TT 27

615 45 0
                                    

Seminggu berlalu ... Haydar, Haykal dan Viviana menarik diri dari agensi Sir Alex selepas mendengar berita Haydan sudah dibiarkan di tempat lain.

"Stupid ass brother." Ujar Haykal sambil mencari maklumat dari laptopnya.

"Cari di Instagram Tiara juga, si bebal tu langsung tak nak bagitahu apa yang dia nak buat dekat kita. Apa kita nak jawab dekat mama.." Ujar Haydar geram.

Viviana terus memerhatikan dua kembar itu terus membebel dari tadi, walaupun marah dan maki mereka tetap menjalankan kerja mereka untuk mencari Haydan.

Drrttttt .....

Telefon Viviana berbunyi.

"Siapa?" Soal Haykal sejurus selepas mendengar bunyi telefon Viviana.

"Unknown number ?" Balas Viviana.

"Angkat!" Haydar terus merampas telefon Viviana , mereka merapat.

"Hello."

"Kal, Dar .. aku okey korang tak yah risau. Aku akan selesaikan masalah aku sendiri." Ujar Haydan sebaik selepas mendengar suara Haykal.

"Kau bodoh ke!!? Otak kau ada masalah eh?! Apa kitorang nak bagitahu Mama nanti!?" Marah Haykal.

"Kal rileks, sekarang dengar betul-betul. Boleh?" Soal Haydan dengan tenang, bukan Haydan lah kalau gelabah.

"Okey." Balas Haydar.

"Pindah dari universiti tu, keluar dari agensi dan balik ke Malaysia secepatnya. No questions." Haydan terus memutuskan talian selepas itu.

Mereka bertiga kaku melihat skrin telefon yang sudah gelap.

"Haihhhhh!!! Tak faham betullah aku!" Jerit Haydar geram, dia memerlukan penjelasan!

"Move.. aku akan uruskan borang pindah kita." Ujar Haydar kembali tenang, kini dia merupakan abang diantara mereka.

"Emmm, aku akan book flight." Balas Haykal lalu berdiri. Mereka berpecah di situ, Viviana mengikut ke mana Haykal pergi.

"Kal?" Viviana menarik tangan Haykal.

Haykal menoleh memandang Viviana.

"Saya okey je." Ujar Haykal sebelum Viviana bertanya.

"Ye, saya tahu." Viviana memeluk Haykal erat, jantung Haykal yang berdegup kencang dari tadi mulai tenang.

"Haydan tu bodoh sangat." Kata Haykal dengan suara bergetar.

Viviana mengusap belakang kepala Haykal perlahan-lahan, Haykal mengangkatnya masuk ke dalam bilik mereka.

"Kal.. jangan buat yang bukan-bukan." Ujar Viviana gementar pula dibawa menuju ke katil mereka.

"Nak peyuk je." Kata Haykal lalu menurunkan Viviana diatas katil, kemudian dahi Viviana dia kucup.

___

 

Tiara melihat dirinya dari cermin sebesar alam dihadapannya, gaun cantik yang ada di badannya itu membuat hatinya tidak tenang langsung. Lagi-lagi bila di rumah yang asing baginya itu, tiba-tiba sahaja ramai orang datang menjemput mereka 3 hari lalu.

"Tiaa..." Namanya diseru lembut oleh seorang wanita tua yang masih lagi nampak elegan.

"Yes?" Sahutnya lalu segera menoleh memandang wanita yang berdiri di hadapan pintu.

Wanita itu tersenyum melihat gaun yang dia reka  dipakai oleh bakal menantunya.

"My beautiful daughter in law." Ujarnya dengan lembut.

Triplets Troublemakers [Hiatus]Where stories live. Discover now