BAB 20

895 38 0
                                    

Pic: character Rykarl Darwish
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sejak tadi, Rykarl tidak dapat tidur. Mengenangkan kejadian yang baru tadi berlaku. Terkadang dia ketawa, dan tersenyum sendiri. Orang yang melihatnya pasti sudah menganggap nya bahawa dia gila. Gila?

Ya dia gila dengan gadis yang berjaya mencuri hati lelaki. Walaupun perasaan ini tidak sama ketika dia menyukai Ericka, namun perasaan ini lain dari yang lain.

Bercakap mengenai Ericka... sudah lama wanita itu tidak memunculkan diri setelah Rykarl mendapat tahu statusnya. Tapi buat apa dia kisah?. My life is my life. None of your business. Itulah moto hidup Rykarl. Yang tidak suka mengadukan hal hidupnya dengan orang lain.

Rykarl mengambil handphone. Membuka aplikasi chat. Terpapar nama Zariel di atas chat. Cepat sahaja jarinya menekan keyboard untuk membalas mesej temannya.

Selesai sahaja segala urusannya di telefon, dia membetulkan kedudukan bantalnya. Bersedia masuk ke alam mimpi indah yang dicipta olehnya. Sempat juga dia membaca doa sebelum tidur. Sudah kebiasaannya dari kecil lagi diajar arwah ayahnya. Walaupun bergelar mafia, dia tidak lupa kewajipannya sebagai hamba Allah. Sememangnya dia masih belum dapat mempelajari hal agama sedalam-dalamnya, namun dia masih mampu tahu beza baik dan buruk.

 Sememangnya dia masih belum dapat mempelajari hal agama sedalam-dalamnya, namun dia masih mampu tahu beza baik dan buruk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Seperti biasa, empat jejaka itu melihat video yang dihantar musuh mereka. Dihiasi dengan muka dingin plus muka kacak.

"Diorang dah pehal setan send video cam ni? " Ezroy sudah naik angin. Dia baru saja pulang dari bercuti, tiba-tiba dapat panggilan yang membuatkan dia naik angin satu badan. Seramai 10 orang anak buahnya diseksa oleh kumpulan Black Shot yang entah dari mana mencari mangsa.

Yang lebih menaikkan angin badan empat jejaka ini, mereka menghantar video sewaktu anak buah mereka diseksa habis-habisan. Itu baru Ezroy mengamuk. Belum lagi sekor monyet ni asyik membebel tak berhenti dari awal melihat video.

Siapa lagi kalau bukan Rayden. Tiga jejaka tadi geram dengan tindakan penyeksaan yang dilihat di video, lain pula tingkah Rayden. Dia tambah suka adalah!
Bertuah punya bos! Entah-entah perangai tak semengahnya itu.

"Sengaja lah tu bagi tengok cara diorang seksa tu. Eleh setakat tumbuk taik cam tu aku boleh buat ah " Zariel mula bersuara. Melihat rakan baik yang muda 2 tahun darinya sudah naik berang.

"Better kita buat sesuatu. Kalau lama lagi cam ni.. aku rasa anak buah kita yang lain akan turut terkesan " Ezroy memandang Rykarl. Lelaki itu dari awal hingga akhir melihat video hanya senyap.

"Tunggu dulu. Aku ada plan terbaik punya. Aku rasa kau tahu apa nak buat kan? " Rykarl memandang ke riak wajah sahabatnya.Zariel hanya membalas dengan anggukan. Faham benar dengan ayat yang dituturkan oleh lelaki itu.

"Boleh tak jangan berahsia bagai? " Rayden yang tadi duduk kini berdiri. Geram dengan sikap kedua lelaki yang berada disisi dan hadapannya.

"Kalau Karl harapkan korang dua..confirm plan dia huru-hara korang buat.Baik diam dan tunggu arahan aku ". Zariel berdiri. Meninggalkan ruangan bilik privasi mereka berempat.

"Tak aci lah weh.Kita orang nak ikut juga " Ezroy pula membantah.bSambil mengerdipkan matanya beberapa kali. Memohon untuk menyertai plan entah apa tu.

"Aci kat India " Rykarl memandang kedua wajah adiknya. Sudah dia menganggap Ezroy adiknya yang juga sebaya dengan Rayden.

Dengan langkah tenang, dia keluar dari bilik itu. Membiarkan kedua lelaki masih berada dalam mood rajuk.

Alah! Dah besar pon. Tak yah pujuk-pujuk dah!



 Tak yah pujuk-pujuk dah!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Aku nak kau serbu markas diorang. Location malam ni aku hantar " serius wajah tampang itu. Zariel mengangguk faham.

"Kali ni aku taknak berulang lagi " Rykarl mengulangi ayat itu semula. Setelah bertahun lamanya, ayat itu lagi diluncurkan olehnya.

"Deena okey tak? " Zariel bertanya sebaik sahaja Rykarl sudah meneguk air nescafe panas.

"Okey. Kenapa? " Rykarl tahu perasaan Zariel kepada adiknya. Namun dia tidak boleh memaksa adik kesayangannya untuk mencintai Zariel kerana Deena sudah memiliki buah hati tersendiri.

"Takdelah. Tanya je " Zariel membetulkan kedudukan kerusinya. Gagap melihat pandangan mata sahabatnya.

"Ye ye je kau. Aku tau lah kau suka Deena kan? Sejak kau sekolah menengah lagi kau suka dia " Rykarl ketawa perlahan. Lucu dengan tindakan sahabatnya.
Mungkin yang melihat Zariel pasti menganggap dia sombong dan dingin. Namun jika yang sudah lama mengenali Zariel, tentu terkejut dengan sikap sebenarnya.

"Jangan bocorkan please ah kau ni tak supporting lah " Zariel menjeling tajam sekilas wajah Rykarl yang sudah tersengih-sengih.

"Jangan bocorkan please ah kau ni tak supporting lah " Zariel menjeling tajam sekilas wajah Rykarl yang sudah tersengih-sengih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continued...

𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇Where stories live. Discover now