Tiara termenung melihat makhluk copy paste di hadapannya.
'kenapa aku kat sini? Aku ni siapa sebenarnya? Kenapa aku asyik jumpa mamat ni?' Getus hati Tiara tidak sanggup melihat wajah-wajah Triplets itu lagi bosan lah macam ni.
"Lahh .. asal kau kat sini?" Soal Haykal mula mau menyakat Tiara. Tiba-tiba saja mereka berada dalam satu rumah dengan Tiara.
"Weh! Bukan aku yang nak! Tu Haydan yang buat aku serumah dengan korang!" Balas Tiara tidak puas hati.
"Woahh lak ah Tia, Haydan suka kau tu. Sebab tu dia ajak kau sekali, lebih selamat kan." Balas Haydar lalu sengih nakal kepada Tiara sambil-sambil mengangkat sebelah keningnya.
Tiara menayangkan muka menyampah. Siapalah yang nak percaya kata-kata merepek dia tu.
"Nevermind, I tak percaya pun." Balas Tiara.
"Apa?" Haydan menarik kerusi di sebelah Tiara dengan raut wajah kebingungan.
"Tak de pun." Balas Tiara menyampah.
"Dahlah aku nak main dengan Vivi." Ujar Haykal lalu meninggalkan mereka di meja itu, baik dia main dengan isteri tersayang dia.
"Hmmm aku pun nak cau." Haydar turut beredar meninggalkan Haydan dan Tiara sendirian di dalam dapur itu, malas nak menyakat kalau Haykal tak de untuk menyokongnya.
"Kau tak nak pegi juga ke?" Soal Tiara dengan nada kasar, orang nak duduk pun tak senang.
Haydan sengih senget mendengar Tiara berkasar dengannya. Dia berdiri semula lalu berjalan ke pintu, dia berhenti di hadapan pintu.
"Betullah apa yang Kal dengan Dar katakan tadi tu. Make sure kau cakap macam ni juga dengan other people." Ujar Haydan lalu keluar dengan pantas selepas membuat Tiara keliru.
Tiara terkedu, apa Haydan merepek ni? Aku tak faham lah!
"Hah?!! Apa yang betul?!" Jerit Tiara bingung. Dengan segera dia berlari keluar mengejar Haydan tapi Haydan hilang entah ke mana.
"Ishh!" Tiara menghentakkan kakinya geram sangat.
_
Haykal menguak pintu bilik yang dia dan Viviana gunakan, aroma bilik itu mula berubah mengikut wangian Viviana.
"Viviana." Haykal memanggil nama Viviana lembut saja sambil melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Dia menutup pintu lalu dikunci pula.
'aku tak rasa dia ada keluar dari bilik ni.' getus hati Haykal yakin.
Dia terus berjalan menuju ke kamar mandi sambil melihat sekeliling bilik itu. Dengan ceria kakinya melangkah tenang.
"Viviiiiaaaannaaaa~" laungnya manja.
Viviana kelam kabut menutup mukanya dengan tuala apabila mendengar suara Haykal dari luar.
Haykal mengerutkan dahinya melihat Viviana begitu, apa yang dia sembunyikan?
"Vivi? Buat apa?" Soal Haykal dengan nada hairan.
"Tak ada apa-apa! Keluar tutup pintu tu!" Arah Viviana dengan nada tegas.
Haykal semakin ingin tahu apa yang Viviana lakukan, makin dihalau makin dia mahu tahu.
"Pandang aku Viviana." Arah Haykal sambil berjalan menghampiri Viviana, Viviana semakin cemas mendengar bunyi tapak kaki Haykal yang semakin merapat dengannya.
"Haykal! Kalau awak keluar saya akan benarkan awak malam ni!" Kata Viviana ingin merasuah Haykal.
"Tak perlu Viviana, I don't need your permission to do it." Balas Haykal sedangkan dia sentiasa mendengar pendapat Viviana.
'Astaga! Apa aku nak buat sekarang ni?!' Viviana berdiri menghadap dinding.
"Kenapa? Awak suntik botox ke muka tu sampai tak nak tunjuk? Should I give you a privacy my wife?" Soal Haykal sengaja mahu Viviana menyedari bahawa dia merupakan isteri Haykal.
"Tapi Haykal, kali ni saja! Please!" Viviana meninggikan suaranya, Haykal terus diam mendengar Viviana menjerit padanya.
'Mak! Matilah aku! Kenapa aku jerit?!' Viviana menelan liur.
"Ikut suka kau lah." Ujar Haykal dingin, dia terus berjalan keluar dari situ.
Viviana kaku, dia tahu dia sudah melakukan satu hal yang Haykal benci iaitu rahsia. Kalau dengan kembarnya saja dia boleh gaduh disebabkan rahsia kecil, apatahlagi dia.
'Kejar ke?'
Viviana berlari keluar untuk mengejar Haykal, sebelum terlambat nak memujuk budak bongsu itu.
"Haykal! Tunggu!" Jerit Viviana sambil mengejar Haykal yang sudah menghampiri tangga.
"Haykal! Haykal, please. Sayanggg!" Jerit Viviana sambil berlari.
Haykal berhenti mendengar Viviana memanggilnya sayang, dia mengukir senyuman sinis. Dapat kau, sembunyi-sembunyi lagi dari aku.
"Haykal." Viviana menarik lengannya lalu mereka kembali ke bilik mereka.
Haykal terus memasang wajah dingin.
Viviana menutup pintu lalu memandang Haykal.
'eh? Sejak bila aku sewa badut ni?' Haykal kaku melihat muka Viviana yang sungguh tak siap di depannya.
"Ketawalah." Kata Viviana geram, asyik dia saja nak mengalah!
Haykal tidak tertawa sedikit pun melihat makeup Viviana, pasti isterinya itu ada sebab untuk membuat wajahnya begitu.
"Kenapa Vivi pakai makeup?" Soal Haykal lalu berdiri rapat dihadapan Viviana.
Viviana menundukkan mukanya memandang lantai. Takkan dia nak bagitahu sebab apa dia nak pakai makeup.
"Kenapa sayang? Hmmmm." Dengan nada suara lembut dia menggoda Viviana untuk memberitahu dia.
"Saya nak nampak cantik lah untuk awak." Balas Viviana perlahan.
Haykal senyum lebar mendengar jawapan Viviana.
"Bagi Kal tengok badut yang Vivi cipta." Ujar Haykal lalu menarik dagu Viviana untuk mendongak memandang dia
Mata mereka bertembung.
'sejak bila dia pandai buat muka macam tu?' Viviana menelan liur, jujur dia cair melihat raut muka yang Haykal buat sekarang.
Yang selalunya suka bermain-main saja pun boleh tersenyum manis serta memberi pandangan redup seperti itu.
'Tak apa Viviana! Yang ni kau boleh suka! Suami kau! Dah sah.' Viviana memeluk pinggang Haykal.
Haykal bertambah suka Viviana yang memeluknya dulu. Hehehe boleh mengeratkan silaturrahim dah ni, dia turut memeluk Viviana.
"Vivi ingat Kal nikah dengan Vivi sebab Vivi cantik ke? Memanglah Vivi cantik, tapi Kal suka Vivi yang suka melawan." Ujar Haykal lalu mengelus rambut Viviana.
Viviana terharu mendengarnya tapi masih banyak yang mahu dia ungkapkan.
"Tapi awak selalu tengok orang lain, saya tak suka." Balas Viviana perlahan.
"Vivi cemburu ke?" Soal Haykal mula dah nak menyakat Viviana. Tak sah kalau tak menyakat seharian.
"Hah! Mana ada!" Viviana menafikan, dia menolak Haykal lalu masuk ke dalam tandas semula.
Dia berdiri di hadapan cermin untuk membersihkan mukanya. Geram betul dengan perangai Haykal tu.
"Vivi cantik." Puji Haykal sambil bersandar di dinding tandas.
Viviana terus cair lagi, dia mencuci mukanya.
TBC
Vote
Haii, actually Author dah lupa tentang Cerita ni🤣😌
YOU ARE READING
Triplets Troublemakers [Hiatus]
RomansaWatak : Haydan Haydar Haykal _ Kembar tiga itu berlari sekeliling sekolah berkejaran dengan pengetua dan guru-guru sekolah. "kamu bertiga! berhenti!" jerit pengetua dengan suara kuat. mereka bertiga masih tidak berhenti berlari, mereka malah merasak...