan suara milik Rykarl. Sebenarnya, Dhiya hanya menipu.

Tidak ada niat menipu, namun dia tidak ingin menaiki kereta berduaan dengan lelaki itu.

Rykarl hanya beredar pergi. Tanpa ada balasan.

2 jam menunggu, akhirnya Rykarl melihat Dhiya keluar dari pejabat. Melihat langkah wnaita itu menuju ke arah pondok kecil menunggu mana-mana kenderaan.

Sejak itu, Rykarl mengekori wanita itu. Sehinggalah dia melihat gadis itu diganggu 3 orang jahanam tu.

*Flashback off*

To be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


To be continued...

𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇Where stories live. Discover now