Malam yang sepi, hanya bertemankan cahaya bulan. Beberapa bayang berjalan menghampiri pagar asrama, masing-masing membuang beg yang dibawa ke sebelah pagar.
"Kau lompat dulu." Haydan menghulurkan tangannya sebagai pijakan untuk melompat ke atas tembok.
"Okey, aku lompat ni." Haydar melompat , dia memijakkan sebelah kakinya di tapak tangan Haydan.
Haydan melambung Haydar, Haydar terus mencapai tembok yang tinggi itu lalu duduk di atas tembok.
"Haykal cepat." Gesa Haydan melihat adiknya itu masih mamai lagi.
"Yelah..." Haydan menolak Haykal naik lalu Haydar menarik Haykal ke atas pula.
Haydan melihat dua kembarnya itu duduk di atas tembok, seorang teruja dan seorang lagi mamai.
Haydar dan Haykal menghulurkan tangannya untuk membantu Haydan naik.
'Heishh budak-budak ni.' Haydan menghelakan nafasnya lalu mencapai tangan Haydar.
Baru dia hendak melompat naik kakinya dicapai.
"Uarghhh!!" Haydan menjerit terkejut.
"Shusssss!! Aku lahhhh! Diam lah nanti security dengar." Kata Tasha berbisik dengan nada keras.
"Asal korang ada kat sini?" Soal Haydar melihat Tasha dan Viviana berada di situ.
Tasha melepaskan kaki Haydan. Haydan turun semula ke tanah melihat dua gadis yang membawa beg galas bersama mereka.
"Ohhh .. korang nak fly juga ke?" Soal Haykal meneka.
Viviana dan Tasha mengangguk perlahan.
Haydar membuat muka terkejut, dua gadis itu paling pantang kalau nampak orang escape. Sekarang diorang pun ikut juga.
"Korang nak pegi mana?" Soal Viviana.
"Mana boleh tau." Balas Haykal.
"Ishh, bagitau saja lah. Kalau tak kitorang bagitau warden." Ugut Viviana.
"Cuci tangan, nak ikut?" Balas Haydan malas membuang waktu disitu.
Cuci tangan merupakan kod rahsia mereka untuk melakukan aktiviti rahsia di sekolah itu.
"Nak!" Balas Tasha.
"Cepat lompat." Haydan menghulurkan tangannya lagi. Asyik dia je yang kena pijak.
Selepas Viviana dan Tasha naik ke atas tembok kini giliran Haydan pula untuk melompat keluar.
Sekali lagi dia mencapai tangan Haydar dan Haykal dan kakinya ditarik lagi.
Haydan mengeluh, bila lah dia boleh keluar.
"Korang nak gi mana?" Suara lembut itu mengejutkan mereka semua.
"Tengku Mia Valrose?!" Sebut Viviana dengan nada terkejut.
Gadis yang berpangkat tinggi itu memandang mereka dengan pandangan malu-malu.
Haydan melihat tote bag yang dibawanya, dia memandang Haydar. Haydar menggelengkan kepala menyuruh Haydan supaya tidak membawa gadis itu bersama mereka.
"Dia tak tau cuci tangan." Bisik Haykal kuat.
Pap!
Viviana menampar belakang bahu Haykal, kalau iya pun nak bisik tak yah kuat sangat.
"Aww sakit lah." Haykal mengusap bahunya, dia tidak memarahi Viviana kerana menamparnya. Tak sakit pun.
"Cuci tangan?" Soal Mia hairan.
YOU ARE READING
Triplets Troublemakers [Hiatus]
RomantikWatak : Haydan Haydar Haykal _ Kembar tiga itu berlari sekeliling sekolah berkejaran dengan pengetua dan guru-guru sekolah. "kamu bertiga! berhenti!" jerit pengetua dengan suara kuat. mereka bertiga masih tidak berhenti berlari, mereka malah merasak...