BAB 18

745 40 3
                                    

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"kau dah call atau belum kawan kau? " Rykarl menyoal kerana hairan melihat gadis itu hanya berdiam diri sejak tadi. Katanya dia sudah menghubungi kawannya. Namun sampai sekarang, Rykarl juga menghantar Dhiya pulang.

Dhiya hanya mendiamkan diri. Rykarl memberhentikan kereta. Mata tajam miliknya menikam roman milik Dhiya yang hanya menundukkan kepalanya dari tadi.

"Kalau aku tak ada tadi..siapa selamatkan kau tadi? "Rykarl menyoal lagi. Melihat sama sahaja Dhiya hanya berdiam, Rykarl mengeluh perlahan.

Ditarik tangan Dhiya. Digenggam erat tangan kecil berlapik itu. Saya ulang, berlapik ya! Dhiya sudah tidak senang duduk. Akhirnya dia mengangkat kepalanya. Mata hazel miliknya bertembung dengan mata kelabu kilat milik lelaki itu.

"Boleh tak jangan risaukan aku? Mulai sekarang dengar cakap aku sayang. If kau terluka, aku tak akan maafkan diri aku " Riak wajahnya jelas memaparkan wajah marah.

Dhiya mengigit bawah bibirnya apabila panggilan yang digunakan lelaki tadi. Bukan itu sahaja, lebih kepada nada suara yang dilantunkan oleh lelaki itu. Lembut dan garau!

Dhiya melihat lama wajah itu. Dia tersenyum nipis. Perlahan-lahan tangan ditarik dari genggaman lelaki itu. Masih sama!

Rykarl tidak ingin melepaskannya. Tambah erat genggamannya.

"Dengar dulu aku cakap. Please lepas ni nak pergi mana-mana, mesti ada kawan. Aku taknak kejadian tadi berulang. Again and again.Aku sayang kau " Rykarl akhirnya melepasnya genggamnya. Seat di belakang dipandang.

Badannya dikalih sedikit dan tangannya mengambil sebungkus nasi lemak dan mi mamak goreng yang sempat dibelinya sebelum mengekori Dhiya.

Fikirnya, dia ingin membawa untuk Deena. Memandangkan gadis yang disebelah masih belum makan apa-apa dari pagi, dia memberikan kepada Dhiya.

"Aku nak kau makan sampai habis. Aku tak nak dengar kau kenyang apa ke. Kenyang ke..diet ke..kena makan juga.Kalau tak....." Sengaja dia meleret-leretkan suaranya. Melihat wanita itu memandang ke arahnya, dia menaikkan kening kirinya.

"Kalau tak apa tuan? " Polos sahaja soalan yang diutarakan Dhiya.Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya suara emasnya keluar.

"Kalau tak makan..aku sendiri suap kau pakai mulut aku " Riak wajah Rykarl tidak berubah. Selamba mengatakan ayat itu.

Membulat besar mata Dhiya. Ish! Tak paksa tak sah betul mamat ni!

Tangan pantas sahaja mengambil sudu dan sebungkus nasi lemak. Mi mamak pula dibiarkan. Dhiya hanya ingin merasa nasi lemak itu.

Tersenyum manis Rykarl hingga menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.

Melihat sedikit kotoran di tudung milik gadis itu, Rykarl mengambil tisu. Dengan spontan sahaja tindakannya, dia mengelap tudung itu.

Dhiya terkesima. Terkedu, tergamam dan semua lah ter--

"Ye pun lapar, makan elok-elok sayang. See? Tudung pun ikut sekali makan" Lembut sahaja nada yang dilantunkan oleh lelaki Tiba-tiba sahaja perangainya berubah drastik.

Dhiya hanya membiarkan. Menyambung kembali makan. Biarlah nanti nanti ja blushing.

Tanpa menunggu Dhiya menghabiskan makanannya, Rykarl menghidupkan enjin kereta. Bersedia membelah jalan dan menghantar pulang ke rumah Dhiya.

 Bersedia membelah jalan dan menghantar pulang ke rumah Dhiya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continued...

𝐂 | 𝐌𝐑𝐒. 𝐑𝐘𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐖𝐈𝐒𝐇Where stories live. Discover now