"Abang bodoh!!" Jerit Tiara apabila melihat Theodore mula mengacukan pistol di dahi Haydan, dan Haydan pula tidak melawan langsung. Kalau dia tidak sempat masuk tadi pasti berlubang kepala Haydan dibuat Theodore.
Theodore memandang Tiara dengan pandangan Hairan, dia melihat Haydan semula. Haydan menayangkan sengihan sinisnya sekilas.
"Haydan awak okey?!" Soal Tiara risau, dia terus menolak Theodore supaya melepaskan Haydan.
"Tia abang dah balik ..." Kata Theodore dengan nada suara sayu, dia sebenarnya mahu melihat reaksi Tiara yang tahu dia pulang senyap-senyap setiap beberapa selang bulan.
Tapi kini berlainan kerana Tiara melayan seorang lelaki selain darinya.
"Maaf .. aku baru nak balik tadi dan orang ni serang aku." Ujar Haydan play victim, sedangkan sebenarnya dia sudah tahu lelaki yang bergaduh dengannya merupakan abang kandung Tiara.
Tiara menjegilkan matanya memandang Theodore.
Theodore merasa tercabar dengan Haydan yang menerima perhatian dari Tiara sedangkan yang terluka itu dia disebabkan terkena serpihan kaca cermin tadi.
"Arghhhhh!! Ayahhh! Ada pencuri!" Jerit Sereny kuat dan nyaring, betul-betul buat sakit telinga.
"Kita cakap nanti." Kata Tiara lalu mengangkat Haydan yang sedang berlakon tersakiti ke atas katilnya.
'Atas katil? Tia bawa lelaki atas katil? Tia dah besar ..' Hati Theodore merasa terkilan melihat adik kecilnya semakin dewasa.
"Adik guna protection tak?" Soal Theodore dengan nada kecewa, dia memandang Tiara pun dengan nada kecewa.
Tiara mengerutkan kening, apalah yang abang aku merepek ni. Tiap kali balik makin tak betul pula aku tengok.
"Aku tak sentuh dia lah.. kau fikir aku binatang ke." Ujar Haydan merasa direndahkan pula.
Mereka berdua saling berlawanan mata.
"Abang duduk situ." Arah Tiara sambil menunjuk ke arah sofanya.
Tidak lama selepas itu En. Thariq dan isterinya Selina masuk ke dalam bilik Tiara, kedua-duanya serabai kerana terkejut mendengar bunyi tembakan.
"Tiara!" En. Thariq kelihatan sangat risau dengan Tiara, hatinya gembira melihat kelibat Theodore di situ juga.
"Theo ..." panggilnya lembut.
Theodore menayangkan muka tidak senang dengan panggilan yang digunakan Thariq.
Muka Selina kelihatan cemas dan tidak suka melihat kedua-dua pemegang harta En. Thariq berada di rumah itu.
"Ini siapa?" Soal Puan Selina melihat Haydan yang duduk di birai katil Tiara.
Tiara memandang mak tirinya tajam, di belakang Selina dia melihat Sereny yang sedang menatap Haydan dengan sengihan kecil.
'Gedik!'
"Boyfriend aku." Balas Tiara dengan nada tegas lalu dia mengangkat tangannya menunjukkan cincin dijarinya, dia berdiri di hadapan Haydan untuk menghalang Sereny dari memandang Haydan terus.
Sereny terus menjelingnya tajam.
"Boyfriend?" Soal En. Thariq, dia kelihatan keliru tapi dalam masa yang sama gembira kerana bakal ada orang yang boleh jagakan Tiara selain dia..
Tiara mengangguk lagi.
"So bila nak kahwin?" Soal En. Thariq serius.
Lantas Haydan berdiri di sebelah Tiara.
"Next week, 5 haribulan. Since kami dah bertunang saya akan terus ajak Tiara menikah." Kata Haydan tanpa tapis-tapis lagi.
Sudah lama dia menunggu saat-saat itu, dia menoleh melihat muka terkejut Tiara yang betul-betul menghibur hatinya.
"I don't agree." Ujar Theodore.
"Reasons." Kata Haydan tegas, dia mahu tahu apa sebab Theodore tidak setuju sedangkan dia sudah cukup-cukup, cukup kacak, kaya, badan sasa bukan six-pack tapi eight-pack dah ni.
"Muka kau tak guna aku tak suka, dan kau selinap masuk dalam bilik Tia kan." Kata Theodore sambil bertatapan dengan Haydan.
"Hmmm, separuh tak betul, kadang-kadang aku masuk ikut pintu depan juga tapi tak ada orang." Balas Haydan selamba saja, betul-betul tak kisah apa yang keluarga Tiara fikirkan.
"Haydan.." Tiara memegang lengan Haydan.
"Yes?" Balas Haydan dengan pantas, dia memandang Tiara pula.
"Kita .."
"Yes or no .. aku akan tinggalkan kau selama-lamanya kalau kau menolak lagi kali ini." Bisik Haydan serius, kali ini dia betul-betul memaksudkan apa yang ia baru saja katakan.
Tiara menjadi keliru.
"Jangan paksa adik aku." Celah Theodore.
Haydan masih menatap menunggu reaksi muka Tiara.
Tiara mengeluh kecil dengan raut muka resah gelisah.
"Aku akan anggap reaksi muka kau sebagai No, farewell love..." Bisik Haydan lagi.
Mata Tiara terus membulat terkejut, dia belum terima lagi.
"Sayangnya Tiara tetap menolak walaupun sudah banyak kali saya ajak menikah, kali ini saya berhenti berjuang." Asekk! Haydan sengaja memancing Tiara.
"Jadi! Kamu boleh berkahwin dengan anak saya Sereny.." Ujar Puan Selina dengan tidak malunya.
Theodore terkejut, kalau takkan lelaki pun dia nak rebut dari Tiara. Tak boleh biarkan ni!
"Dia dah tidur dengan Tiara!" Ujar Theodore lalu berjalan menghampiri Haydan.
Muka En. Thariq berubah terkejut, tak mungkinlah anak gadisnya itu melakukan hal sebegitu.
Haydan pula bingung dengan Theodore, dia ni nak apa sebenarnya.
"Thanks me later." Bisik Theodore lalu berjalan melalui Haydan dengan sengihan kecil.
"Jum Ayah kita bincangkan sesuatu." Ajak Theodore lalu membawa ayahnya pergi.
"Tsk!" Puan Selina menarik anak gadisnya ikut bersama Theodore, sibuk je nak tahu hal keluarga orang.
Haydan dan Tiara dibiarkan kekok di sana.
"Awak tak serius kan dengan saya, awak dah mengalah tadi." Kata Tiara dengan nada kecewa.
"Dummy, aku cuma cuba untuk pancing kau." Balas Haydan jujur dan selamba pula.
Tiara kelu, dia main-mainkan aku je ke?
Haydan mengambil penyapu yang terletak di bucu bilik Tiara lalu mula membersihkan kaca yang pecah.
"How much ?" Soalnya sambil menunjuk ke arah meja solek yang sudah tiada cermin.
"1 juta." Balas Tiara sengaja mau melihat Haydan marah.
"Hmmm.." Haydan mengeluarkan telefonnya, dia menyandarkan penyapu dibadannya sambil menekan skrin telefonnya.
Dingg ..
Notifikasi telefon Tiara berbunyi, dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja di tepi katil.
'2000000 has been transferred to your account.'
Tiara kaku melihat jumlah kosong yang ada, wehh aku memain saja lah.
"Haydan! Saya gurau je lah." Kata Tiara cemas, beduit ke mamat ni? Kata nak kahwin.
Tiara menatap Haydan tajam.
"Satu dua tiga ... Ermm sa pu ra ri.." Tiara mengira jumlah digit yang ada.
Haydan tergelak kecil melihat Tiara mengira jumlah kosong pula.
"Cukup kan?" Soal Haydan, eleh setakat dua juta apa lah sangat.
"Haydan! Saya tak nak." Tiara menolak, ini semua tidak betul! Padahal dalam hati dah happy dapat duit banyak.
"Guna untuk shopping, nafkah untuk kau." Ujar Haydan lalu sambung mengemaskan bilik Tiara.
Tiara diam melihat duit yang ada di akaun miliknya, ni boleh beli jajan banyak-banyak.
TBC
vote
YOU ARE READING
Triplets Troublemakers [Hiatus]
RomanceWatak : Haydan Haydar Haykal _ Kembar tiga itu berlari sekeliling sekolah berkejaran dengan pengetua dan guru-guru sekolah. "kamu bertiga! berhenti!" jerit pengetua dengan suara kuat. mereka bertiga masih tidak berhenti berlari, mereka malah merasak...