TT 121️⃣2️⃣

1K 78 6
                                    

Triplets itu masuk ke dalam perkarangan sekolah baru mereka. Selepas seminggu menguruskan hal sekolah akhirnya mereka berjaya diterima ke sekolah.

Mereka masuk sekolah menengah kebangsaan yang sama dengan Diandra.

Diandra yang menunjukkan jalan ke bilik guru merasa tidak aman kerana mereka diperhatikan oleh semua pelajar di sekolah itu.

Dia menoleh memandang Triplets yang berjalan di belakangnya sambil melihat sekeliling sekolah.

'kenapa abang-abang aku ni bersinar sangat hah?'  getus hati Diandra geram melihat abangnya yang begitu kacak, apatahlagi dengan muka yang bukan muka melayu. Dia pun tidak memiliki paras melayu tapi masih dapat ditutupi kerana matanya hazel saja.

"Pagar sekolah tak tinggi pun." Komen Haykal, yang diperhatikan dari tadi adalah pagar-pagar serta pengawal sekolah itu.

"Iye, senang nak lompat." Tambah Haydar. Mereka sudah merancang untuk ponteng.

Diandra mengeluh, kenapalah abang dia tak suka belajar? Tapi selalu dapat markah tinggi, pelik yang teramat.

"Tahun ni SPM, abang tak belajar ke?" Soal Diandra.

"Siapa kata kami tak belajar?" Soal Haydar.

"Kan abang-abang selalu escape." Balas Diandra.

"Belajar tak semestinya kat sekolah Rara." Kata Haykal dengan nada lembut.

"Iye lah tu. Abang tak boleh ponteng! Jangan malukan adik ye." Ujar Diandra.

Haydan tertawa kecil mendengar kata-kata Diandra.

"Dah .. situ bilik guru. Adik nak masuk kelas dulu nanti lambat." Diandra menunjuk ke arah bilik guru lalu berjalan meninggalkan abang-abangnya.

Diandra turun ke tingkat bawah bangunan bilik guru itu.

Haydar melihat Diandra yang berjalan di bawah.

"Rara kelas apa?" Soal Haydar.

"Kelas Anggerik!" Balas Diandra.

"Hah?! Cengkerik?" Soal Haydar kurang jelas.

"Kelas A! Kelas pertama!" Laung Diandra lagi.

"Okey!" Balas Haydar lalu senyum.

Diandra menjeling saja.

"Besar dah budak tu." Ujar Haydan dengan pandangan yang bangga melihat Diandra.

"Dah jom masuk." Ajak Haykal letih dengan perangai abang-abangnya itu.

"Okey class, hari ni kita ada pelajar baru lagi." Kata Guru kelas, kelas 5 Anggerik itu.

"Weh kembar tiga do."

"Aku pun nampak lah bongok."

"Hesmes gila."

"Iye siot!"

Haykal dan Haydar sudah menayangkan muka cool mereka apabila mendengar pujian-pujian itu.

"Introduce yourself." Arah Cikgu itu lalu duduk di meja guru.

"Haydan." Sebut Haydan sepatah. Dia tidak suka menyebutkan nama panjangnya, nama belakang mereka aneh yang ditambah oleh Rafael sendiri.

"Haydan saja? Pendeknya nama." Kata Cikgu Mairah.

Haydan tidak membalas, matanya menangkap  beberapa muka yang amat dia kenali.

"Nama aku Haydar."

"Aku Haykal."

Mereka memperkenalkan diri dengan singkat tanpa senyuman di wajah.

Triplets Troublemakers [Hiatus]Where stories live. Discover now