Haydar dan Haykal termenung di dalam kelas.
Kini mereka sudah berumur 18 tahun, tapi mereka yang dikatakan genius sudah berasa bosan dengan sekolah.
"Oi Dan, aku nak buat masalah." Ujar Haykal dengan selamba.
Seluruh pelajar dalam kelas memandang mereka dengan pandangan gementar.
Haykal sengih.
Siapa saja tidak kenal mereka, Triplets genius yang selalu buat masalah dalam sekolah. Kalau nak dituliskan semua masalah yang mereka cetuskan dalam masa 4 tahun di sekolah itu memang tidak cukup 1 kertas A4.
"Asal do?" Soal Haydar yang juga bosan.
"Yelah, Victor tak nak buang kita dari sekolah ni ke?" Soal Haykal.
Victorian Highschool itu didirikan oleh Victor bersama dengan adiknya Victoria. Walaubagaimanapun, Rafael juga turut membantu Victor semasa mendirikan sekolah itu.
Sekolah biasa di mata orang, namun ada pelajaran yang tidak biasa diajarkan di dalam sekolah itu.
Victor melatih pelajar-pelajar menjadi spy dalam senyap-senyap. Kini Victor bekerjasama dengan kerajaan dalam hal itu.
"Dan." Haydar memanggil Haydan yang dari tadi fokus melihat ke luar tingkap.
"Kau tengok awek ek? Siapa mana satu? Aku bantu kau." Sakat Haykal lalu berdiri di tepi tingkap melihat ke bawah. Haydar turut mengikut Haykal melihat ke luar tingkap.
Mereka melihat ramai pelajar tingkatan satu yang baru masuk.
"No way lah kan dia ada kat sini." Kata Haydar dengan nada sayu.
"Hmmmm." Balas Haykal.
Baru sebulan lalu mereka dapat tahu bahawa mereka bertiga bukanlah anak kandung Mama dan Papa mereka. Hal itu membuatkan mereka takut dan tidak selesa di rumah.
Oleh sebab itu mereka pindah ke asrama sekolah itu tanpa memberi tahu sebab kepada Mama Papa mereka. Dan sudah sebulan mereka tidak pulang ke rumah, rindu dengan satu-satu puteri kesayangan mereka.
"Yelah, Mama papa pun sibuk kan." Kata Haydar.
Semua pelajar kelas itu kagum melihat tiga kembar itu membuat riak muka sayu. Selalunya mereka yang paling bising dan ceria.
"Patutlah cikgu tak ada. Rupa-rupanya semua kat situ." Kata Tasha Nerester.
"Katanya ada Tengku yang masuk sini." Balas Viviana Liam pula.
Dua sahabat itu sering menjadi rival mereka bertiga tanpa mereka sedari, mereka bersaing untuk mendapatkan markah tertinggi dan menjadi pelajar top 3 di sekolah itu.
"Tengku apa?" Soal Haydan.
"Tengku Amira Shahidan dan Tengku Amran Shahidan. Katanya Amira tu seumur kita." Jawab Viviana dengan detail.
"Oh." Balas Haydan semula.
Vivian mengangguk dia memandang Haydan sekilas sebelum meninggalkan kelas itu.
"Jadi, nak keluar?" Soal Haykal.
"Nope. Kita stay dalam sekolah." Balas Haydar mengubah fikirannya.
__
Keesokan harinya mereka bertiga datang ke sekolah seperti biasa pada awal pagi, lebih awal daripada semua orang.
"Korang ada bawa tak?" Soal Haydar sambil tersenyum nakal.
Haydan dan Haykal mengangguk, mereka berdua juga menayangkan muka nakal mereka.
"Bawa apa?" Satu suara mengejutkan mereka.
Serentak mereka bertiga berdiri menghadap orang yang bersuara itu.
Mata mereka bertembung dengan mata Rafael Christen, Iaitu papa mereka bertiga. Mereka terkejut melihat Rafael sedang duduk di meja hujung berhadapan dengan mereka.
Mereka langsung tidak perasan kehadiran Rafael di sana.
"Papa." Mereka bertiga langsung berdiri dengan sopan menghadap Rafael.
Rafael berdiri lalu menghampiri anak-anak lelakinya itu. Sudah lama dia tidak mendengar khabar daripada anak-anaknya itu.
Dia menepuk bahu Haydan. Kalau nak dipeluk cium nanti malulah, semua dah besar-besar sekarang.
"Kenapa tak balik rumah?" Soal Rafael dengan nada lembut.
Triplets itu menundukkan kepala mereka.
"Not gonna tell me?" Soal Rafael lalu mengusap rambut Haykal pula. Kalau boleh dia mahu memeluk Triplets itu macam dulu-dulu.
Dia sudah tahu sebab sebenar anak-anak itu keluar daripada rumahnya.
"Papa nak kamu bertiga balik rumah hari ni juga. Mama dah tunggu kamu lama." Kata Rafael tegas.
"Kenapa? Kami bukannya anak kand .."
"Kal!" Haydan mencelah sebelum Haykal sempat menghabiskan ayatnya.
"Bukan anak kandung?" Soal Rafael meneka sambungan ayat Haykal.
"Iya." Balas Haydar.
Haydan hanya mampu diam selepas Haydar sudah mengiyakan.
"Jadi? Apa masalahnya? Papa tak nampak apa masalah kat situ." Balas Rafael.
Triplets itu terkedu mendengar balasan Rafael.
"Mama dan Papa dah ambil kamu bertiga dari umur kurang sebulan, Hasya pun dah jadi ibu susuan kamu bertiga, jadi kamu bertiga tu sudah jadi anak kandung Mama dan papa." Kata Rafael lagi.
"Tapi kami tak .."
"Balik rumah, Mama rindu kamu bertiga. Kamu bertiga tu dah jadi pewaris papa." Kata Rafael lalu berjalan keluar dari kelas itu.
Haydan mengejar Rafael.
"Kenapa bukan Rara? Kami tak layak pun!" Soal Haydan dengan suara kuat.
Rafael menoleh melihat Haydan.
"Apa yang tak layak? Papa dah bagitahu kan, kamu bertiga tu anak kandung papa. Tiada siapa yang boleh ubah fakta itu lagi." Jawab Rafael dengan tegas.
Haydan senyum nipis mendengar jawapan Rafael.
Haykal dan Haydar berdiri dibelakang Haydan saling berpandangan.
"Oh ya, Rara akan masuk sini juga. Jaga adik kamu elok-elok." Pesan Rafael lalu berlalu pergi.
Mereka bertiga tersentak, takkanlah Rafael mahu membuat Diandra belajar apa yang diorang buat.
"Papa! Masuk sini? Belajar macam kitorang ke?!" Jerit Haykal risau.
Rafael hanya melambaikan tangannya sambil berjalan menjauhi mereka. Tiada jawapan yang diberikan, membiarkan mereka meneka.
End Of Prologue -
So, author akan update ni lama-lama sebab Aaryan still tersadai dan Upside down masih belum siap.
Enjoy 😌
YOU ARE READING
Triplets Troublemakers [Hiatus]
RomansaWatak : Haydan Haydar Haykal _ Kembar tiga itu berlari sekeliling sekolah berkejaran dengan pengetua dan guru-guru sekolah. "kamu bertiga! berhenti!" jerit pengetua dengan suara kuat. mereka bertiga masih tidak berhenti berlari, mereka malah merasak...