TT 07 7️⃣

1.1K 78 0
                                    

"boleh tak korang keluarkan semua meja dan kerusi ni?" Soal Haydan.

Tanpa berlengah lagi mereka mengeluarkan meja dan kerusi dari kelas itu. Mereka mengosongkan laluan untuk Haydan.

Tiara memandang Haydan yang masih mahu menyelamatkan dia.

"Aku takkan biarkan ahli aku mati." Kata Haydan lalu melilitkan kain di badan Tiara sehingga ke kepala.

Haydar memeluk Tiara kemudiannya membalut kain yang sudah dibasahkan dengan mereka.

"Dar keluar. Korang sediakan air, aku taknak mati terbakar. Siksa." Kata Haydan dengan nada tenang.

"Yes boss. Pastikan hidup, aku tak nak sampaikan berita kematian kau kat mama." Kata Haydar serius, dia terus keluar selepas memberi pesan itu.

"Weh kau boleh tinggalkan aku je. Tak pe, aku dah lama hidup." Kata Tiara tidak sanggup untuk membuat orang lain mati kerananya.

"Mana boleh cakap macam tu, kau pun ada family." Balas Haydan tenang, dia menatap mata Tiara.

"Pegang aku kuat-kuat. Sorry tau kalau sakit." Haydan senyum manis kepada Tiara.

"Boleh tak jangan cakap dengan aku baik baik macam ni? Rasanya tak sedap tau tak, macam memang aku akan mati lepas ni." Ujar Tiara takut.

Haydan tertawa kecil.

"Sedia?" Soal Haydan kembali serius.

"Argh jangan tanya!"

Haydan sengih lalu dengan pantas mengangkat Tiara lalu melompat jauh.

'SHIT!' Tiara menutup matanya takut.

BOOMMMMM!!!

Kelas itu meletup.

Tanah di luar juga bergegar.

Haykal dan Haydar yang berdiri menghadap kelas itu dengan gementarnya berlari membawa sebaldi air menuju ke kelas tadi.

Apabila mereka sampai di kelas itu, seluruh kelas itu sedang terbakar dengan marak.

"Siram!" Arah Haydar cemas melihat api yang marak itu.

"Siram lah Haykal! Apa kau buat?!!" Jerit Haydar tegas.

"Aku dah siram dah!!" Jerit Haykal lagi.

Mereka berdua anxious memikirkan Haydan yang berada di dalam.

Firdaus berlari membawa alat pemadam api lalu dia memadamkan api di dalam kelas itu.

"Lagi!!" Jerit Haykal.

Api dalam kelas itu terpadam sepenuh, hanya tinggal asap tebal saja lagi. Tapi Haydan masih belum keluar.

Haydar meluru masuk ke dalam, Haykal mengikut Haydar.

"Wehh! Bahaya!" Firdaus tidak sempat menghalang mereka.

"Masuk je lah takut apa?" Tasha dan Viviana turut masuk ke dalam.

Mereka melihat Haydar dan Haykal yang berdiri di hadapan sesuatu yang berbalut dengan kain di bucu hadapan kelas.

"Jauhnya kau lompat." Kata Haykal dengan nada ceria.

Namun Haydan tidak bergerak langsung.

"Wehh dah .. dah letup tadi." Kata Haydar pula, mereka sangat takut untuk kelihatan Haydan.

"Haydan!" Tasha menarik kain yang menutupi badan Haydan dan Tiara.

Mereka melihat belakang badan Haydan yang sedang menindih badan Tiara.

"Tarik lah aku, tak payah jerit-jerit." Kata Haydan perlahan.

Haydar terus membantu Haydan untuk bangun.

Triplets Troublemakers [Hiatus]Where stories live. Discover now