Bab 23

776 38 2
                                    

Sudah dua hari berlalu, Dhiya masih ragu-ragu untuk datang ke rumah Rykarl ataupun tidak. Takut dia jika Ericka juga ada sama bertandang di rumah agam elit itu. Tidak benci cuma tidak suka.

Telefon berdering membuatkan lamunan Dhiya terhenti di situ. Terlayar kembali kejadian 3 tahun lepas di mana dia dihalau keluar dari rumah kerana Ericka tidak menyedarkan diri selepas lompat dari kolam. Namun semua itu tipu helah apabila wanita itu berpura-pura sahaja. Nak pula hendak, Datin Suhaila pula mangsanya. Rykarl dulu sangat lain.

"Ya saya Dhiya. Ada apa ya? " Menunggu respon dari si pemanggil.

"10 minit lagi Sya naik "

Terus sahaja talian dimatikan. Dhiya memandang skrin telefon. Hitam.

Hatinya berkata... siapa Sya?

Setahunya, Sya hanya kenalannya dulu selepas dia juga turut sama dihalau.

Wait.. adakah dia Wisya Nadila?

Sepuluh minit yang dijanjikan seperti apa dikatakan pemanggil, dia sudah tiba di hadapan bilik pejabat Dhiya.

Tersenyum manis gadis itu. Seluruh isi pekerja pejabat juga banyak memandang ke arahnya. Mungkin terkejut atau... dia orang baru?

Pintu bilik diketuk 3 kali. Menyahut Dhiya menyuruh masuk.

"Assalamualaikum kak Dhiya "

Mendongak kepala memandang suara yang masuk di ruangan pejabat. Terkejut dengan kehadiran gadis itu.

Betul tekaannya tadi bahawa gadis yang bernama Sya ialah Wisya Nadila.

Wisya Nadila merupakan anak kepada bekas pembantu rumah dulu yang lama berkhidmat dengan Khadijah. Kerana satu sebab yang tidak munasabah, pembantu rumah iaitu mak Wisya Nadila yang bernama Maria dihalau dari rumah. Mahu membantu, Dhiya tidak dipercayai oleh suami sendiri.

Kejam sungguh Ericka dengan perlakuannya dulu.

"Waalaikumussalam Sya. Duduk duduk " Tersenyum lebar Dhiya walaupun tidak terlihat senyumannya.

"Kak Dhiya apa khabar?" Wisya tersenyum. Cantik dan sejuk mata memandang wanita itu kini. Tertutup.

"Alhamdulillah akak sihat"

"Sya fikir nak ajak Deena makan sama lunch ni dengan akak. Tapi... "

Seperti tahu apa dibenak fikiran Wisya, Dhiya memegang jemari itu.

" Wisya. Sekarang Wisya tahu kan yang akak berkerja dekat sini. So Abang Rykarl masih belum pulih sepenuhnya "

Menggangguk kepala Wisya. Lama dia memandang Dhiya.

"Kenapa pandang akak macam tu? " Hairan sekali dengan budak ni. Melihat penampilan Wisya, gadis ini masih seperti dulu.

Tidak boleh berpisah dengan cermin mata yang besar tu. Nerd nampaknya, namun itu sudah Wisya. Sekali pun tidak berpisah.

"Kak Dhiya so very beautiful with purdah"

Lah tu rupanya. Tersenyum manis Dhiya.

"Terima kasih Sya. Semua ni keredhaan-nya "

Dhiya bangun. Wisya juga begitu. Mereka berdua keluar dari ruangan bilik pejabat Dhiya lalu turun memandangkan hari sudah menginjak ke tengah hari, hari ini mereka makan bersama.

 Mereka berdua keluar dari ruangan bilik pejabat Dhiya lalu turun memandangkan hari sudah menginjak ke tengah hari, hari ini mereka makan bersama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇Where stories live. Discover now