TT 29

630 44 1
                                    

"Congratulations My baby boy." Puan Alexa iaitu mak kandung Haydan yang sebenarnya, kali itu Haydan graduasi sendirian tanpa kembarnya disisi.

'Lepas ni nak ambil Tiara balik saja dan selesaikan semua ni, mesti mama dan papa akan okey dengan mummy dan daddy ni. I hope they get along well.'

Haydan melihat dirinya di dalam cermin, melihat jubah graduasi berwarna hitam emas di badannya.

"So? Let's go!" Ajak Puan Alexa dengan nada ceria, dia sangat teruja melihat anak lelakinya yang cukup kacak di hadapannya.

Mereka keluar bersama-sama untuk melihat Haydan graduasi.

Tiara tertawa melihat Haykal dan Haydar yang sedang bergaduh di hadapan mereka semua, selalunya Haydan yang akan menghalang mereka bergaduh tapi kali ini dia pula yang jadi orang tengah.

"Dah lah tu macam bodoh lah korang ni." Ujarnya sekali saja, dua beruk itu terus berhenti. Dua-dua terus menjeling satu sama lain.

"Yang! Tengok Tia marah saya!" Kata Haykal lalu memeluk Viviana, gedik betul nak peluk-peluk orang.

Haydar memutar bola matanya jengkel melihat Haykal, ada saja yang nak dibuatnya untuk menyakitkan hati orang.

"Tiara." Seorang lelaki yang juga berjubah graduasi menghampiri mereka, lebih tepat menghampiri Tiara.

"Yea?" Balas Tiara lalu menoleh memandang lelaki itu, lelaki itu tersenyum manis kepadanya. Mesti ada sesuatu yang nak dikatakan pada saat akhir.

"Ikut saya?" Ajaknya dengan sopan.

"Umm oke.."

"No tak boleh, Tia with us." Kata Haydar menghalang Tiara pergi, semenjak Haydan tiada dia lah yang bantu menjaga Tiara dari jantan-jantan lain.

Arman kelihatan marah apabila Haydar menghalangnya.

"Kau siapa nak halang aku? Jom Tiara!" Arman terus memegang lengan Tiara, sepantas kilat Haydar menepis tangan Arman. Dia terus berdiri di hadapan Arman, mencerlung Arman tajam.

"Aku tak nak ikut kau Arman." Ujar Tiara supaya mereka berdua tidak bergaduh, Haydar tertawa sinis lalu duduk semula di tempatnya.

Arman terus beredar dari situ. Mereka semua tidak bercakap apa-apa setelah itu.

"Dah jom masuk dewan." Haykal memecah sunyi.



__

 


Tiara keluar dari kamar mandi sambil mengelap rambutnya yang baru dicuci tadi, dia berjalan di tengah biliknya yang gelap gelita, biliknya hanya diterangi dengan cahaya bulan yang masuk melalui celah-celah langsir sliding door dan tingkap.

Disebabkan terlalu sunyi dia mula bersenandung perlahan sambil melangkah menuju ke balkoni.

Langsir diselak perlahan sebelum pintu sliding door itu dibuka, kaki dijejak ke luar balkoni merasa suhu dan barulah dia keluar bersandar di pagar balkoni.

Tiara terus bersenandung sementara angin sepoi-sepoi bahasa menampar mukanya lembut. Rutinnya seperti hari-hari lalu, dia akan menatap cincin yang Haydan berikan buat beberapa minit memikirkan jika dia perlu terus menunggu ataupun berhenti saja.

Bunga ros merah di sisinya dipetik, dia mula memetik satu persatu kelopak bunga ros itu untuk menentukan apakah dia akan menunggu atau tidak.

"Tunggu, berhenti, tunggu, berhenti ....."

Triplets Troublemakers [Hiatus]Where stories live. Discover now