TT 28

544 46 0
                                    

Tiara selamat kembali ke Malaysia, dia terus menghubungi Viviana untuk meminta bantuan.

Dengan segera semua ahli keluarga Haydan datang menjemputnya di lapangan terbang.

Haydar dan Haykal berlari menghampiri Tiara yang sedang duduk di kerusi menunggu mereka.

"Tiara!" Jerit Haykal teruja.

Tiara bingung mahu menjawab apa dengan mereka semua selepas melihat senyuman mereka.

"Haydan mana?" Soal Haydar selepas berhenti di hadapan Tiara.

Tiara semakin gementar selepas melihat mama dan papa Haydan juga ada di sana.

"Haydan ..." Tiara menelan liur melihat mereka semua satu persatu.

"Budak tu tak balik ke?" Soal Rafael seperti sudah menyangkakan perkara tersebut.

Hasya memegang lengan Rafael kerana terlalu merisaukan anak mereka.

"Kan saya dah kata! Tak payah bagi anak-anak saya ikut jejak awak tu! Tengok lah apa dah jadi sekarang ni!" Marah Hasya sambil memegang lengan Rafael, kakinya terlalu lemah untuk berdiri lagi.

"Selamat pulang Tiara." Kata Haykal.

Tiara mengangguk saja.

"Now, jom balik. Tiara mesti nak rehat." Kata Rafael lalu membawa Hasya kembali ke keretanya.

Mereka semua pun kembali ke rumah masing-masing.

Tiara duduk di balkoni biliknya sambil melihat sang bulan yang bersinar terang.

Dia melirik cincin yang ada di jarinya.

"At least kita masih tengok bulan yang sama." Ujar Tiara sambil mengusap berlian cincin itu.

Tok tok tok ..

Pintu biliknya yang sudah terbuka diketuk.

"Busy?" Soal Encik Thariq iaitu ayah kepada Tiara.

Tiara menggelengkan kepalanya, En. Thariq terus masuk ke dalam bilik anaknya itu.

"Do you need anything? Nak cerita apa-apa dekat ayah?" Soal En. Thariq lembut, dia pun duduk di birai katil Tiara.

Tiara senyum sayu, bagi dia ayahnya itu ialah Ibu dan juga ayahnya selepas ditinggalkan oleh ibunya dulu.

"Kamu masih ada gaduh dengan makcik ke?" Soal En. Thariq tahu anak keduanya itu tidak suka dengan isteri barunya.

"Tak ada lah yah. Dah lama tak jumpa makcik." Balas Tiara lalu duduk di sebelah ayahnya itu.

"Abang kamu sihat?" Soal Thariq dengan nada suara kekok, anak sulung lelakinya itu melarikan diri dari rumah selepas bergaduh dengannya. Sebenarnya dia tidak bermaksud untuk mengatakan apa yang sudah dia katakan pada anaknya itu.

"Sihat kot, dia dah jarang call. Tapi masih kirim duit untuk saya." Ujar Tiara perlahan.

En. Thariq senyum nipis saja, dia mengeluarkan kad dari dalam poket seluarnya. Dia pun tahu isteri barunya itu tidak memberi duit kepada Tiara langsung.

"Nafkah dari ayah, nanti tiap bulan ayah masukkan duit. Makan sedap-sedap tau, pergi beli belah, beli makeup, beg baru. Ayah akan bagi 5k sebulan." Kata En. Thariq dengan ceria.

Tiara sengih, selepas ni dapatlah dia beli superbike sendiri.

"Yeyy! Jadi boleh beli superbike dah ni!!" Kata Tiara dengan teruja.

En. Thariq tertawa besar melihat reaksi Tiara yang tidak biasa baginya.

"Of course!" Balas En. Thariq lalu memeluk Tiara erat, dia lega dapat melihat senyuman gembira Tiara lagi.

Triplets Troublemakers [Hiatus]Where stories live. Discover now