"Mairah dengan geng dia." Jawab Viviana dengan senyuman puas hati, geli hati Haykal melihat senyuman comel Viviana.
"Are you happy?! How much the cost? berapa saman kau dapat?" Soal Haykal sambil tahan tawanya, ada-ada saja perangai isterinya itu.
"Ermmm... 2800 Pounds. Mahal ke tu?" Soal Viviana dengan muka bersalah pula, sudahlah mereka berdua pelajar dan tidak bekerja lagi.
"RM 500 lah kira-kira." Balas Haydar.
"Haaaaa?!!" Viviana kelihatan terkejut dan gementar sambil menatap mata Haykal, mahal betul pintu disitu pelik.
'Haih aku tak boleh nak marah pun lepas tengok muka lucu dia ni, Sayang betul!' Haykal mengucup pipi Viviana lalu menolak Viviana untuk berdiri.
Viviana berdiri dengan muka bersalahnya , tangannya tidak lepas dari memegang lengan Haykal. Haykal mengemaskan barangnya lalu mengangkat beg galasnya.
"Rak lu pape roger." ujar Haykal secara mengejut, Dia membuang sampahnya lalu meninggalkan mereka semua tanpa berkata apa-apa lagi.
"Apa benda lah kembar kau buat tu." Kata Haydar sedikit malu memiliki kembar seiras yang berperangai seperti Haykal.
"tapi korang berdua lebih serupa, Haydan ada tahi lalat di tengah pipi kau berdua tak de." Kata Tiara yang dapat membezakan mereka bertiga walaupun tidak terlalu rapat dengan mereka sejak dari dulu lagi.
'so that's how kau boleh kenal aku.' Haydan terus menerus menatap Tiara.
Tiara kembali malu-malu, Haydar membuang muka muak melihat perangai mereka sendirian.
Haykal mengikut Viviana masuk ke dalam pejabat disiplin untuk membayar saman Viviana, dia tidak menyangka akan bertemu dengan tiga gadis yang membuli Viviana di bilik disiplin.
'Hmm .. I see agaknya ketua disiplin tengah pilih kasih sebab lepaskan Viviana.' Getus hati Haykal lalu memandang ketua disiplin yang baru keluar dari pejabatnya, dia terus menghampiri Haykal.
"Make sure you didn't make any trouble after this lady." Pesan Ketua Disiplin itu lalu menyerahkan surat saman yang sudah diselesaikan beserta dengan sepasang earpiece.
'Wahh... nampaknya aku yang kena bayar, tak pe lah selagi bukan pakai duit I'll do it.' Haykal mengangguk faham.
"Jom sayang." Ajak Haykal lalu mengambil beg Viviana yang ditahan kemudian berjalan keluar dari bilik itu, Viviana mengikuti Haykal keluar.
Melihat raut muka serius Haykal dia yakin bahawa Ketua Disiplin tadi memberikannya tugas yang susah bagi membayar biaya kerosakkan yang dia buat, apa nak buat sekarang ni? Haykal mesti dalam bahaya nanti.
Viviana memegang lengan Haykal perlahan-lahan, dia semakin resah memikirkan Haykal yang kena bayar disebabkan dia buat masalah.
Haykal sengih nipis melihat kening Viviana yang mahu bercantum kerana terlalu risaukan dia, dia fikir aku ni lemah sangat ke? haihh kesayangan aku ni overthinking lagi, nanti mimpi buruk lah tu.
"Yang nanti duduk rumah saja tau, jangan pegi mana-mana walaupun kena suruh. Aku akan busy sangat-sangat dalam beberapa hari ni, jadi jangan nakal-nakal dengan lelaki lain au." Kata Haykal dengan nada biasanya iaitu nada bergurau padahal dia sedang mengatakan sesuatu yang serius.
"Kalau rindu pegi tengok gambar aku je lama-lama, jangan nangis-nangis sebab tak de siapa nak pujuk." Tambah Haykal lalu mengusap kepala Viviana dengan senyuman yang ceria tanpa beban.
"Awak ni kan... buat saya tambah rasa bersalah tau, saya minta maaf sebab buat masalah." Kata Viviana lalu memeluk Haykal erat.
"Kira okey lah ni kau pandai pertahankan diri dari dibuli, tak susah aku nak jaga tiap minit. Good job." Puji Haykal lalu mengucup dahi Viviana, dia tidak seharusnya mengongkong kebebasan Viviana.
"Ehemm!! I know you're married, but! Please take note this is a university!" Seorang pensyarah muda menegur mereka, boleh dikatakan yang mereka berdua tu ter-popular di situ kerana kahwin awal.
"Sorry Sir, my bad. My wife's look delicious today." Balas Haykal selamba lalu menarik Viviana pergi.
Viviana tidak percaya melihat sebegitu selambanya Haykal bergurau dengan lecturer.
Pensyarah itu kelihatan terkejut dengan balasan Haykal, nasib baik bukan pensyarah yang ajar mereka kalau tak siaplah dia tak dapat markah.
__
Seperti biasa Haydar akan datang ke gelanggang bola tampar untuk menyertai perlawanan persahabatan yang universiti mereka adakan, tapi dia hanya mahu berseronok bukan serius pun nak lawan.
Disebabkan dia sangat pakar dalam permainan itu pasukan mereka terus menang ketika dia ada.
"Haydar! Kamu datang lagi ya!!!" Carmen berlari menghampiri Haydar, gadis berdarah Indonesia itu sering menemaninya ketika dia berada di situ. Bukannya dia mau layan pun Carmen tu cuma kadang-kadang dia merasakan seperti dia sedang bercakap dengan Tasha saja.
"Hmmm.. hari ni lawan siapa?" Soal Haydar tenang, dia sudah agak selesa dengan Carmen bercakap dengannya.
"Oh! Hari ni kita lawan orang-orang dari Malaysia loh. Katanya orang-orang Malaysia ganteng semua!" Kata Carmen teruja.
Haydar memberi Carmen pandangan simpati. 'Jangan harap lebih saja lah, semuanya buaya.'
Haydar duduk di kerusi pemain simpanan bersama dengan cheerleader kumpulan Universitinya.
"Tu mereka datang!" Ujar Carmen sambil menunjuk ke arah pintu masuk utama.
Haydar tersenyum lebar melihat manusia-manusia yang masuk memiliki wajah yang amat dia kenal, so we meet again
"So, that's our opponents for today Mr Haydar, Do you still want to join?" Soal Mr. Kevin dengan wajah yang berharap.
'Ketara betul dia nak aku ikut.' Getus hati Haydar sambil menayangkan senyuman palsu.
"Sure, I'll take number 2 for today." Kata Haydar yang dibenarkan untuk memilih nombor baju dan menggantikan pemain
"Good!!" Mr. kevin menepuk tangannya sekali lalu berlari ke arah kumpulannya.
Mereka pun membuat pemanasan sedikit sebelum bermula.
"HAHAHAHA!! Aku tak tau pun kau akan jadi lawan kitorang! Nama kau tak de dalam senarai!!" Firdaus dan Leo berlari menghampiri Haydar, mereka terus melompat memeluk Haydar.
Bukk!
Mereka bertiga jatuh ke lantai, Firdaus dan Leo menghempap Haydar dengan rasa bersalah.
"Siapa aku?" Soal Haydar ingin menguji ingatan Firdaus dan Leo, dapatkah mereka membezakan dia lagi? Mereka terus duduk di lantai.
"Mestilah Haydar Clevrian!!" Leo menjerit nama Haydar kuat.
Haydar kaku, memang salah dia juga bertanya dahulu. Dia tidak suka nama belakangnya itu kerana kedengaran agak janggal kerana dia terlalu Melayu untuk nama-nama seperti itu.
Leo melingkarkan lengannya di leher Haydar lalu menarik Haydar rapat dengannya, tak sangka boleh jumpa Haydar lagi. Semua mata tertumpu ke arah mereka, Haydar menolak tangan Leo rimas.
"So mana kembar kau yang lain? semua kat sini ke atau korang pisah?" Soal Firdaus yang ingin menemui triplets itu.
"Ada kat sini, diorang tengah sibuk kot dengan hal diorang." Jawab Haydar lalu berdiri.
Prrttttttt !!!
Wisel ditiup oleh pengadil, menandakan permainan mereka akan bermula sebentar lagi.
"Nanti kita jumpa lagi tau!" Ujar Leo lalu turut berdiri, dia menarik Firdaus untuk berdiri juga.
"Sure number phone aku masih sama, itu pun kalau korang masih simpan nombor aku." Kata Haydar lalu berundur untuk kembali ke pasukannya.
"Still ada." Balas Firdaus lalu mereka pun kembali ke pasukan mereka.
TBC
VOTE
YOU ARE READING
Triplets Troublemakers [Hiatus]
RomanceWatak : Haydan Haydar Haykal _ Kembar tiga itu berlari sekeliling sekolah berkejaran dengan pengetua dan guru-guru sekolah. "kamu bertiga! berhenti!" jerit pengetua dengan suara kuat. mereka bertiga masih tidak berhenti berlari, mereka malah merasak...