TT 08 8️⃣

1K 80 7
                                    

Dan seminggu berlalu dengan pantas.

Mereka semua berkumpul di tengah-tengah tingkat tiga itu. Ruangan itu sudah menjadi seperti asrama.

Dan tiga lagi dari mereka terkorban disebabkan oleh pembunuhan di Academy MC Queen dua hari lepas.

Mereka menjadi lebih tertekan. Mereka perlu berhati-hati kerana keadaan semakin bahaya.

"Aku tak boleh hidup macam ni! Macam mana kalau lepas ni aku pula yang mati?!" Soal Zarif sambil duduk memeluk lututnya.

Kini mereka tinggal 25 orang lagi. Victor mengambil nyawa mereka tanpa rasa bersalah. Macam tu lah ahli Mafia.

"What if kita tarik diri saja?" Soal Natasha pula.

Mereka semua sudah semakin trauma dan takut untuk mati.

Haydar merasa kesian melihat separuh daripada mereka seakan-akan gila saat itu. Belum sebulan pun.

"Yes! Aku pun rasa kita patut tarik diri!" Hilman bersetuju juga.

"Korang boleh tak jangan macam ni?! Kuatkan semangat lah! Kita boleh hadapi semua ni sama-sama!" Kata Kim tegas.

Walaupun mereka semua buntu dan takut mereka mesti terus hidup juga.

"Hahhhh .. aku tak boleh lah. Si gila tu betul-betul buat game escape room." Kata Haydar, dia gelak.

Namun gelaknya itu kedengaran sangat menyeramkan. Mereka tidak boleh main-main lagi.

"Escape room apanya, ini dah escape country." Ujar Haykal.

"I think we should leave this place." Kata Haydan tidak sedap hati dengan tempat itu.

"Kenapa? Kau nak kita pergi mana lagi?!" Soal Zarif tertekan.

"Weh kau kenapa siot?" Soal Tasha hairan melihat sikap Zarif yang menjadi panas baran itu.

"Aku tak kira aku nak tinggal kat sini juga!" Bentaknya lalu berjalan ke tempat tidur dia.

Mereka kembali diam membisu.

__

Tasha berlari kembali ke kelas mereka yang sudah hilang dinding.

Dengan cemas dia berdiri di hadapan Haydan dan yang lain-lain.

"Kau dari mana?" Soal Viviana hairan melihat Tasha yang begitu cemas.

"Diorang dah mati!" Kata Tasha dengan suara bergegar.

Mereka semua tersentak.

"Diorang?" Soal Firdaus gementar.

"Jom!" Tasha membawa mereka pergi ke dataran.

Mereka berdiri di hadapan mayat-mayat rakan-rakan mereka yang kelihatan seperti ditembak.

Kali ini sepuluh orang daripada mereka pula meninggal.

Dengan jantung yang berdegup kencang mereka berdiri melihat mayat-mayat itu.

"Ilya!!!" Tiara menjerit melihat sahabatnya terlantar di atas lantai dataran itu. Dia jatuh melutut.

"Apa nak buat ni?" Soal Tasha takut.

Kim, Zaril, Fendy, Caroline, Hannah, Juana dan Rafiq berdiri bersama-sama mereka.

"15." Sebut Haydan.

Dia tidak menyangka separuh daripada mereka terbunuh.

"Apa yang dah jadi sebenarnya?" Soal Viviana.

7 orang itu saling berpandangan.

"Zarif dan Natasha ajak yang lain-lain tarik diri." Jawab Caroline.

Charles berlari ke arah mereka dengan riak muka yang cemas.

Triplets Troublemakers [Hiatus]Where stories live. Discover now